July 21, 2009

LEBIH 55 peratus pelanggan pasca bayar Celcom (Malaysia) Bhd menyertai kempen ‘Satu Hari Satu Beg Tangan, Setiap Hari’ yang berakhir 18 Julai lalu mem

ASAS ekonomi Malaysia kekal kukuh dengan rizab antarabangsa berjumlah RM322.9 bilion sehingga 30 Jun lalu, mencukupi untuk membiayai import 8.5 bulan dan hutang luaran jangka pendek 3.8 kali.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed, berkata aliran pelaburan bagi sektor pembuatan juga masih menggalakkan dengan pelaburan diluluskan dari Januari hingga Mei lalu RM9.02 bilion membabitkan 294 projek.

Katanya, daripada jumlah itu, RM4.83 bilion atau 53.5 peratus ialah pelaburan syarikat tempatan, manakala bakinya pelabur luar yang akan mewujudkan 22,119 peluang pekerjaan.

Beliau berkata, wilayah selatan menarik jumlah pelaburan agak besar dalam sektor pembuatan bagi tempoh Januari hingga Mei lalu dengan 54 projek diluluskan di Johor, Negeri Sembilan (10) dan Melaka (lima).

“Pertumbuhan sektor pembuatan dan perkhidmatan menyumbang terhadap peningkatan perdagangan global Malaysia, dengan 200 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar disumbang oleh perdagangan global,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Dialog Perdagangan dan Pelaburan, serta Seminar Sektor Pembuatan dan Perkhidmatan, Wilayah Selatan di Johor Bahru, semalam. Mustapa menambah, dari Januari hingga Mei 2009, perdagangan global Malaysia berjumlah RM360.8 bilion dengan eksport RM205.5 bilion dan import RM155.3 bilion, yang menyumbang kepada lebihan RM50 bilion.

Katanya, ramalan prestasi perdagangan Malaysia pada 2009 bergantung termasuk kepada prestasi rakan dagangan utamanya. Sementara itu, Mustapa berkata, prestasi ekonomi negara dijangka lebih baik pada separuh kedua 2009 bersandarkan ramalan ekonomi global bergerak ke arah pemulihan serta impak daripada pakej rangsangan ekonomi yang dilaksanakan kerajaan.

Katanya, meskipun Malaysia mengalami penguncupan ekonomi 6.4 peratus bagi suku pertama tahun ini kesan daripada krisis kewangan global, kesannya tidak begitu kelihatan. “Setakat ini cuma China dan India menunjukkan tanda positif pemulihan, manakala rakan dagang utama Malaysia seperti Amerika Syarikat dan Eropah masih mengalami kegawatan.

“Kita sekarang mengalami kesan daripada krisis kewangan global itu, sama ada terhadap pelaburan mahupun perdagangan. Namun, kesannya tidak begitu kelihatan seperti pemberhentian kerja... itu adalah tanda positif. “Kaedah yang agresif perlu dicari untuk menangani perkara itu kerana tempoh semakin singkat menjelang akhir tahun,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers