July 1, 2009

Pelaksanaan penuh CTCS mulai hari ini

SISTEM Penjelasan Cek di Malaysia akan dilakukan melalui penyaluran imej dan data cek antara bank dengan rumah penjelasan berkuat kuasa hari ini, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Ini bagi menggantikan sistem sedia ada yang berasaskan pertukaran cek secara fizikal, kata Bank Negara dalam satu kenyataan bagi mengumumkan ke seluruh negara Sistem Pemangkasan dan Penukaran Cek (CTCS).

Bank pusat itu berkata, sistem CTCS kini dikendalikan sepenuhnya Perbadanan Penjelasan Elektronik Malaysia Sdn Bhd (MyClear).

MyClear ialah syarikat milik penuh Bank Negara mula beroperasi 2 Januari 2009. Katanya, CTCS adalah inisiatif penting memodenkan infrastruktur pemprosesan cek di negara ini dengan mengelektronikkan proses penjelasan cek dan mengurangkan risiko serta kos berkaitan instrumen pembayaran berasaskan kertas.

“Cek terus adalah instrumen pembayaran penting, dengan merangkumi kira-kira 91.6 peratus nilai pembayaran bukan tunai,” katanya.

Pelaksanaan CTCS, kata Bank Negara, akan meningkatkan kecekapan penjelasan cek dan menyumbang kepada pengurangan kos menjalankan perniagaan, yang sekali gus meningkatkan daya saing perniagaan dan ekonomi keseluruhannya.

“Bagi pengguna dan golongan peniaga, pelaksanaan CTCS akan menyumbang terhadap proses penjelasan cek yang lebih pantas dalam masa yang lebih singkat, yang mana kesannya, dana dapat dikreditkan ke dalam akaun pendeposit dengan lebih cepat,” katanya.

Cek tempatan dan cek luar kawasan secara keseluruhannya, menurut bank pusat, akan dijelaskan pada hari yang sama dan dana boleh diterima selewat-lewatnya dua hari dari tarikh penjelasan cek terbit.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers