PUTRAJAYA 23 Julai - Penyediaan bajet 2010 dijangka lebih mencabar berikutan keadaan ekonomi global yang tidak menentu, sumber negara yang terhad dan kehendak rakyat yang semakin meningkat.
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah berkata, bagi penyediaan bajet tahun depan, pihaknya menerima 68 memorandum melibatkan pelbagai isu dan cadangan yang bakal dibincangkan oleh 18 kumpulan sasar.
''Hasil perbincangan mesyuarat kumpulan sasar akan dijadikan input dalam merangka Bajet 2010,'' katanya ketika berucap pada pelancaran Mesyuarat Kumpulan Sasar Bajet 2010 di sini hari ini. Bajet 2010 dijangka dibentangkan pada 23 Oktober ini.
Di antara isu yang dibincangkan oleh 18 kumpulan sasar itu ialah pelaburan swasta, modal insan, bidang khusus dalam sektor perkhidmatan, pertanian, industri pembinaan dan perumahan, pengangkutan awam, keselamatan awam dan pengurangan kadar jenayah, pembangunan infrastruktur luar bandar dan alam sekitar.
Menurut Ahmad Husni, sebagai sebuah ekonomi yang kecil, terbuka dan bersepadu, perdagangan dan aliran pelaburan negara terjejas teruk dengan keadaan ekonomi global yang tidak menentu
''Oleh itu, ekonomi Malaysia dijangka menguncup antara empat hingga lima peratus pada tahun ini,'' jelasnya.
Beliau menambah, selaras dengan pertumbuhan perlahan, ditambah pula harga komoditi yang rendah dan tidak menentu, kutipan hasil juga dijangka terjejas.
Sehubungan itu, kata beliau, kerajaan telah mengambil langkah untuk meningkatkan kecekapan dan kualiti perbelanjaan
Menurut Ahmad Husni, dalam jangka masa panjang, kerajaan akan memperluaskan sumber hasil dalam negara selain melakukan yang terbaik untuk mengukuhkan daya tahan dan mengambil langkah-langkah ke arah mengembalikan ekonomi ke landasan pertumbuhan mampan.
''Di samping memberi fokus kepada isu ekonomi, kerajaan juga akan memastikan keperluan rakyat, terutamanya golongan mudah terjejas, terus diberi keutamaan,'' jelasnya.
July 24, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com