PROTON Holding Bhd mengukuhkan kembali kedudukannya dalam pasaran kenderaan penumpang tempatan apabila muncul sebagai jenama kereta paling laris bulan lalu dibantu oleh model kenderaan pelbagai guna (MPV) Exora.
Mengikut laporan prestasi jualan kenderaan untuk separuh pertama 2009 yang dikeluarkan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Proton menjual 14,056 unit kenderaan bulan lalu, yang 2,840 unit adalah daripada jualan Exora yang dilancarkan April lalu.
Proton menguasai 34.2 peratus pasaran kenderaan penumpang pada bulan berkenaan mengatasi Perusahaan Otomobil Nasional Kedua Sdn Bhd (Perodua) yang menjual 13,246 unit.
Namun, bagi tempoh enam bulan sehingga Jun lalu, Perodua masih mendahului pasaran kenderaan tempatan dengan menjual 77,045 unit untuk menguasai 33.8 peratus pasaran, diikuti Proton (67,770 unit); Toyota (30,147 unit); Honda (20,476 unit) dan Nissan (11,220 unit).
Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad pada sidang media mengumumkan laporan itu di Petaling Jaya semalam berkata, secara keseluruhannya, jualan kenderaan di Malaysia jatuh 9.7 peratus dalam tempoh enam bulan lalu kepada 251,092 unit berbanding 277,973 unit yang dijual tempoh sama tahun lalu.
Jualan kenderaan penumpang dalam tempoh itu susut 10.2 peratus kepada 228,200 unit, mewakili 90.9 peratus daripada jumlah jualan kenderaan keseluruhan.
Namun, di sebalik penurunan itu, Malaysia muncul sebagai pasaran kenderaan terbesar di Asean sepanjang tempoh itu mengatasi Thailand yang hanya merekodkan jualan 231,426 unit dan Indonesia (210,062 unit).
Katanya, MAA menjangkakan jualan kenderaan di negara ini dalam separuh kedua ini akan bertambah baik dibantu sentimen pengguna yang dijangka pulih disebabkan kestabilan dalam pasaran pekerjaan, selain pengenalan model baru.
July 24, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com