July 21, 2009

ICT dijangka belanja RM43.33b

PERBELANJAAN dalam industri Teknologi Maklumat dan Industri (ICT) tempatan disasarkan meningkat mencecah AS$12.31 bilion (RM43.33 bilion), tahun depan. Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili, berkata sasaran itu bersandarkan pertumbuhan berterusan dalam perbelanjaan ICT yang menyaksikan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sebanyak 7.5 peratus antara 2005 dan 2010.

Katanya, kementerian menjangka industri ICT negara akan kekal kukuh walaupun ketika kelembapan ekonomi global yang menjejaskan sektor elektronik, perkilangan dan industri runcit apabila berlaku pengurangan import dari negara maju.

Beliau berkata, ini dibuktikan apabila sektor berkenaan terus mencatatkan pertumbuhan positif dalam tahun kebelakangan yang sekali gus merekodkan jumlah perbelanjaan ICT sebanyak AS$9.32 bilion (RM32.8 bilion) pada 2006.

“Pada 2007, negara masih kekal merekodkan jumlah perbelanjaan ICT yang hampir mencecah AS$10 bilion (RM35.2 bilion) iaitu pertumbuhan 7.2 peratus berbanding tahun sebelumnya. “Malaysia mempunyai asas industri yang berkembang maju dalam semua bidang meliputi pembangunan perisian, penyelesaian dan penyedia perkhidmatan, sekali gus menyumbang RM48 bilion kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2008,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Bulan Industri Teknologi Maklumat dan Industri (ICT) Kebangsaan Pikom (NIM 2009) di Kuala Lumpur, semalam. Hadir sama Timbalan Ketua Setiausahanya (Dasar), Datuk Sharifah Zarah Syed Ahmad; Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC), Datuk Badlisham Ghazali; Pengerusi Pikom, David Wong Nan Fay dan Pengerusi Organisasi NIM 2009, Wei Chuan Beng.

Ongkili berkata, kementeriannya yakin industri ICT tempatan berupaya untuk terus kukuh menghadapi krisis kewangan dan mampu kembali memberikan daya saing apabila keadaan ekonomi negara semakin pulih.

Katanya, pertumbuhan kukuh ICT di Asia sejak kebelakangan ini yang telah memacu penstrukturan semula pembiayaan kepada peniaga dan pengguna, meletakkan Malaysia sebagai negara pilihan utama di kalangan pelabur ICT.

Beliau berkata, kaji selidik firma bebas seperti IDC, Frost dan Sullivan dan KPMG menyatakan Asia kekal kawasan paling berpotensi dalam pasaran ICT global, walaupun ketika krisis kewangan 2009. “Ini berdasarkan corak organisasi yang beralih ke ICT sebagai langkah mengoptimumkan pertumbuhan keuntungan dan pendapatan mereka,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers