July 24, 2009

Tetapkan hala tuju industri tenaga

KUALA LUMPUR 23 Julai - Malaysia perlu mengadakan pelan hala tuju bagi industri tenaga boleh diperbaharui (RE), sejajar dengan keadaan ekonomi dan permintaan global semasa, kata Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM).

Dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada dialog tahunan 2009 di sini, AMCHAM berkata, RE akan memainkan peranan penting dalam membantu pergantungan Malaysia kepada mana-mana satu industri khusus (berasaskan eksport), yang berpotensi digunakan bagi keperluan domestik pada masa akan datang.

"Satu dasar RE negara akan memperkukuh rancangan Malaysia untuk menempatkan dirinya sebagai pusat global bagi industri RE. Pelabur-pelabur dalam industri RE akan lebih yakin dan bersedia untuk melabur di Malaysia dengan kewujudan pelan hala tuju yang konkrit," tegas AMCHAM.

Justeru itu, persatuan tersebut menyarankan agar kerajaan bekerjasama dengan industri tenaga boleh diperbaharui melalui jawatankuasa bersama sektor awam-swasta, seperti MITI-Malaysian Alternative and Renewable Industry (MARI).

MARI ialah sebuah jawatankuasa AMCHAM.

AMCHAM juga mencadangkan agar kerajaan mewujudkan satu kluster industri boleh
diperbaharui pertumbuhan tinggi baru dengan menyediakan peluang-peluang bagi syarikat-syarikat kecil dalam pembekalan RE untuk melabur di Malaysia.

Persatuan itu juga meminta kerajaan mengkaji semula akaun tarif elektrik semasa dan kesan positif penurunan tarif ke atas ekonomi pada keseluruhannya.

"Kenaikan tarif elektrik tahun lepas meningkatkan lagi kos menjalankan perniagaan, mengakibatkan banyak syarikat menghadapai masalah kewangan. Ini juga telah menjadikan Malaysia destinasi yang kurang kompetitif bagi pelaburan langsung asing dan projek-projek pelaburan baru," AMCHAM.

AMCHAM berkata, pihaknya percaya kerajaan perlu mewujudkan satu tahap keyakinan tentang kemudahan mendapatkan gas asli pada pelabur-pelabur baru dan sedia ada, serta bakal pelabur.

Menurut AMCHAM, buat masa ini belum ada pengganti bagi gas asli, yang praktikal atau berdaya maju dari segi komersial.

Katanya, pelabur baru dan sedia ada yang bergantung kepada gas asli memerlukan jaminan tentang bekalan yang berterusan.

AMCHAM juga menggesa kerajaan menyertai negara-negara serantau dan dunia, dan menetapkan jadual untuk menjadi anggota penuh Jawatankuasa Pemerolehan Kerajaan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).

Sebagai permulaan tahun ini, ia boleh menjadi pemerhati, katanya.
"Langkah sedemikian akan menjadikan Malaysia destinasi yang lebih menarik lagi bagi kemasukan pelaburan dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), khususnya bagi perisian dan perkhidmatan sumber luar," katanya. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers