BANK Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM49.12 juta di bawah Skim Pembiayaan Mikro MUsk-i sejak skim itu dilancarkan pada April 2007 membabitkan 3,927 usahawan kecil.
Pemangku Penolong Pengurus Besar Perbankan Konsumernya, Suhaimee Yassin, berkata 53 peratus daripada pembiayaan itu adalah kepada sektor peruncitan diikuti makanan dan minuman (34 peratus) serta perkhidmatan (10 peratus).
Beliau berkata, Bank Rakyat telah menyalurkan pembiayaan berjumlah RM23.7 juta kepada 2,029 peminjam di kalangan ahli koperasi dan peniaga kecil dalam tempoh enam bulan tahun ini.
“Sebagai bank koperasi, Bank Rakyat berusaha memainkan peranannya dalam membantu ahli koperasi dan juga membuka peluang kepada golongan penjaja serta peniaga mendapatkan kemudahan pembiayaan bagi meningkatkan taraf perniagaan mereka,” katanya kepada Berita Harian, di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau berkata, bagi tahun ini, Bank Rakyat mensasarkan pengeluaran pembiayaan RM45 juta didorong oleh langkah pemasaran lebih agresif di kalangan pegawai mikro kewangannya. Katanya, produk di bawah skim itu termasuk Pembiayaan Aslah Niaga dan Tijari Mikro-i yang ditawarkan menerusi 50 cawangan Bank Rakyat yang menawarkannya, khususnya di kawasan luar bandar.
“Kami menjangkakan sasaran pengeluaran pinjaman bagi skim pembiayaan mikro meningkat antara 15 hingga 20 peratus tahun depan menerusi pelancaran produk baru dan langkah pemasaran lebih agresif,” katanya sambil menambah Bank Rakyat akan melancarkan Skim Mentor Mentee sebelum akhir tahun ini yang mana pihak bank akan menyalurkan pembiayaan kepada ejen atau pengedar kepada sesebuah syarikat.
Suhaimee berkata, setakat Disember 2008 Bank Rakyat mencatatkan pembayaran balik menggalakkan bagi skim pembiayaan berkenaan dengan kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) pada 0.72 peratus.
Beliau berkata, ini berikutan langkah susulan terus dilaksanakan bagi meningkatkan pembayaran balik di kalangan peminjam dengan mengadakan lawatan ke tapak perniagaan mereka selain menggalakkan mereka membuat simpanan.
Katanya, skim pembiayaan mikro ditawarkan kepada ahli koperasi serta persatuan penjaja dan peniaga kecil yang menjadi panel Bank Rakyat.
July 20, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com