July 23, 2009

RM1b baik pulih loji gas Kertih

PETRONAS Gas Bhd merancang membelanjakan lebih RM1 bilion dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membaik pulih loji pemproses gasnya (GPP) yang sudah uzur di Kertih, Terengganu, untuk meningkatkan kecekapan.

“Kami akan buat perbelanjaan besar tidak lama lagi. Dari segi perbelanjaan, kami perlu baiki loji yang sudah hampir sampai ke penghujung hayat mereka, iaitu kira-kira 20 tahun,” kata Pengerusinya, Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Bercakap kepada media selepas mesyuarat agung tahunan syarikat (AGM) di Kuala Lumpur semalam, beliau berkata perbelanjaan membaik pulih itu tidak akan menjejaskan keuntungan syarikat, memandangkan ia sebahagian daripada perbelanjaan modal yang sudah diperuntukkan.

Petronas Gas kini mengurus operasi enam GPP, empat daripadanya di Kertih dan dua lagi di Paka, Terengganu. Dua loji yang akan dinaik taraf ialah GPP 2 dan GPP 3 di Kertih. Mengenai perkembangan projek loji tenaga Kimanis di Sabah, Wan Zulkiflee berkata, syarikat kini melaksanakan kerja kejuruteraan hadapan dan menambah, kemudahan itu dijangka mula beroperasi pada lewat 2013.

Ditanya mengenai sumbangan projek terbabit, beliau berkata: “Kami bukan dalam kedudukan untuk menentukan hasilnya kerana kami ada banyak lagi kerja yang perlu dilakukan bagi menangani kos dan perbelanjaan modal dengan lebih baik.”

Projek loji tenaga gas 300 megawatt di Papar itu dibangunkan bersama Yayasan Sabah bagi memenuhi permintaan bekalan elektrik semakin meningkat. Mengenai unjuran tahun ini, Wan Zulkiflee yang juga Naib Presiden Perniagaan Gas Petronas, berkata tempoh yang mencabar sudah dijangkakan memandangkan pendapatan syarikat masih berkait rapat dengan pertumbuhan tenaga dan industri.

“Untuk masa depan, usaha ditumpukan terhadap usaha membangunkan keupayaan, pengalaman dan kepakaran,” katanya. Dengan tunai dan bersamaan tunai sebanyak RM1.9 bilion, beliau berkata Petronas Gas akan mengenal pasti peluang yang memenuhi profil risiko syarikat.

Bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2009, Petronas Gas merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM928 juta berbanding RM1.092 bilion tahun lalu, manakala pendapatan meningkat kepada RM3.415 bilion daripada RM3.125 bilion sebelumnya. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers