July 28, 2009

Kerajaan sumbangkan RM2.3b dana modal teroka

KERAJAAN telah menyumbang lebih RM2.3 bilion kepada industri dana modal teroka negara, mewakili 50 peratus daripada keseluruhan saiz dana industri itu yang berjumlah RM4.6 bilion.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata jumlah itu membayangkan komitmen kerajaan yang memandang serius pembangunan industri yang berasaskan inovasi itu sebagai asas pertumbuhan pada masa akan datang.

“Pembabitan kerajaan Malaysia dalam industri modal teroka adalah yang tertinggi berbanding negara lain di rantau ini. Kerajaan akan terus menyokong industri ini untuk mengenal pasti dan menggalakkan syarikat baru yang mempunyai kemampuan inovasi yang lebih tinggi sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membentuk model ekonomi baru akan memberi tumpuan kepada inovasi dan produktiviti,” katanya.

Susulan itu juga, Awang Adek menjangka, industri berkenaan bakal mendapat peruntukan lebih besar menerusi Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10) yang akan bermula pada 2011.
Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu melihat cadangan dari pelbagai pihak yang terbabit dalam industri modal teroka tempatan terlebih dulu.

“Kita perlu melihat prestasi keseluruhan industri modal teroka. Pada peringkat global, saya rasa industri modal teroka negara secara umumnya masih agak kecil, jadi ia memerlukan sedikit suntikan oleh kerajaan bagi menjana kemajuannya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis memeterai perjanjian antara Malaysia Venture Capital Management Bhd (Mavcap) dengan dua rakan khidmat penyumberan luar modal teroka baru, Astra Partners Sdn Bhd and Questmark Capital Management Sdn Bhd di Kuala Lumpur, semalam.

Menerusi perjanjian itu, Astra dan Questmark masing-masing mendapat peruntukan pembiayaan modal teroka sebanyak RM25 juta daripada Mavcap untuk diurus dan laburkan dalam syarikat teknologi komunikasi dan maklumat (ICT).

Di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), Mavcap menerima peruntukan RM970 bilion, yang mana RM290 disalurkan menerusi 11 syarikat pengurusan modal teroka yang menjadi rakan penyumberan luar, manakala bakinya diuruskan secara sendirian.

Penyaluran dana itu dibuat menerusi menerusi dua program, iaitu Program Rakan Khidmat Penyumberan Luar Pertama (OSP1), yang mana sejumlah RM90 juta kepada empat syarikat pengurusan modal teroka untuk membiayai pelaburan dalam sektor ICT.

Sementara itu, di bawah Program Rakan Khidmat Penyumberan Luar Kedua (OSP2), Mavcap menyalurkan dana berjumlah RM200 juta menerusi tujuh syarikat pengurusan dana dan perjanjian semalam adalah pusingan akhir penyaluran peruntukan sedemikian.

Mavcap, anak syarikat milik penuh Perbadanan Kementerian Kewangan, adalah firma modal teroka terbesar negara yang ditubuhkan pada 2001, bertujuan membangunkan industri modal teroka tempatan dan menggalakkan keusahawanan dalam sektor teknologi.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers