July 28, 2009

Kanada sasar FTA Malaysia

KUALA LUMPUR 27 Julai - Kanada berminat untuk mengadakan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Malaysia meskipun sudah menjalinkan perhubungan perdagangan dengan negara ini.

Menteri Perdagangan Antarabangsa Kanada, Stockwell Day (gambar) berkata, negara itu sedang berusaha untuk mengadakan perjanjian itu.

''Kami mahu mengembangkan lagi aspek positif dalam perdagangan yang telah terjalin (dengan Malaysia),'' katanya dalam ketika diwawancara sempena lawatannya ke Malaysia, di sini baru-baru ini.

Malaysia adalah rakan dagangan terbesar Kanada di ASEAN dengan jumlah eksport negara itu ke Malaysia sebanyak C$834.5 juta (RM2.654 bilion) pada tahun lalu melalui produk baja, bijirin serta perkakasan elektrik.

Jumlah eksport Malaysia ke Kanada pula ialah C$2.9 bilion (RM9.22 bilion) melalui produk elektrik dan elektronik, jentera dan perabot.

Day menambah, dengan adanya FTA, Kanada dan Malaysia boleh mengetepikan peraturan perdagangan antarabangsa yang mengekang pertumbuhan perdagangan merentasi sempadan.
''Ini boleh dilaksanakan melalui pengurangan atau pemansuhan pelbagai tarif dan cukai bagi import dan eksport serta akses pasaran pilihan bagi produk kedua-dua negara,'' ujar beliau.

Menurut Day, Kanada baru sahaja menandatangani FTA dengan Jordan dan menjangkakan akan memuktamad perjanjian yang sama dengan Peru tidak lama lagi.

Jumlah pelaburan asing (FDI) Kanada di negara ini berjumlah kira-kira C$1.1 bilion (RM3.50 bilion) pada tahun lalu, naik sebanyak 25.3 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Manakala jumlah FDI Malaysia ke negara itu pula C$68 juta (RM216.31 juta) berbanding RM299.01 juta pada 2007.

Beliau turut memuji langkah kerajaan Malaysia meliberalisasi sektor tertentu yang dijangka memberi banyak kelebihan kepada ekonomi negara.

Antaranya ialah lebih banyak peluang pekerjaan dan peningkatan taraf kehidupan.
''Apabila sesebuah negara membuka ekonominya, ini bermakna kerajaan akan menerima banyak cukai, sekali gus menjana pendapatan negara.

''Peningkatan pendapatan membolehkan kerajaan meningkatkan infrastruktur dan jaringan keselamatan negara.

''Saya percaya rakyat Malaysia akan menikmati kelebihan-kelebihan ini dengan perubahan dalam pelaburan negara ini,'' katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers