July 30, 2009

Ulasan Pasaran: Bursa Malaysia ditutup rendah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup rendah semalam berikutan pengambilan untung selepas kenaikan baru-baru ini. Penganalisis teknikal SJ Securities, Phua Kwee Hock, berkata satu daripada alasan bagi penjualan adalah dana dari pasaran serantau tertumpu kepada tawaran awam permulaan (IPO) AS$7.3 bilion China State Construction Engineering Corp, tawaran IPO terbesar di dunia tahun ini. IPO itu melonjak 56 peratus dalam dagangan sulungnya di Shanghai semalam.

Di pasaran tempatan, para pelabur berhati-hati menjelang mesyuarat Bank Negara lewat hari ini, katanya. Pada penutup, petunjuk pasaran KLCI FTSE Bursa Malaysia (FBM) turun 7.9 mata atau 0.674 peratus kepada 1,164.48 selepas mencapai paras tertinggi harian pada 1,179.08. Ia dibuka 2.15 lebih rendah kepada 1,170.23.

Indeks Kewangan susut sebanyak 37.07 mata kepada 9,475.7, Indeks Perusahaan turun 3.79 mata kepada 2,562.03, manakala Indeks Perladangan merosot 64.26 mata kepada 5,623.68. Indeks FBMEmas jatuh 60.83 mata kepada 7,844.37, FBM Top 100 berkurangan 53.71 mata kepada 7,635.66, FBMMesdaq Index turun 40.16 mata kepada 4,110.16 manakala Indeks FBM2BRD susut 65.29 mata kepada 5,170.96.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 478 berbanding 219 manakala 230 kaunter tidak berubah, 304 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung. Sejumlah 1.302 bilion saham bernilai RM1.962 bilion bertukar tangan, meningkat daripada 1.123 bilion saham bernilai RM1.633 bilion sebelumnya.

Menerajui kaunter cergas, KNM Group susut 3.0 sen kepada 86.5 sen, Tebrau Teguh menambah 2.0 sen kepada 82.5 sen, SAAG Consolidated turun 1.5 sen kepada 28 sen manakala Jotech Holdings tidak berubah pada 8.5 sen.

Di kalangan kaunter wajaran tinggi, Sime Darby susut 5.0 sen kepada RM8.10 manakala Maybank, Bumiputra-Commerce dan Tenaga kekal masing-masing kepada RM6.55, RM10.20 dan RM8.10.

Jumlah dagangan Papan Utama meningkat kepada 1.131 bilion saham bernilai RM1.913 bilion berbanding 933.135 juta saham bernilai RM1.571 bilion kelmarin. Jumlah dagangan di Papan Kedua berkurangan kepada 79.820 juta saham bernilai RM30.525 juta berbanding 94.278 juta saham bernilai RM41.503 juta sebelumnya.

Bagaimanapun, jumlah dagangan Mesdaq meningkat kepada 38.150 juta saham bernilai RM58.991 juta daripada 28.707 juta saham bernilai RM5.171 juta. Waran turun kepada 47.188 juta unit bernilai RM9.545 juta daripada 60.233 juta unit bernilai RM12.716 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 57.653 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 263.183 juta, pembinaan 99.643 juta, perdagangan/perkhidmatan 349.263 juta, teknologi 15.724 juta, prasarana 24.317 juta, kewangan 90.076 juta, hotel 4.070 juta, harta 181.786 juta, perladangan 40.365 juta, perlombongan 467,000, REITs 4.743 juta dan dana tertutup 160,300. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers