LEBIH 55 peratus pelanggan pasca bayar Celcom (Malaysia) Bhd menyertai kempen ‘Satu Hari Satu Beg Tangan, Setiap Hari’ yang berakhir 18 Julai lalu membabitkan purata sejuta penyertaan setiap bulan.
Kempen 100 hari yang dianjurkan dengan kerjasama Shuz, pengedar terkemuka kelengkapan kasut dan aksesori wanita, menawarkan 100 beg tangan Be&D bernilai kira-kira RM6,000 setiap satu kepada pemenang di kalangan pelanggan pasca bayar Celcom. Naib Presiden Kanan Pemasarannya, Zalman Zainal, berkata kempen turut mencatat peningkatan lima peratus penggunaan talian pasca bayar Celcom.
“Kempen ini mendapat sambutan memberangsangkan dan ini antara inisiatif menarik lebih ramai pelanggan, khususnya wanita. “Kempen ini mencatat peningkatan penggunaan talian yang kebiasaannya hanya antara dua hingga tiga peratus,” katanya selepas menyampaikan beg tangan Be&D kepada 20 pemenang di Kuala Lumpur, semalam.
Celcom merekodkan pertumbuhan pelanggan pasca bayar baru 183,000 bagi suku pertama berakhir 31 Mac lalu, menjadikan jumlahnya melepasi paras sembilan juta pelanggan. Zalman berkata, syarikat dijangka melaksanakan beberapa kempen dan program seumpama itu yang menumpukan pelbagai segmen pelanggan, sekali gus meningkatkan asas pelanggannya.
Beliau berkata, untuk menyertai kempen itu, pelanggan hanya perlu membuat panggilan suara, video atau IDD dari Malaysia dalam tempoh promosi, iaitu dari jam 12.01 tengah hari hingga 7.59 malam setiap hari.
Katanya, setiap panggilan mestilah melebihi tiga minit bagi melayakkan pelanggan mendapatkan satu penyertaan. Pada majlis itu, Celcom turut menyampaikan tiga beg pengembaraan Samsonite yang bernilai kira-kira RM15,000 kepada tiga pelanggan bertuah yang dianjurkan sempena Hari Bapa pada 21 Jun lalu
July 21, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com