July 23, 2009

Semua unit Amanah Saham Malaysia habis dilanggan

SEMUA unit Amanah Saham Malaysia (ASM) yang ditawarkan Permodalan Nasional Bhd (PNB) kini sudah habis dilanggan. Ini berikutan sambutan menggalakkan yang diterima bagi 1.6 bilion unit tambahan dana amanah itu apabila ia habis dilanggan pada hari pertama langganannya di buka kelmarin. “PNB ingin mengumumkan bahawa semua unit ASM sudah habis dilanggan,” kata PNB dalam kenyataannya di Kuala Lumpur semalam.

Selasa minggu lalu, Presiden dan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman mengumumkan penawaran 1.6 bilion unit tambahan dana amanah itu yang dibuka langganannya untuk semua rakyat Malaysia.

Unit tambahan itu merangkumi baki unit kuota Bumiputera yang belum habis dilanggan. Bagi memastikan lebih ramai pelabur yang mendapat manfaat daripada dana amanah itu, dalam tempoh tujuh hari bermula pembukaannya kelmarin, setiap pelabur hanya boleh melanggan maksimum 20,000 unit saja pada asas ‘siapa cepat dia dapat’.

Pelabur hanya boleh melanggan tanpa sebarang had jika masih ada baki yang belum dilanggan selepas tempoh tujuh hari itu. ASM adalah sebuah dana ekuiti-pendapatan yang dilancarkan pada 2000 dengan matlamat menyediakan peluang pelaburan jangka panjang kepada pemegang unit menerusi pengekalan modal di samping menjana pulangan berdaya saing dan berterusan menerusi portfolio pelaburan yang pelbagai.

Unit awal dana itu berjumlah dua bilion habis dilanggan dalam tempoh 21 hari selepas pelancarannya. Bagaimanapun, sejumlah 3.33 bilion unit tambahan ASM diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada acara Minggu Saham Amanah Malaysia 20 April lalu, yang mana buat pertama kali sistem kuota diperkenalkan bagi melanggan saham amanah itu.
Daripada 3.33 bilion unit tambahan itu, 999 juta unit diperuntukkan kepada kaum Cina dan 500 juta lagi kepada India, manakala 1.6 bilion untuk Bumiputera.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers