July 22, 2009

Pengambilan untung Bursa ditutup rendah

KUALA LUMPUR 21 Julai - Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan pengambilan untung susulan peningkatannya sebelum itu, kata para peniaga.
Indeks Komposit FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur ditutup 4.55 mata rendah kepada 1,134.70, selepas dibuka 4.01 mata lebih tinggi pada 1,143.26.

Ineks petunjuk pasaran bergerak antara 1,132.06 dan 1,144.24 sepanjang urus niaga hari ini. TA Research dalam notanya hari ini berkata saham-saham Bursa Malaysia merekodkan aliran meningkat buat hari kelima berturut-turut semalam, dirangsang oleh aliran harga meningkat serantau.

Indeks Kewangan susut 3.91 mata kepada 9,256.80, Indeks Perladangan menokok 30.92 mata kepada 5,517.23 dan Indeks Perusahaan merekodkan 4.97 mata lebih tinggi kepada 2,454.04.
Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 427 berbanding 209 manakala 239 kaunter tidak berubah, 356 tidak diniagakan dan 33 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 912.362 juta saham bernilai RM1.490 bilion berbanding 1.009 bilion saham bernilai RM1.591 bilion pada Isnin.

Mengetuai saham aktif, KNM susut satu sen kepada 83 sen, Axiata turun sembilan sen kepada RM2.87, UEM Land Holdings tidak berubah pada RM1.65 manakala Tebrau Teguh turun 1.5 sen kepada 79 sen.

Jumlah dagangan di Papan Utama berkurangan kepada 792.953 juta saham bernilai RM1.457 bilion berbanding 880.830 juta saham bernilai RM1.549 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan di Papan Kedua turun kepada 42.083 juta saham bernilai RM19.480 juta
berbanding 42.976 juta saham bernilai RM22.222 juta semalam. Jumlah dagangan di Mesdaq berkurangan kepada 33.696 juta saham bernilai RM4.724 juta berbanding 33.234 juta saham bernilai RM9.532 juta. Waran susut kepada 39.40 juta unit bernilai RM7.368 juta berbanding 48.455 juta unti bernilai RM9.514 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang sebanyak 31.333 juta saham yang diurusniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 166.139 juta, pembinaan 101.689 juta, perdagangan/perkhidmatan 206.035 juta, teknologi 7.528 juta, infrastruktur 27.878 juta, kewangan 53.373 juta, hotel 4.595 juta, hartanah 157.199 juta, perladangan 32.190 juta, perlombongan 104,200, REIT 4.786 juta dan dana tertutup 104,300.
— Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers