July 24, 2009

CDRC diwujudkan semula

KERAJAAN menghidupkan semula Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat (CDRC) yang dibubarkan operasinya pada Ogos 2002, bertujuan menampan sistem perbankan negara daripada terjejas oleh kemungkinan berlakunya masalah hutang korporat susulan krisis ekonomi global semasa.

Operasi CDRC baru itu diketuai bekas Pengarah Urusan Affin Bank Bhd, Datuk Seri Abdul Hamidy Abdul Hafiz, sebagai pengerusi. Anggota lain ialah Datuk Mohammed Hussein, Datuk Muhammad Ibrahim, Datuk Ranjit Ajit Singh, Abdul Kadir Kassim, Ahmad Badri Mohd Zahir, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dan Philip Tan Puay Koon.

CDRC dalam kenyataannya semalam berkata, langkah kerajaan menghidupkan semula operasinya adalah untuk berperanan sebagai forum sukarela bagi menyelesaikan masalah hutang syarikat besar dengan menyediakan saluran di luar mahkamah bagi tujuan itu.

“Syarikat yang terjejas berikutan krisis ekonomi semasa dan menghadapi kesulitan memenuhi tuntutan hutang boleh mendapatkan bantuan CDRC secara sukarela. “Peranan utama CDRC adalah pengantara bagi membantu peminjam dan pemiutang merumuskan penyusunan semula hutang dengan sewajarnya,” katanya.

CDRC menegaskan, matlamatnya adalah untuk memastikan kegiatan ekonomi yang berterusan dan guna tenaga tidak terjejas, dengan mempercepatkan penyusunan semula hutang bagi perniagaan berdaya maju.

Katanya, syarikat yang ingin mendapatkan penyelesaian bagi tuntutan hutang mereka menerusi CDRC perlu memenuhi kriteria seperti hutang lebih RM100 juta; sekurang-kurangnya tiga pemiutang kewangan (bank atau sekuriti hutang swasta) dan tidak berada dalam status penerimaan atau pembubaran.

Katanya, proses yang akan dilaksanakannya adalah berdasarkan kepada satu Kod Tatacara yang menyatakan tatacara yang perlu dipatuhi semua pihak dan rangka kerja bagi membentuk skim penyusunan semula hutang yang berdaya maju.

Kod Tatacara itu, katanya, sudah diedarkan kepada institusi kewangan untuk mendapat maklum balas dan dijangka dimuktamadkan minggu depan.

CDRC yang mula ditubuhkan semasa krisis kewangan pada 1998 lalu telah menyelesaikan 57 kes dengan jumlah hutang terkumpul sebanyak RM45.8 bilion, justeru, membantu mempercepatkan pemulihan ekonomi negara ketika itu.

Mengulas mengenai langkah menghidupkan semula operasi CDRC itu, Ahli Ekonomi Inter-Pacific Securities Sdn Bhd, Anthony Dass, berkata ia adalah amat tepat kerana ekonomi negara yang diunjurkan menguncup tahun ini berpotensi menyebabkan peningkatan jumlah hutang tidak berbayar (NPL).

“Walaupun purata NPL di negara ini kini adalah rendah, sekitar dua peratus berbanding lebih 10 peratus pada 1998, namun keputusan kerajaan menghidupkan semula operasi CDRC adalah satu langkah proaktif, iaitu sebagai persediaan awal mempertahankan sistem kewangan negara.

“NPL perlu dikawal kerana jika terlalu tinggi, ia menggugat keyakinan pelabur, mencetus krisis perbankan dan membawa kepada krisis mata wang,” katanya. Katanya, penyusunan semula hutang menerusi CDRC lebih baik kerana ia membuka ruang memulih semula kewangan dan operasi syarikat bermasalah tanpa perlu ke mahkamah yang boleh menyebabkan penutupan syarikat, kehilangan pekerjaan dan tempoh perbicaraan lama.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers