July 22, 2009

HLTM Takaful sasar premium RM200j

HONG Leong Tokio Marine Takaful Bhd (HLTM Takaful) menyasarkan mencatat premium RM200 juta bagi tahun kewangan semasa berakhir 30 Jun 2010 menerusi pengenalan pelbagai rangkaian produk baru sepanjang tempoh berkenaan.

Ketua Eksekutifnya, Ab Latiff Abu Bakar, berkata produk yang diperkenalkan adalah menerusi pakatan strategik dan memenuhi keperluan pasaran khusus bagi membezakannya dengan pengendali takaful lain.

“Sepanjang tempoh tahun kewangan semasa, kami akan membuat ‘kejutan’ menerusi produk baru yang diperkenalkan, kebanyakannya berteraskan lima Rukun Islam,” katanya pada sidang media selepas majlis meraikan ulang tahun ketiga syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Pada majlis sama, HLTM Takaful turut memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Tabung Haji Travel & Services Sdn Bhd, anak syarikat Lembaga Tabung Haji bagi menawarkan perkhidmatan badal haji dalam pelan takaful keluarga.

Ab Latiff memeterai perjanjian itu bagi pihak HLTM Takaful, manakala TH Travel & Services diwakili Ketua Eksekutifnya, Mejar (B) Mohd Ramli Othman. Badal haji ialah upah mengerjakan ibadat haji bagi orang yang meninggal dunia atau hilang keupayaan untuk menunaikannya.

Ab Latiff berkata, pihaknya menjangka perkhidmatan berkenaan yang ditawarkan menerusi pelan takaful keluarga akan menyumbang premium RM5 juta daripada keseluruhan RM200 juta yang disasarkan sepanjang tempoh kewangan semasa.

Katanya, produk bancassurance dijangka kekal menjadi penyumbang terbesar kepada premium kumpulan dalam tahun kewangan semasa iaitu sekitar 70 peratus. “Kami akan memperkenal produk baru bagi seluruh pelan takaful kumpulan, termasuk pelan keluarga, umum dan bancassurance,” katanya.

Mengulas kerjasama dengan TH Travel & Services, Ab Latiff berkata, pelanggan boleh memilih untuk memasukkan opsyen badal haji dalam pelan takaful mereka.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers