July 28, 2009

Perak jadi pusat hasilkan spirulina dunia

IPOH 27 Julai - Sebuah syarikat pengeluar makanan kesihatan dari China berhasrat melabur RM300 juta untuk menjadikan Perak sebagai pengeluar spirulina terbesar di dunia.

Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hamidah Osman berkata, Perak dipilih oleh syarikat tersebut kerana kaya dengan sumber air bersih di kawasan pergunungan.

''Syarikat itu mempunyai kepakaran menghasilkan spirulina daripada alga yang terkandung di dalam air gunung.

''Perak dipilih kerana negeri ini kaya dengan sumber asli dan kerajaan negeri amat mengalu-alukan hasrat mereka," katanya selepas merasmikan seminar 'Pendekatan Hijau bagi Rawatan Air Buangan - Pemulihan Bio dan Pengeluaran Tenaga' di sini hari ini.

Hamidah berkata, syarikat itu diberikan pilihan untuk menjalankan projek pengeluaran spirulina itu di tiga buah kawasan yang terletak sekitar 30 kilometer dari Ipoh.

Beliau berkata, lokasi projek tidak boleh dinyatakan sekarang kerana projek itu masih di peringkat perbincangan antara kerajaan negeri dengan syarikat terbabit.

''Selain itu, kita masih belum pasti sama ada tanah bagi ketiga-tiga lokasi yang dicadangkan itu milik kerajaan negeri, swasta atau individu.

''Jika tanah itu milik kerajaan negeri saya rasa tidak ada masalah untuk kita luluskan tetapi jika milik pihak lain ia agak rumit sedikit dilaksanakan," katanya.

Kata beliau, jika projek itu menjadi kenyataan, kerajaan negeri berkeyakinan bahawa taraf sosioekonomi penduduk Perak boleh ditingkatkan selain banyak peluang pekerjaan bakal
ditawarkan.

Selain itu, kata Hamidah, projek seumpama itu akan merancakkan industri hiliran kerana ia melibatkan banyak aktiviti seperti pembungkusan dan pemasaran yang boleh dimanfaatkan oleh penduduk setempat.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa bekerja keras untuk memastikan sektor sains dan teknologi seperti bioteknologi dan pendekatan hijau terus berkembang di Perak.

Katanya, syarikat-syarikat bioteknologi yang berpotensi digalakkan membuat pelaburan di negeri ini kerana sektor itu mempunyai masa depan cerah serta dapat membantu meningkatkan ekonomi negeri.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers