July 31, 2009

Petronas ambil alih firma petrokimia Optimal Groups

PETRONAS mengukuhkan lagi kedudukannya dalam perniagaan petrokimia apabila mengambil alih keseluruhan kepentingan ekuiti Optimal Groups of Companies pada harga AS$660 juta (RM2.33 bilion).
Kepentingan berkenaan dibelinya daripada rakan kongsinya dalam syarikat berkenaan, Union Carbide Corporation, sebuah anak syarikat pengeluar kimia terkemuka Amerika Syarikat, The Dow Chemical Company.

Petronas dan Dow Chemical dalam kenyataan bersama mengumumkan janji niaga itu di Kuala Lumpur semalam, berkata pengambilalihan berkenaan akan dibiayai syarikat minyak kebangsaan itu menggunakan dana dalamannya, dan ia dijangka diselesaikan menjelang akhir suku ketiga ini.

Mengikut kenyataan itu, susulan pengambilalihan itu, Dow Chemical dan Petronas telah memeterai perjanjian pembekalan komersial yang membenarkan kedua-duanya untuk terus memberikan perkhidmatan kepada pelanggan semasa mereka dengan produk yang dikeluarkan Optimal.

Dow Chemical, mengikut kenyataan itu akan memasarkan produk kimia asas dan prestasi keluaran Optimal kepada pelanggannya sedia adanya di Asia Pasifik. Kumpulan Optimal yang mengeluarkan bahan kimia berasaskan petroleum adalah syarikat usaha sama antara Petronas dan Union Carbide.

Syarikat yang berpangkalan di Kuala Lumpur itu mengeluarkan lebih 70 produk kimia dan memasarkannya ke Asia Pasifik menerusi kilang petrokimia di Kerteh, Terengganu. Antara produk yang dikeluarkannya ialah bahan mentah ethylene, propylene, Ethylene Oxide, Ethylene Glycol dan Butanol. Mengulas pengambilalihan itu, Presiden dan Ketua Eksekutif Petronas, Tan Sri Mohd Hassan Marican, berkata ia akan mengukuhkan lagi perniagaan syarikat minyak kebangsaan itu, terutama dalam segmen kimia.

“Pembelian ekuiti milik Dow Chemical dalam Optimal ini akan membolehkan kami mengukuhkan kedudukan dalam perniagaan bahan kimia tidak tepu Olefin dan meningkatkan pertumbuhan industri petrokimia di Malaysia.

“Kami telah menikmati hubungan kerja yang baik dengan Dow Chemical menerusi Optimal sejak bertahun lalu. Kami menjangkakan hubungan itu akan berterusan dan Dow Chemical kini menjadi antara pelanggan terbesar Optimal,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers