July 20, 2009

Mesyuarat pertama Majlis Penasihat Ekonomi Ogos

MAJLIS Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) yang dipengerusikan, Senator Tan Sri Amirsham Abdul Aziz akan mengadakan mesyuarat pertamanya pertengahan bulan depan. Ketua Setiausahanya, Prof Dr Norma Mansor, berkata majlis yang dianggotai kumpulan pakar ekonomi dan kewangan tempatan dan asing itu dijangka mengadakan pertemuan empat hingga lima kali setahun.

“Majlis dijadual mengadakan mesyuarat pertamanya pada minggu ketiga Ogos ini untuk membincangkan kaedah baru dalam mengubah hala tuju ekonomi negara daripada berpendapatan sederhana tinggi kepada berpendapatan tinggi.

“Majlis yang dianggotai sembilan ahli akademik dan pakar ekonomi terkemuka yang dua daripadanya adalah bekas pegawai kanan Bank Dunia, dijangka bermesyuarat antara empat dan lima kali setahun,” katanya kepada Berita Harian baru-baru ini.

Norma berkata, model baru ekonomi yang akan dibincangkan itu mensasarkan inovasi, kreativiti dan meningkatkan usaha nilai rangkaian dan ia akan diterjemahkan kepada dasar sektoral yang lebih khusus dan program menjelang Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) yang bermula dari 2011 hingga 2015.

Sembilan anggota MPEN ialah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Prof Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak; bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Negara Malaysia, Datuk Andrew Sheng; bekas Timbalan Ketua Pengarah Institut Strategik dan Kajian Antarabangsa (Isis), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof dan Ahli Penasihat Jawatankuasa Bertindak Pelaksanaan Negara (NITF); Datuk Dr Hamzah Kassim.

Anggota lain ialah Presiden Dewan Perniagaan Amerika Syarikat, Datuk Nicholas S Zefferys; Ketua Pengarah Isis, Dr Mahani Zainal Abidin; Penasihat Kanan Bank Dunia dan Bank Pembangunan Asia, Dr Yukon Huang; Ketua Pakar Ekonomi bagi Wilayah Asia Timur di Bank Dunia, Dr Homi J Kharas dan Ketua Jabatan Ekonomi di London School of Economics and Political Science, Prof Dr Danny Quah.

Norma menegaskan, pembabitan tokoh pakar tempatan dan luar negara yang berpengalaman luas dari perspektif ekonomi global dalam MPEN, amat penting untuk memberikan pandangan dan cadangan komprehensif dalam merangka strategi model baru ekonomi yang berkesan bagi mengatasi cabaran ekonomi negara dalam jangka masa pendek dan panjang.

Katanya, MPEN juga akan bekerjasama dengan Unit Perancang Ekonomi (UPE) bagi melaksanakan langkah transformasi model baru ekonomi itu.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers