July 22, 2009

Projek Ara Damansara model perbandaran selamat

SIME Darby Property akan memastikan projek perbandaran yang dimajukannya pada masa depan dilengkapi tahap kawalan keselamatan komprehensif bagi mewujudkan persekitaran selamat, sekali gus meningkatkan nilai hartanah terbabit.

Presiden dan Ketua Eksekutif Sime Darby Bhd, Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid, berkata syarikat itu akan menjadikan projek Ara Damansara, Petaling Jaya sebagai model bagi projek lain yang akan dibangunkan kumpulan itu. “Inisiatif keselamatan diterapkan di Ara Damansara akan menjadi model bagi pembangunan projek perumahan Sime Darby.

Kami mahu mengubah konsep pembangunan hartanah iaitu dengan memberikan kemudahan dan prasarana yang sudah siap sedia kepada pembeli,” katanya pada majlis pelancaran ‘Inisiatif Bandar Selamat Ara Damansara’ dan penyerahan Balai Polis Ara Damansara kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Petaling Jaya, semalam.

Program itu dirasmikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. Ahmad Zubir berkata, program ‘Inisiatif Bandar Selamat’ itu membabitkan kerjasama antara Sime Darby Property dengan PDRM, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), kerajaan negeri Selangor dan Persatuan Penduduk Ara Damansara bertujuan mengurangkan jenayah di kawasan perumahan itu.

“Inisiatif keselamatan ini akan memberikan nilai ditambah kepada pembeli dan komuniti yang melabur dalam hartanah di lokasi yang kami bangunkan,” katanya. Ahmad Zubir berkata, inisiatif keselamatan di bawah program ‘Bandar Selamat’ Ara Damansara termasuklah pengawasan 24 jam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) yang dihidupkan menggunakan tenaga suria dan ditempatkan di kawasan strategik serta disambungkan ke Balai Polis Ara Damansara dan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya.

Sistem pengawasan CCTV bernilai RM2.3 juta itu akan diawasi pasukan keselamatan Sime Darby Property yang terlatih dan juga pihak polis yang turut meronda di sekitar kawasan bandar baru itu menggunakan kereta khas sumbangan syarikat itu. Ahmad Zubir juga berkata, bagi meningkatkan lagi tahap keselamatan di kawasan perbandaran itu, Sime Darby Property turut menyiapkan Balai Polis Ara Damansara bernilai RM1.1 juta yang bertindak sebagai pusat kawalan utama keselamatan di kawasan itu.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers