July 23, 2009

Apec diminta pertingkat kerjasama bangunkan PKS

MALAYSIA menggesa negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) meningkatkan usaha membangun serta mempromosikan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memandangkan sektor terbabit adalah tulang belakang ekonomi Apec.

Malaysia menyuarakan pandangan itu ketika Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed bertemu rakan sejawatannya dalam Apec pada Mesyuarat Menteri-Menteri Perdagangan selama dua hari, di Singapura, semalam.

PKS menyumbang lebih 90 peratus jumlah perniagaan dalam ekonomi Apec dan menyumbang kira-kira 30 peratus daripada pendapatan perniagaan.

Pada akhir mesyuarat itu, Mustapa memberitahu bahawa menteri Apec menyetujui pandangan itu dan memperakui sumbangan PKS terhadap ekonomi domestik masing-masing. Oktober ini, Apec akan mengadakan mesyuarat peringkat menteri mengenai PKS bagi mengkaji bagaimana negara anggota boleh berkongsi pengalaman dan amalan terbaik bagi memudahkan aktiviti perniagaan PKS.

Mustapa turut menekankan perlunya negara anggota membuka pasaran masing-masing dan melaksanakan halangan maksimum apabila mengguna pakai langkah menangani impak krisis.

“Negara anggota mesti mempunyai pelan keluar jika langkah yang dikenal pasti itu terkeluar daripada komitmen Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO)," kata Mustapa kepada Menteri-Menteri Perdagangan Apec.

Mengenai Rundingan Doha yang menurut Apec akan dimuktamadkan menjelang tarikh akhir pada 2010, Mustapa berkata program kerja dan agenda terperinci diperlukan bagi memudahkan pegawai melaksanakan usaha lebih kukuh bagi memastikan rundingan berjalan lancar.

Menteri-menteri perdagangan juga bersetuju meneruskan kemajuan yang dicapai dalam rundingan pada 2008, selain meningkatkan usaha memuktamadkan rundingan dalam pertanian dan akses pasaran bukan pertanian (NAMA).

Dalam pada itu, pada akhir mesyuarat itu, semalam, negara anggota Apec mengambil keputusan melanjutkan komitmen masing-masing untuk tidak menimbulkan halangan perdagangan dan pelaburan baru selama setahun lagi hingga 2010 dalam usaha memulihkan perdagangan dan memacu pemulihan ekonomi.

Ini adalah satu daripada langkah konkrit yang diambil ekonomi Apec bagi menentang dasar perlindungan. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Singapura, Lim Hng Kiang, yang mempengerusikan mesyuarat itu, berkata menteri-menteri Apec juga menyuarakan kesediaan mereka melanjutkan komitmen itu hingga selepas 2010, jika perlu.

Di Lima, Peru, tahun lalu, pemimpin Apec bersetuju untuk tidak mewujudkan halangan baru bagi perdagangan dan pelaburan hanya hingga akhir tahun ini. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers