July 27, 2009

PNB nafi unit amanah kurang dilanggan Bumiputera

PERMODALAN Nasional Bhd (PNB) menafikan unit saham amanah yang ditawarkannya kurang dilanggan pelabur Bumiputera bersandarkan sambutan menggalakkan daripada bukan Bumiputera terhadap unit tambahan ditawarkannya.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, berkata tanggapan sedemikian tidak tepat kerana pelabur Bumiputera lebih berminat memilih (membeli) produk lain yang sesuai untuk mereka, berbanding unit tambahan ditawarkan termasuk bagi Amanah Saham Malaysia (ASM) dan Amanah Saham Wawasan (ASW).

Sebagai contoh, katanya, pada tahun lalu, daripada pelaburan berjumlah 10 bilion unit pelbagai saham amanah PNB yang diterima daripada pelabur, kira-kira 80 peratus daripadanya membabitkan wang pelaburan Bumiputera. "Jadi dengan sendirinya, wang daripada pelaburan 10 bilion unit itu, kira-kira lapan bilion unit adalah wang orang Melayu, yang bukan Melayu cuma dua bilion," katanya dalam satu temu bual di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Beliau mengulas tanggapan sesetengah pihak bahawa Bumiputera tidak berminat untuk melabur apabila setiap kali unit tambahan yang ditawarkan oleh PNB yang dibuka kepada semua rakyat negara ini, menerima sambutan menggalakkan daripada bukan Bumiputera.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers