July 22, 2009

Bank Rakyat biaya Citta Mall

BANK Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd (Bank Rakyat) dan Unicorn International Islamic Bank Malaysia Bhd menyalurkan RM101 juta untuk membiayai sebahagian kos pembinaan pusat komersial Citta Mall, di Petaling Jaya, Selangor menerusi pembiayaan Islam berlandaskan konsep Murabahah dan Istisna’.

Projek dengan kos keseluruhan RM280 juta yang dibangunkan Puncakdana Sdn Bhd itu dijangka siap pada pertengahan tahun depan. Puncakdana adalah syarikat hartanah yang mempunyai 15 tahun pengalaman dalam sektor hartanah.

Ia sudah menyiapkan pelbagai projek bernilai RM500 juta dan ketika ini sedang mengendalikan projek bernilai RM1.2 bilion.

Pengarah Urusan Bank Rakyat, Datuk Kamaruzaman Che Mat, berkata menerusi pembiayaan bersama itu, Bank Rakyat menyalurkan kepada Puncakdana sebanyak RM90 juta, manakala Unicorn sebanyak AS$3.14 juta (RM11 juta).

“Berdasarkan lokasi projek yang terletak antara Subang dan Ara Damansara, yang dikelilingi kawasan kediaman dan bangunan komersial utama, kami percaya Citta Mall mampu menjadi daya tarikan baru bagi penduduk Lembah Klang.

“Kami juga yakin dengan pembangunan pusat komersial berkonsepkan terbuka itu yang sudah dibeli SEB Immobilien-Investment Gmbh, syarikat pengurusan dana hartanah terbesar di Jerman,” katanya pada majlis memeterai perjanjian projek berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Unicorn, Datuk Vaseehar Hassan Abdul Razack, dan Pengerusi Puncakdana, Datuk Zakaria Abdul Hamid. Kamaruzaman berharap pembiayaan itu akan menjadi permulaan bagi usaha sama yang berterusan antara Bank Rakyat dan pihak yang terbabit.

Vaseehar Hassan pula berkata, pembiayaan pembinaan Citta Mall adalah satu daripada beberapa pembiayaan yang akan dikendalikan bank itu tahun ini. “Kami berunding empat lagi syarikat untuk membiayai projek mereka, termasuk syarikat tempatan yang mempunyai kepentingan serantau, termasuk minyak dan gas serta perkapalan.

“Bagi keseluruhan tahun ini, kami menjangka akan mengeluarkan pembiayaan antara AS$200 juta hingga AS$300 juta,” katanya sambil menambah keuntungan Unicorn tahun ini dijangka berkembang tiga kali ganda daripada RM812,546 yang dicatatnya tahun lalu. Unicorn Malaysia adalah anak syarikat Unicorn Investment Bank berpangkalan di Bahrain.

Ia adalah bank Islam asing pertama yang diberikan lesen di bawah Inisiatif Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (MIFC) untuk mengendalikan aktiviti selain dalam mata wang ringgit.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers