July 20, 2009

IJM Corp raih manfaat projek mega

JANGKAAN meraih kontrak baru susulan pelaksanaan projek di bawah dua pakej rangsangan ekonomi dan langkah menyegerakan projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) memberi nafas baru kepada IJM Corporation Bhd (IJM Corp).

Meskipun keadaan ekonomi global masih tidak menentu, namun syarikat itu dijangka terus memperoleh kontrak daripada beberapa projek mega baru yang dirancang dilaksanakan kerajaan tahun ini.

Vickers Research, menjangkakan IJM Corp berpotensi memperoleh kontrak lebih daripada jangkaan awal sebanyak RM2 bilion bagi tahun kewangan 2010.

“Peluang mendapatkan projek pembinaan daripada kerajaan adalah besar. Kami secara konservatif menjangka syarikat ini dengan mudah mampu mengatasi ramalan awal tempahan kontrak sebanyak RM2 bilion.

“Ia adalah daripada dua projek utama iaitu kerja pembinaan di Dubai bernilai antara RM1 bilion hingga RM2 bilion dan pembinaan hospital di dalam negara bernilai RM700 juta,” katanya dalam laporan penyelidikan ekuiti baru-baru ini.

IJM Corp baru-baru ini mengumumkan meraih kontrak bernilai RM303 juta untuk membina hotel di kepulauan Al Reem, Abu Dhabi. Terdahulu pada 5 Mei lalu, IJM Corp mengumumkan syarikat usaha sama yang dianggotainya bersama UEM Builders Bhd dan dua syarikat Jepun memenangi kontrak bagi melaksanakan projek penghantaran air mentah dari Pahang ke Selangor bernilai RM1.3 bilion.

IJM Corp dan UEM Builders masing-masing memegang 20 peratus ekuiti dalam usaha sama itu manakala dua syarikat Jepun, Shimizu Corp dan Nishimatsu Construction Co Ltd pula masing-masing 30 peratus.

HwangDBS berkata, jika diambil kira potensi pemerolehan kontrak mega baru seperti menaik taraf dan penyambungan landasan Transit Aliran Ringan (LRT) yang ditawarkan secara tender kerajaan tidak lama lagi termasuk projek pembangunan Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), sebahagian projek bekalan air Selangor-Pahang dan sebahagian projek landasan ber-kembar Gemas-Johor Bahru, jumlahnya sudah tentu melebihi anggaran awal tempahan kontrak kumpulan itu.

Secara keseluruhannya HwangDBS menjangkakan, jumlah pesanan kontrak pembinaan kumpulan itu tahun ini mampu melonjak mencecah RM5 bilion. Penurunan harga bahan binaan juga memberi ruang peningkatan margin keuntungan kepada IJM Corp, justeru, memastikan peningkatan pendapatan kumpulan pada masa akan datang.

“Kami menjangka margin keuntungan kumpulan itu akan meningkat kepada enam peratus bagi tahun kewangan 2010 dan sembilan peratus pada 2011,” katanya. Susulan itu, HwangDBS memberi saranan ‘beli’ ke atas IJM Corp dengan harga sasaran RM7.20 sesaham dalam tempoh 12 bulan, 25 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa iaitu RM5.60 sesaham.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers