July 24, 2009

Kurangkan cukai korporat secara berperingkat

KUALA LUMPUR 23 Julai - Dewan Perniagaan Amerika Malaysia (AMCHAM) menggesa kerajaan mengurangkan cukai korporat secara berperingkat untuk lebih sejajar dengan negara-negara lain.

Kadar 25 peratus sekarang boleh dikurangkan kepada 18 peratus menjelang 2012, kata dewan itu dalam satu memorandum yang diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa
dan Industri pada dialog tahunan 2009 di sini, hari ini.

Kadar cukai korporat Malaysia yang tinggi menyebabkan syarikat di negara ini terus menanggung kos operasi tinggi, kata AMCHAM.

Ia berkata, Singapura baru-baru ini mengurangkan kadar cukainya daripada 18 peratus kepada 17 peratus.

"Perbezaan besar dalam kadar cukai ini boleh memberi kesan serius kepada pelabur di Malaysia ketika ini yang mahu melabur semula di sini, dan boleh menghalang kemasukan pelaburan langsung asing baharu ke negara ini," kata dewan tersebut.

AMCHAM juga mencadangkan pengecualian duti import untuk mengurangkan kos menjalankan perniagaan dalam industri francais makanan dan minuman dan harga menu.

Sementara itu, Dewan Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah-Malaysia (EU-MCCI) menggesa pengenalan prosedur bagi menuntut baki levi yang dikenakan ke atas pekerja asing apabila mereka dihantar pulang semasa kegawatan ekonomi.

Ketika ini, majikan tidak dapat membuat tuntutan berikutan kekurangan kejelasan dalam proses tersebut.

Mengenai pengenalan levi berganda ke atas pekerja asing baru-baru ini, EU-MCCI berkata, tindakan itu boleh menjejaskan banyak syarikat pembuatan kerana kenaikan itu akan memberi kesan besar kepada kos operasi mereka.

"Kami memahami hasrat kerajaan untuk menggunakan tenaga kerja rakyat Malaysia terutamanya dalam keadaan pasaran yang gawat ketika ini.

"Bagaimanapun, kami mahu mencadangkan bahawa levi itu disemak semula agar terdapat skala gelongsor bagi satu tempoh masa, yang dalam sektor tertentu pendekatan yang lebih fleksibel di ambil dan polisi ini sepatutnya disemak setiap tahun bagi menentukan keberkesanannya," kata EU-MCCI. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers