July 22, 2009

Proton lancar program rekrut duta jenama

PROTON Holdings Bhd melancarkan program dikenali sebagai ‘My Proton Journey’ yang bertujuan merekrut ‘duta’ bagi jenama Proton dikalangan pelanggannya. Pengarah Urusannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed, berkata menerusi program itu, antara 15 hingga 20 pembeli kereta baru Proton akan dipilih secara rawak untuk menghabiskan setengah hari dengan Proton bagi mengalami sendiri operasi Proton dengan lebih dekat.

Beliau berkata, pelanggan terpilih diberi peluang melawat kilang Proton bagi melihat sendiri bagaimana kereta Proton dihasilkan termasuk pelbagai ujian kualiti dan prosedur yang mesti dilalui setiap kenderaan sebelum ia kepada pelanggan.

“Mereka juga berpeluang memandu uji kereta Proton dan Lotus di litar ujian Proton di Shah Alam bagi merasai sendiri pengendalian yang dibangunkan pada setiap model dikeluarkan.

“Matlamat program ini adalah mewujudkan platform bagi membolehkan Proton berkomunikasi mengenai perubahan, kemajuan dan pembangunannya dengan lebih berkesan selain memperbetulkan salah anggap masyarakat terhadap Proton.

“Mereka yang dipilih mengalami semua pengalaman ini bakal menjadi ‘duta’ yang lebih berkesan bagi jenama Proton,” katanya kepada pemberita di majlis pengenalan program My Proton Journey di Shah Alam, semalam.

Syed Zainal berkata, bermula dengan kawasan sekitar Lembah Klang program My Proton Journey akan dikembang ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. Sebagai tambahan, katanya setiap peserta program diberi baucer RM100 untuk membeli barang dari kedai gaya hidup Proton di ibu pejabatnya di Shah Alam.

Sementara itu, Syed Zainal Abidin berkata, Proton mencatatkan sedikit peningkatan jualan dalam separuh pertama tahun ini, dirangsang pelancaran kenderaan pelbagai guna (MPV), Exora. Katanya, selain Exora, pembiayaan mudah dari institusi kewangan dan program pelupusan diperkenalkan kerajaan turut menyokong peningkatan itu.

Tempahan untuk MPV setakat ini 15,767 unit, sementara 6,200 unit sudah dijual sejak dilancarkan Februari lalu. Bagaimanapun, katanya separuh kedua tahun ini akan kekal mencabar ekoran persekitaran ekonomi semasa yang masih perlahan.

Mengenai pasaran Indonesia Exora akan dilancarkan Jumaat ini, Syed Zainal berkata sambutannya nampak menggalakkan dilihat daripada sesi media minggu lalu. Pengurus Besar Bahagian Jualan Kereta Proton Edar Sdn Bhd, Sidik Abdul Hamid, berkata Proton berhasrat menjual kira-kira 500 unit Exora sebulan di Indonesia.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers