July 22, 2009

Splash setuju jual aset air kepada Selangor

SYARIKAT Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash), syarikat yang dikuasai 40 peratus sahamnya oleh Gamuda Bhd, menerima tawaran kerajaan Selangor untuk membeli aset berkaitan air dan operasinya pada harga RM2.975 bilion.

Gamuda dalam kenyataannya kepada Bursa Malaysia berkata, penerimaan itu bagaimanapun adalah bersyarat tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa atau sebarang keperluan kelulusan daripada beberapa pihak lain untuk melengkapkan urus niaga berkenaan.

Katanya, ia juga tertakluk kepada pelaksanaan semua dokumen perundangan yang diperlukan untuk mengekalkan operasi dua lagi anak syarikatnya, Sungai Harmoni Sdn Bhd dan Gamuda Water Sdn Bhd untuk mengendalikan dan menyenggara Skim Bekalan Air Sungai Selangor Fasa 1 dan Skim Bekalan Air Sungai Selangor Fasa 3 untuk Splash.

“Susulan pengumuman pada 16 Julai lalu, Gamuda ingin mengumumkan, Splash hari ini (semalam) sudah menerima tawaran kerajaan Selangor untuk membeli aset air dan operasi Splash pada anggaran harga RM2.975 bilion secara bersyarat seperti digariskan dalam surat tawaran ketiga bertarikh 15 Julai,” katanya dalam kenyataan itu.

Antara syarat lain termasuk penyelesaian pembelian itu adalah secara tunai dalam tempoh dipersetujui. Gamuda juga menuntut supaya urus niaga itu dilakukan melalui penjualan saham Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd, syarikat pegangan Splash kepada kerajaan Selangor atau penamanya berbanding cadangan jualan aset untuk memudahkan penyatuan operasi, justeru akan mengurangkan kerumitan industri air Selangor.

Selain Gamuda, pemegang saham utama Splash lain ialah Kumpulan Perangsang Selangor Bhd (KPS), syarikat yang dikuasai kerajaan Selangor menerusi Kumpulan Darul Ehsan Bhd dengan pegangan saham 30 peratus.

Pada 29 Jun lalu, KPS mengumumkan, anak syarikat 55 peratusnya, Konsortium Abass Sdn Bhd, menerima tawaran kedua kerajaan Selangor bagi pengambilalihan aset airnya pada harga RM946 juta, 80 peratus lebih tinggi berbanding tawaran pertama pada Februari lalu sebanyak
RM525.67 juta.

Susulan penerimaan tawaran dua syarikat itu, kerajaan negeri Selangor kini terpaksa berdepan Puncak Niaga Holdings Bhd dalam usahanya menggabungkan aset air negeri berkenaan. Pada 29 Jun lalu, Puncak Niaga mengumumkan, anak syarikat milik penuhnya, Puncak Niaga (M) Sdn Bhd (PNSB) menolak tawaran kedua RM1.936 bilion yang dibuat kerajaan Selangor bagi pengambilalihan aset airnya.

Syarikat itu turut mengumumkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) yang menguasai 70 peratus sahamnya turut menolak tawaran itu.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers