July 21, 2009

KPJ, Pasdec bina hospital

KPJ Healthcare Bhd (KPJ), penyedia perkhidmatan kesihatan swasta terbesar tempatan, semalam memeterai perjanjian kerjasama dengan Pasdec Corporation Sdn Bhd (Pasdec) bagi membina sebuah hospital pakar membabitkan kos RM100 juta di Tanjung Lumpur, Kuantan.

Pengerusinya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim, berkata menerusi kerjasama itu, KPJ akan membangunkan sebuah hospital pakar dengan kemudahan 200 katil di tanah seluas 1.24 hektar milik Kumpulan Pasdec, yang juga syarikat milik penuh kerajaan Pahang.

Beliau berkata, hospital pakar baru itu yang dijangka beroperasi pada 2011, adalah hospital pakar kedua yang dibina KPJ selepas Hospital Pakar Kuantan yang dibuka sejak 1986.

“Perjanjian kerjasama untuk membina hospital pakar yang baru di Pahang ini dianggap sebagai peluang strategik bagi kedua-dua pihak KPJ dan Pasdec. “Pertubuhan ekonomi yang stabil di Kuantan dan Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) akan meningkatkan permintaan bagi perkhidmatan penjagaan kesihatan yang lebih berkualiti,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan perjanjian kerjasama itu di Kuantan, semalam.

KPJ diwakili Pengurus Besar Kumpulan (Operasi Hospital), Amiruddin Abdul Satar dan Pengurus Besar KPJ, Mohd Sahir Rahmat manakala Pasdec oleh Pengarahnya, Datuk Lias Mohd Noor dan Ketua Eksekutif Pasdec, Mohd Khairudin Abdul Manan.

Majlis itu disaksikan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob. Muhammad Ali berkata, hospital pakar baru itu akan menyediakan perkhidmatan integrasi seperti unit jagaan intensif (ICU), dewan bedah, bilik bersalin, pusat jagaan, farmasi, khidmat imbasan diagnostik, fisioterapi, unit hemodialisis, klinik pesakit luar dan unit kecemasan dan kemalangan.

Katanya, ketika ini Hospital Pakar Kuantan milik KPJ yang memiliki 77 katil, menerima pesakit sehingga dari Kota Bahru, Kelantan dan Mersing Johor.

“Justeru, pembukaan hospital baru ini adalah kesinambungan perkhidmatan yang akan disediakan KPJ berikutan permintaan tinggi daripada penduduk di wilayah pantai timur Semenanjung untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang terbaik di masa depan,” katanya.

Sementara itu, Mohd Khairudin berkata, menerusi kerjasama itu, kedua-dua pihak akan menubuhkan satu syarikat yang akan bertanggungjawab bagi pembangunan dan pembinaan bangunan hospital pakar. “Kita juga akan membangunkan pusat komersial di kawasan seluas 1.08 hektar bersebelahan hospital pakar ini dikenali sebagai Kuantan Piazza bagi menyokong operasi hospital berkenaan,” katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers