July 24, 2009

CDRC beroperasi semula selesai masalah kewangan

KUALA LUMPUR 23 Julai - Jawatankuasa Penyusunan Semula Hutang Korporat (CDRC), yang dibubarkan pada Ogos 2002, memulakan semula operasinya hari ini sebagai langkah persediaan untuk membantu syarikat-syarikat menyelesaikan masalah kewangan mereka memandangkan kegawatan ekonomi sekarang.

CDRC kali pertama ditubuhkan pada Julai 1998 semasa krisis kewangan serantau dan berjaya menyelesaikan 57 kes dengan jumlah hutang tertunggak RM45.8 bilion, membantu mempercepat pemulihan ekonomi negara pada masa itu.

"Sebagai langkah persediaan, CDRC telah memulakan operasinya bagi menyediakan platform kepada peminjam korporat dan pemberi hutang mereka untuk menyelesaikan penyelesaian hutang yang boleh dilaksanakan tanpa perlu melalui tindakan undang-undang," kata CDRC dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Inisiatif ini disediakan bagi memastikan semua kaedah tersedia untuk membantu syarikat yang bermasalah menyelesaikan obligasi hutang mereka.

Syarikat-syarikat yang terjejas akibat daripada krisis ekonomi sekarang dan berdepan kesukaran untuk melunaskan obligasi hutang mereka boleh mendapat bantuan daripada CDRC.
Peranan CDRC adalah untuk menjadi pengantara antara syarikat dengan pemberi pinjaman mereka bagi mencari penyelesaian penyusunan semula hutang yang berdaya maju.

Syarikat-syarikat yang ingin mendapatkan penyelesaian bagi obligasi hutang mereka menerusi CDRC perlu memenuhi kriteria berikut: Obligasi hutang sekurang-kurangnya RM100 juta, Sekurang-kurangnya tiga pemiutang kewangan (bank atau Sekuriti Hutang Swasta), tidak berada dalam keadaan penerimaan atau pembubaran. CDRC berkata, pihaknya juga mempunyai budi bicara untuk menerima atau menolak kes-kes yang tidak memenuhi kriteria kelayakan.

Prosiding CDRC akan ditadbir oleh Kod Tata Laku mengkhususkan tingkah laku semua peserta yang dijangkakan dan rangka kerja untuk mencapai skim penyusunan semula yang berdaya maju.

Kod Tata Laku itu telah diedarkan kepada institusi kewangan untuk mendapat maklum balas dan dijangka dimuktamadkan minggu depan.

"Dengan operasi CDRC dimulakan semula, peminjam korporat yang bermasalah kini mempunyai platform alternatif untuk menyelesaikan obligasi hutang dengan pemiutang mereka dengan cara yang lebih efektif dan berkesan."

CDRC menyasar untuk membantu mengekalkan aktiviti ekonomi di Malaysia dan memulihkan pekerjaan dengan mempercepat penyusunan semula hutang perniagaan berdaya maju.

Bank Negara Malaysia telah melantik Datuk Seri Abdul Hamidy Abdul Hafiz, bekas pengarah urusan Affin Bank, sebagai pengerusi CDRC.

Anggota lain adalah Datuk Mohammed Hussein, Datuk Muhammad bin Ibrahim, Datuk Ranjit Ajit Singh, Abdul Kadir Kassim, Ahmad Badri bin Mohd Zahir, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff dan Philip Tan Puay Koon.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers