POS Malaysia Bhd dengan kerjasama RHB Insurance Bhd semalam melancarkan pelan insurans perlindungan pembantu rumah dikenali ‘Pos - Perlindungan Pembantu Rumah’ yang menyediakan pelan perlindungan menarik dan kompetitif.
Pelan itu menyediakan perlindungan bagi pembantu rumah sekiranya terbabit dalam kemalangan atau meninggal dunia, atau sekiranya berlaku kemalangan yang tidak diingini atau berlaku kemusnahan pada pihak ketiga akibat kemalangan akibat kecuaian pembantu rumah.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Eksekutif Pos Malaysia, Datuk Syed Faisal Albar, berkata pelan insurans itu adalah yang pertama seumpamanya diperkenalkan di negara ini dan ia boleh dibeli di semua kaunter pejabat pos di seluruh negara mulai 15 Ogos ini.
Katanya, pelan insurans itu amat bermanfaat untuk majikan dan pembantu rumah kerana menyediakan banyak faedah, termasuk perlindungan kemalangan peribadi serta skim tambahan yang menarik.
“Setakat Mei tahun ini, ada kira-kira 231,355 pembantu rumah asing bekerja sebagai pembantu rumah di negara ini dan kami yakin produk ini akan mendapat sambutan menggalakkan daripada rakyat negara ini yang mempunyai pembantu rumah,” katanya kepada pada sidang media sempena majlis memeterai perjanjian dengan RHB Insurance di Kuala Lumpur, semalam.
Hadir sama Pengarah Urusan Kumpulan Kumpulan Perbankan RHB, Datuk Tajuddin Atan.
Pelan insurans Pos - Perlindungan Pembantu Rumah itu disediakan serta dijamin sepenuhnya oleh RHB Insurance untuk pembantu rumah asing yang bekerja secara sah di negara ini. Ia menawarkan premium serendah RM50 setahun serta perlindungan meluas antaranya seperti kematian dan ketidakupayaan kekal sehingga RM30,000, bayaran balik perbelanjaan akibat kemalangan, bayaran balik perbelanjaan hospital dan pembedahan.
July 31, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com