July 17, 2009

PKS dijangka bangkit semula

KUALA LUMPUR 16 Julai - Sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan yang gagal mencapai sasaran pertumbuhannya pada tahun lalu, dijangka bangkit semula tahun ini dengan mencatat pertumbuhan yang memberansangkan.

Pengarah Urusan Perbankan Komersial HSBC Malaysia Bhd., David Morton berkata, industri berkenaan juga mampu melonjak kembali pada tahun ini untuk menghasilkan satu keputusan yang positif.

Beliau menjangka PKS akan terus berkembang dengan unjuran pertumbuhan sehingga 10 peratus, berikutan keadaan ekonomi negara yang begitu memberangsangkan pada ketika ini.

"Ini amat menggalakkan kerana PKS di Malaysia mula menunjukkan tanda-tanda kebangkitan walaupun berdepan dengan kesan ekonomi global yang tidak menentu ketika ini," katanya selepas taklimat Pemantauan Keyakinan Perniagaan Kecil di sini hari ini.

Menurut Morton, kajian yang dilakukan pada Mei dan Jun lalu menunjukkan kenaikan indeks kajian perniagaan rantau ini untuk suku keempat 2008 meningkat daripada 92 kepada 107 pada suku kedua tahun ini.

Beliau berkata, indeks keyakinan perniagaan di Malaysia juga menunjukkan peningkatan 15 mata daripada 99 mata pada suku kedua tahun ini.

Ujarnya, HSBC melihat PKS tempatan kembali berkembang berikutan unjuran perbelanjaan modal dilihat akan naik.

"Di Malaysia banyak perniagaan merancang mengekalkan perbelanjaan modal mereka pada paras yang sama untuk enam bulan akan datang iaitu 26 peratus merancang untuk menurunkan perbelanjaan, 52 peratus untuk kekal pada paras yang sama dan 22 peratus untuk menaikan perbelanjaan mereka," katanya.

Bagi rancangan pengambilan pekerja, 78 peratus PKS di Malaysia merancang mengekalkan paras yang sama seperti tahun lalu, 17 peratus merancang menambah bilangan kakitangan manakala lima peratus untuk merancang untuk mengurangkan bilangan pekerja.

Morton berkata, daripada bilangan 40,000 pelanggan PKS yang berurusan dengan HSBC, 10 peratus daripadanya meminjam dari bank tersebut yang memperuntukkan RM200 juta daripada dana global yang dibangunkan untuk PKS.

"Kebanyakan pelanggan yang meminjam adalah dari sektor perdagangan dan potensi untuk meningkat memang ada jika ekonomi mula berkembang pada suku ketiga atau keempat tahun ini," katanya.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers