July 22, 2009

Bursa Malaysia ditutup rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam berikutan pengambilan untung susulan peningkatannya sebelum itu. Indeks FBM KLCI ditutup 4.55 mata rendah kepada 1,134.70, selepas dibuka 4.01 mata lebih tinggi pada 1,143.26.

Indeks berkenaan bergerak antara 1,132.06 dan 1,144.24 sepanjang urus niaga semalam. Peniaga berkata, pasaran berehat seketika selepas lonjakan kukuh kelmarin. Pelabur menjangkakan FBM KLCI akan bergerak antara 1,135 dan 1,165 hari ini.

TA Research dalam notanya semalam, berkata saham Bursa Malaysia merekodkan aliran meningkat buat hari kelima berturut-turut kelmarin, dirangsang oleh aliran harga meningkat serantau.

Katanya, dengan harapan pendapatan korporat mencatatkan paras yang baik daripada yang dijangkakan, yang memberi isyarat mengenai pemulihan ekonomi global.

Indeks Kewangan susut 3.91 mata kepada 9,256.80, Indeks Perladangan menokok 30.92 mata kepada 5,517.23 dan Indeks Perusahaan merekodkan 4.97 mata lebih tinggi kepada 2,454.04. Indeks FBMEmas turun 34.54 mata kepada 7,643.43, FBM Top 100 susut 31.38 mata kepada 7,445.03, Indeks FBMMesdaq turun 79.43 mata kepada 4,003.04 manakala Indeks FBM2BRD susut 23.51 mata kepada 4,874.22.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 427 berbanding 209 manakala 239 kaunter tidak berubah, 356 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung. Jumlah dagangan berkurangan kepada 912.362 juta saham bernilai RM1.490 bilion berbanding 1.009 bilion saham bernilai RM1.591 bilion kelmarin.

Mengetuai saham aktif, KNM susut satu sen kepada 83 sen, Axiata turun sembilan sen kepada RM2.87, UEM Land Holdings tidak berubah pada RM1.65 manakala Tebrau Teguh turun 1.5 sen kepada 79 sen.

Antara saham berwajaran tinggi, Sime Darby tidak berubah pada RM7.55, Maybank meningkat 20 sen kepada RM6.40, Tenaga susut lima sen kepada RM8.40 manakala Telekom tidak berubah pada RM2.98.

Jumlah dagangan di Papan Utama berkurangan kepada 792.953 juta saham bernilai RM1.457 bilion berbanding 880.830 juta saham bernilai RM1.549 bilion sebelumnya. Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 42.083 juta saham bernilai RM19.480 juta berbanding 42.976 juta saham bernilai RM22.222 juta kelmarin.

Jumlah dagangan di Mesdaq berkurangan kepada 33.696 juta saham bernilai RM4.724 juta berbanding 33.234 juta saham bernilai RM9.532 juta. Waran susut kepada 39.40 juta unit bernilai RM7.368 juta berbanding 48.455 juta unit bernilai RM9.514 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 31.333 juta saham yang diurusniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 166.139 juta, pembinaan 101.689 juta, perdagangan/perkhidmatan 206.035 juta, teknologi 7.528 juta, infrastruktur 27.878 juta, kewangan 53.373 juta, hotel 4.595 juta, hartanah 157.199 juta, perladangan 32.190 juta, perlombongan 104,200, REIT 4.786 juta dan dana tertutup 104,300. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers