MELAKA 20 Julai - Permintaan semasa yang lembap dalam sektor perumahan dan hartanah di negara ini dijangka berterusan sehingga tahun depan.
Sehubungan itu Presiden Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan (REDHA) Malaysia, Datuk Ng Seing Liong mencadangkan kepada kerajaan agar mengambil langkah tertentu untuk merangsang semula permintaan dalam sektor berkenaan.
Katanya, salah satu langkah yang boleh dilaksanakan adalah memperkenalkan pakej rangsangan yang lebih komprehensif untuk meningkatkan aktiviti pasaran perumahan dan hartanah.
''Perkembangan dalam sektor perumahan dan hartanah adalah penting kerana ia memainkan peranan penting dalam menjana pertumbuhan ekonomi negara.
''Walaupun industri menghadapi pelbagai masalah kini, tetapi segala pilihan yang ada perlu dibincang dan dinilai bagi memastikan pertumbuhan sektor ini tidak terjejas teruk," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Pameran Ekspo Hartanah Malaysia (Mapex 2009) di sini hari ini.
Pameran itu dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Pembangunan Pekan Kecil dan Pemulihan Projek negeri, Datuk Abdul Ghafaar Atan.
Selain itu, kata Seing Liong, antara langkah yang boleh dipertimbangkan termasuklah mengecualikan pemaju perumahan daripada membina rumah kos rendah untuk tempoh dua tahun akan datang.
Katanya, langkah itu mampu membantu pemaju menggerakkan projek perumahan ketika dalam kegawatan ekonomi selain menumpukan perhatian kepada kualiti projek perumahan yang dihasilkan.
''Kerajaan seharusnya mengambil alih pembinaan rumah-rumah kos rendah dan pada masa sama, pemaju perumahan harus dikecualikan daripada membina rumah kos rendah dalam tempoh dua tahun ini," katanya. - Bernama
July 21, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com