July 29, 2009

Kerajaan digesa segerakan dana pulih industri makanan laut

BUTTERWORTH 28 Julai – Kerajaan digesa mempercepatkan pakej bantuan RM500 juta bagi memulihkan sektor makanan laut yang terjejas teruk apabila sebahagian besar syarikat pengeluar produk itu dikeluarkan dari senarai pengeksport ke negara Kesatuan Eropah (EU).

EU menggantung pengimportan produk syarikat terbabit sejak Jun tahun lalu selepas mendapati proses pengendalian produk yang dihasilkan tidak menepati syarat dan piawaian kesatuan itu.
Pengerusi Persatuan Perusahaan Makanan Sejuk Beku Malaysia (MFFPA), Ch‘ng Chin Hooi berkata, setakat ini hanya enam daripada 43 syarikat makanan laut di negara ini dibenarkan mengeksport semula produk mereka ke negara EU.

‘‘Sebanyak 37 lagi syarikat termasuk 26 daripadanya yang menganggotai MFFPA belum dibenarkan mengeksport produk mereka kerana tiada usaha dibuat untuk membuat penilaian semula ke atas mereka.

‘‘Situasi ini menyebabkan industri bergerak terlalu perlahan malah ada syarikat yang sudah memberhentikan operasi akibat pasaran yang cukup terhad,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurut beliau, dana bantuan itu amat penting bagi membolehkan syarikat terbabit membuat perubahan termasuk daripada aspek pembungkusan dan memenuhi syarat lain untuk memasarkan segera produk ke negara selain EU.

Pada masa sama katanya, Kementerian Kesihatan sepatutnya membuat penilaian semula ke atas syarikat terbabit dengan menyediakan laporan audit untuk membantu mendapatkan semula kebenaran mengeksport ke negara kesatuan itu.

Chin Hooi memberitahu, pihaknya dimaklumkan bahawa kerajaan sudah meluluskan pakej RM500 juta pada Oktober lalu sebagai bantuan rangsangan kepada syarikat terbabit tetapi ia belum disalurkan sehingga kini.

‘‘Dana itu akan dapat membantu kami mencari alternatif untuk memasarkan produk ke negara seperti Amerika Syarikat (AS), Australia dan Asia Barat,” tambahnya.

Beliau memberitahu, industri makanan laut merupakan eksport makanan kedua terbesar negara manakala pasaran EU mewakili 45 peratus nilai eksport yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM2.5 bilion setahun.

‘‘Keadaan ini bukan sahaja menyukarkan pihak-pihak dalam rangkaian sektor tetapi sebenarnya merugikan negara kerana potensi industri untuk terus berkembang adalah sangat baik,” jelasnya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers