July 28, 2009

Felda yakin pelaburan di Makkah untung

FELDA menjangkakan cawangan Restoran D'Saji dan Hotel Safwah yang baru dibuka di Makkah membabitkan pelaburan RM120 juta, mampu mula meraih keuntungan dalam tempoh tiga atau empat tahun akan datang.

Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor, berkata restoran yang menyediakan hidangan Melayu dan antarabangsa itu beroperasi Mei lalu di tingkat bawah Menara Safwah, bersebelahan Masjidil Haram yang menjadi tumpuan jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia.

Beliau berkata, pelaburan besar yang dibuat menerusi anak syarikat, Felda D’Saji Sdn Bhd (Felda D’Saji) untuk membuka restoran dan pemilikan sebahagian ekuiti dalam Hotel Safwah itu diyakini akan memberi pulangan dalam tempoh ditetapkan dengan menyandarkan kepada sambutan yang diterima sehingga kini.

“Kami menjangkakan sambutan lebih menggalakkan terutama daripada jemaah Malaysia menjelang musim haji dan umrah ketika Ramadan yang menjadi bulan tumpuan kehadiran jemaah dari seluruh dunia.

“Felda dan Tabung Haji masing-masing menguasai 40 peratus kepentingan dalam restoran dan hotel berkenaan manakala bakinya oleh kerajaan Arab Saudi,” katanya selepas merasmikan pembukaan pejabat cawangan Felda Travel and Residence Sdn Bhd (Felda Travel And Residence) di Hotel Felda Residence, di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Eksekutif Felda Travel and Residence, S Andrew Francis; Ketua Pegawai Eksekutif Felda D’Saji, Ahmad Zaki Abdullah dan Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu, Faizoull Ahmad.

Pejabat cawangan Terengganu adalah yang ketiga selepas Putrajaya dan Lahad Datu, Sabah. Pada majlis itu, Mohd Yusof turut mengumumkan penggabungan dua anak syarikat Felda iaitu Felda Travel dan Felda Resorts Sdn Bhd sebagai Felda Travel and Residence sebagai langkah memusatkan pengurusan anak syarikat yang mempunyai persamaan dari segi perkhidmatan yang ditawarkan.

Katanya, penggabungan dua syarikat itu akan lebih menguntungkan kerana akan wujud sinergi bagi memberikan kelebihan dari segi fokus operasi dan menjimatkan kos pengurusan.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers