July 30, 2009

Boustead jangka lupus aset RM600j akhir tahun

BOUSTEAD Holdings Bhd menjangkakan pelupusan dua asetnya, iaitu ladang sawit seluas 17,000 hektar di Sumatera serta syarikat insurans BH Insurance (M) Bhd, bernilai sekitar RM600 juta dapat dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini.

Pengarah Urusan Kumpulannya, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin, berkata dana daripada pelupusan kedua-dua aset itu akan digunakan bagi memperbaiki tahap hutang syarikat, selain memberikan tumpuan terhadap aktiviti perniagaan yang menjana pulangan yang baik.

“Rundingan serius sedang berlangsung dengan banyak pihak, kebanyakannya dari Indonesia (bagi cadangan pelupusan ladang sawit di Sumatera).

“Dana yang bakal dijana daripada pelupusan itu akan dimanfaatkan bagi mengembangkan saiz ladang sawit di Malaysia, kerana fokus segmen perladangan kami kini ialah di Malaysia, khususnya di Sarawak dan Sabah yang berpotensi untuk dikembangkan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) syarikat itu di Kuala Lumpur, semalam.

Lodin berkata, AGM semalam meluluskan cadangan Boustead untuk melaksanakan terbitan hak sehingga 260.412 juta saham baru pada asas dua saham hak bagi lima saham Boustead sedia. Beliau berkata, dana RM729 juta yang bakal dijana daripada terbitan hak itu akan digunakan bagi mengurangkan jumlah pinjaman bank, sekali gus menjimatkan bayaran faedah tahunan sehingga kira-kira RM24 juta.

“Kami anggarkan tahap gearan Boustead akan dapat diperkukuhkan kepada 0.7 peratus daripada 1.2 peratus susulan terbitan hak dan pelupusan kedua-dua aset itu,” katanya. Beliau menjelaskan, dana daripada terbitan hak itu juga akan digunakan bagi projek pembangunan bercampur di Bukit Raja, Klang, dan membangunkan hotel jenama Royale di Mutiara Damansara.

Mengenai segmen perniagaan sawit syarikat itu, beliau berkata ia dijangka terus mencatat prestasi kewangan kukuh dalam tahun kewangan semasa sekiranya harga minyak sawit mentah (MSM) stabil pada paras semasa RM2,100-RM2,200 setan.

Ditanya kedudukan terkini Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dalam Goh Ban Huat Bhd (GBH), beliau berkata LTAT akan terus memantau secara dekat perkembangan harga saham syarikat itu.

“Terserah kepada LTAT sama ada mereka mahu mengekalkan kepentingan 18 peratus dalam GBH atau melupuskannya,” katanya yang juga adalah Ketua Eksekutif LTAT. Tan Sri Robert Tan Hua Choon, yang menguasai 32.12 peratus dalam GBH, sebelum ini menawarkan untuk menguasai GBH pada harga RM1.25 sesaham.

Bidaan beliau, bagaimanapun ditentang keluarga Goh, pengasas syarikat berkenaan. LTAT, pemegang saham kedua terbesar dengan 18.19 peratus kepentingan, dilihat sebagai penentu kepada masa depan syarikat berusia 110 tahun itu.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers