RANCANG Awal International Sdn Bhd, syarikat pemasaran tempatan, diberikan hak eksklusif untuk memasarkan produk ternakan ayam segar dan makanan diproses yang dikeluarkan oleh Saha Farm Company Limited (Thailand) bagi pasaran Malaysia serta Asia Barat.
Saha Farm adalah antara pengeluar produk ternakan ayam terbesar di Thailand yang memperoleh sijil halal daripada Perbadanan Pembangunan Industri Halal Malaysia (HDC) pada 1 Julai lalu.
Pengerusi Eksekutif Rancang Awal International, Mohd Shakri Abd Razak, berkata pihaknya sudah menerima pertanyaan daripada beberapa pihak di rantau Asia Barat mengenai permintaan terhadap produk keluaran Saha Farm.
Katanya, antara pertanyaan yang sudah diterima dari rantau berkenaan termasuk dari pasaran Mesir, Syria dan Bahrain. “Kami sudah menghantar kertas cadangan untuk membolehkan pihak dari rantau berkenaan mempertimbang dan menilai produk keluaran Saha Farm,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan sijil halal HDC kepada Saha Farm dan majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara Rancang Awal International dengan Saha Farm di Kuala Lumpur, semalam.
Beliau memeterai perjanjian itu bagi pihak Rancang Awal International manakala Saha Farm diwakili oleh Pengerusinya, Dr Panya Chotitawan. Majlis disaksikan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Mashitah Ibrahim; Setiausaha Menteri Perdagangan Thailand, Praphol Milindachinla dan Ketua Eksekutif HDC, Datuk Seri Jamil Bidin. Shakri berkata, pada masa ini pihaknya sudah mengedarkan produk keluaran Saha Farm ke pasaran di Sabah dan Sarawak serta sedang menunggu kelulusan untuk memasarkannya bagi pasaran Semenanjung.
“Setakat ini, kami sudah mengedarkan antara 60 hingga 100 kontena produk ternakan ayam segar bernilai antara RM3 juta hingga RM5 juta sebulan ke pasaran Sabah dan Sarawak,” katanya.
Saham Farm yang berpangkalan di Bangkok menyediakan produk ternakan ayam segar menepati kualiti serta gred piawai pada harga berpatutan yang dibungkus dan dilabel halal. Kilangnya yang dilengkapi kapasiti pengeluaran sejuta ayam sehari menggunakan teknologi terkini, termasuk kemudahan kawalan berpusat yang boleh memeriksa operasi pada setiap peringkat proses pengeluaran.
Sementara itu, Chotitawan berkata, pihaknya akan terus memastikan untuk mematuhi amalan terbaik, prosedur dan standard persijilan serta pengauditan produk halal bagi memenuhi keperluan pasaran halal yang kini mewakili 20 peratus daripada penduduk dunia. “Ini sejajar keperluan untuk memastikan kepentingan kedua-dua pemegang saham dan pelanggan kami dilindungi, sekali gus membolehkan industri terus berkembang,” katanya.
July 21, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com