July 1, 2009

Primax 95 di semua stesen Petronas awal September

PETRONAS Dagangan Bhd menjangka semua 915 stesen minyaknya di seluruh negara akan mula menjual Petronas Primax 95, iaitu jenama untuk petrol gred RON 95 keluaran syarikat itu menjelang 1 September ini.

Pengurus Besar Kanan Bahagian Perniagaan Runcitnya, Md Fadzlan Abdul Samad, berkata pihaknya sedia memperuntukkan perbelanjaan bagi memastikan semua stesen minyaknya dapat menjual petrol terbabit kepada pelanggan menjelang tempoh berkenaan. Katanya, langkah itu sebagai menyahut saranan kerajaan terhadap penggunaan meluas petrol RON 95 di seluruh negara.

Beliau berkata, buat masa ini Petronas Primax 95 hanya boleh diperoleh di tiga stesen minyak Petronas iaitu di Precint 9 dan Precint 9D, Putrajaya serta terbaru di Lebuh Raya Lingkaran Kedua (MRR2) di Kepong, Kuala Lumpur.

“Dalam tempoh terdekat ini, kami akan perkenalkan Petronas Primax 95 di dua lagi lokasi di Lembah Klang yang mana satu daripadanya adalah di Kuala Lumpur,” katanya selepas melancarkan Petronas Primax 95 di Stesen Petronas MRR2, Kepong, semalam. Hadir sama Pengarah Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Wilayah Persekutuan, Normah Sheikh Abdullah.

Petronas Primax 95 diperkenalkan pada peringkat nasional ketika pelancaran rasmi petrol RON 95 oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya pada 12 Mei lalu.

Minyak berkenaan adalah petrol yang mesra alam dan menepati spesifikasi antarabangsa Euro 2 kerana ia dihasilkan dengan pengurangan kandungan sulfur sebanyak 500ppm. Ia dibangunkan menerusi formula khas yang bukan saja menawarkan lebih penjimatan dan prestasi enjin yang hebat, tetapi juga ditawarkan pada harga lebih murah iaitu RM1.75 seliter.

Pengenalan Petronas Primax 95 oleh Petronas Dagangan sejajar pengumuman kerajaan bahawa bermula 1 September ini, petrol RON 95 akan menggantikan RON 92 di pasaran dan akan menjadi satu-satunya jenis petrol yang akan disubsidi oleh kerajaan.

RON 97 bagaimanapun masih akan dikekalkan dalam pasaran, tetapi tidak lagi diberikan subsidi dan dijual pada RM2 seliter. Fadzlan berkata, walaupun RON95 dijual pada harga RM1.75 seliter, iaitu lima hingga tujuh sen lebih murah berbanding RON 97 yang lebih banyak digunakan oleh pemilik kenderaan di negara ini, syarikat yakin margin keuntungannya tidak akan terjejas kerana mekanisma harga yang ditetapkan oleh kerajaan turut mengambil kira kepentingan syarikat minyak.

Katanya, berikutan penetapan harga baru untuk RON 97 berkuat kuasa 1 September 2009, pihaknya yakin permintaan terhadap Petronas Primax 95 akan meningkat mulai tarikh berkenaan.

“Jika menggunakan RON 95, pemilik kenderaan dapat berjimat RM2.50 bagi setiap 50 liter dan selepas 1 September, saya yakin lebih ramai pemilik kenderaan yang sebelum ini menggunakan RON 97 akan beralih kepada RON 95,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers