FRANKFURT 20 Julai - Duta Besar Malaysia ke Jerman, Datuk Zakaria Sulung berazam untuk meningkatkan lagi hubungan sedia ada antara Malaysia dan Jerman.
Katanya, langkah utamanya adalah mendapatkan persetujuan Canselor Jerman untuk melawat Malaysia selepas pilihan raya umum negara itu yang dijangka diadakan pada 27 September ini.
"Presiden Jerman juga dialu-alukan melawat Malaysia.
"Walau pun hubungan antara kedua-dua negara baik, Malaysia mahukan hubungan itu dipertingkatkan lagi. Pertemuan antara tokoh politik dan industri akan merangsangkan lagi hubungan kedua-dua negara.
"Lawatan Canselor Jerman ke Malaysia 'sangat penting' dan lebih-lebih lagi selepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melakukan lawatan ke negara itu dua tahun lepas," katanya, sambil menyatakan bahawa Jerman adalah antara 24 buah negara yang pertama mengiktiraf Malaysia pada 1957 sebagai sebagai sebuah negara yang merdeka.
Malaysia, walau pun sebuah negara kecil, dilihat berhak mendapat pengiktirafan diplomatik pada masa itu kerana potensinya sebagai sebuah negara penting di Asia Tenggara, kata Zakaria.
Jerman juga signifikan bagi Malaysia kerana negara itu merupakan pasaran eksport terbesar dan rakan perdagangan terbesar serta juga sumber pelaburan terbesar Malaysia di Eropah, katanya.
Sehubungan itu, katanya, pejabat Perbadanan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) di sini telah dinaik taraf sebagai pejabat serantau. Ia kini diketuai oleh Pengarahnya, Mohamad Sabri.
Selain itu, beliau berkata, Malaysia boleh mengambil kesempatan dari peluang pendidikan tinggi yang ditawarkan oleh Jerman yang boleh dimanfaatkan oleh industri di Malaysia.
"Jerman menawarkan kursus pengajian di dalam bidang yang sangat khusus seperti kejuruteraan automobil.
Walau pun negara lain turut menawarkan kursus kejuruteraan, universiti Jerman menawarkan bidang kejuruteraan yang sangat khusus," katanya, sambil menggalakkan pelajar Malaysia mempelajari bahasa Jerman untuk membolehkan mereka belajar di negara itu.
Zakaria turut menyeru perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia untuk meningkatkan hubungan dengan PKS Jerman kerana langkah itu akan memudahkan pemindahan teknologi, sambil meningkatkan perdagangan dan pelaburan.
Selain itu, satu cara lain untuk meningkatkan hubungan dua hala, katanya ialah dengan menjalin hubungan bandar raya berkembar antara bandar raya Malaysia dan Jerman.
Katanya, beliau menerima maklumat dari bandaraya Karlsruhe di negeri Baden-Wuerttemberg (BW) yang berhasrat untuk mengadakan jalinan bandar raya berkembar dengan sebuah bandar raya Malaysia.
Oleh kerana BW disifatkan sebagai pusat teknologi tinggi, sebarang jalinan dengan Karlsruhe akan membuka laluan kepada peluang perniagaan bagi industri Malaysia, terutama sekali PKS.
"Baden-Wuerttemberg mempunyai asas perindustrian yang kukuh dan menjadi nadi kepada banyak korporat industri berat seperti Mercedes-Benz dan Porsche dan banyak syarikat berteknologi tinggi yang lain. Putrajaya sesuai untuk digandingkan dengan sebagai bandar raya berkembar Karlsruhe," katanya. - Bernama
July 21, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com