July 24, 2009

Bank Rakyat untung RM668.5j

BANK Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) terus mencatatkan prestasi kewangan kukuh dengan meraih keuntungan sebelum cukai dan zakat RM668.5 juta dalam tempoh enam bulan berakhir 30 Jun lalu, iaitu peningkatan 29.6 peratus berbanding RM515.7 juta yang diraihnya dalam tempoh sama tahun lalu.

Ini diraihnya daripada pendapatan kasar RM1.889 bilion, peningkatan 22.8 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. Keuntungan sebelum cukai dan zakatnya dalam tempoh suku kedua ialah RM337.5 juta berbanding RM265.3 juta pada suku sama tahun lalu.

Berikutan prestasi cemerlang itu, bank koperasi itu yakin mampu mencapai sasarannya untuk meraih keuntungan RM1.3 bilion bagi seluruh tahun ini. Mengumumkan keputusan itu di Kuala Lumpur semalam, Pengarah Urusannya, Datuk Kamaruzaman Che Mat, berkata prestasi cemerlang itu hasil pertumbuhan kukuh pembiayaan dan deposit serta penambahbaikan berterusan mutu pembiayaan.

Katanya, ia turut disumbangkan pendapatan berasaskan yuran sebanyak RM41.5 juta dan pendapatan lain sebanyak RM89.5 juta.

Beliau berkata, setakat 30 Jun lalu, jumlah pembiayaan Bank Rakyat naik RM10.8 bilion atau 30 peratus kepada RM46.8 bilion. Baki bersih pembiayaan bank itu setakat tempoh itu pula meningkat RM8.9 bilion atau 35.2 peratus kepada RM34.1 bilion.

“Pembiayaan pengguna terus menjadi tumpuan utama perniagaan kami yang mana ia menyumbang 92.3 peratus daripada keseluruhan pembiayaan,” katanya. Beliau berkata, baki bersih pembiayaan pengguna bank itu setakat akhir tempoh dikaji ialah RM31.5 bilion, naik RM7.2 bilion atau 29.7 peratus.

Katanya, pembiayaan peribadi terus menjadi penyumbang terbesar merangkumi kira-kira 70 peratus daripada keseluruhan pembiayaan pengguna yang disalurkan Bank Rakyat. “Kami ketika ini menguasai kira-kira 20 peratus pasaran pembiayaan peribadi serta kad kredit,” katanya.

Beliau berkata, jumlah deposit pelanggan Bank Rakyat setakat akhir Jun lalu ialah RM38.9 bilion, naik 26.5 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu. “Nisbah kecairan kekal kukuh pada kadar 24.5 peratus dan nisbah pembiayaan atas deposit (LDR) adalah pada 77.9 peratus,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers