July 23, 2009

Naza buka cawangan Tutti Frutti

KUMPULAN Syarikat Naza mengembangkan lagi pembabitannya dalam perniagaan makanan dan minuman (F&B) apabila memperoleh hak membuka cawangan yogurt sejuk beku Tutti Frutti di negara ini dan beberapa negara serantau.

Perjanjian pelesenan bagi tujuan berkenaan dimeterainya dengan Well Spring Inc, syarikat Amerika Syarikat (AS) yang memiliki jenama Tutti Frutti itu di Kuala Lumpur, semalam. Bercakap pada majlis itu, Pengarah Kumpulan Syarikat Naza, Nur Diana SM Nasimuddin, berkata menerusi perjanjian itu kumpulan berkenaan dilantik pemegang lesen utama bagi menjual produk yogurt sejuk beku Tutti Frutti di Malaysia, Singapura, Thailand dan India.

“Kami merancang membuka 25 cawangan Tutti Frutti di Malaysia dan negara serantau menjelang akhir tahun depan dengan cawangan pertama akan dibuka di pusat beli-belah utama di Lembah Klang September ini.

“Kami menyasar menggandakan bilangan cawangan menjelang 2012 dan bagi mencapai itu, kami akan melabur bagi membangunkan jenama Tutti Frutti di Malaysia, Singapura, Thailand dan India dan menjemput usahawan berminat menyertai kami menjadikan Tutti Frutti sebuah jenama seisi rumah,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Syarikat Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin; Pengurus Besar Bahagian F&B kumpulan itu, Zain Azrai Azhar Simin; dan Presiden Well Spring, Jay Kim.

Nur Diana berkata, kumpulan itu melabur RM3.5 juta untuk membawa jenama dan produk itu dan merancang membuka sekurang-kurangnya lima cawangan tahun ini sebelum membuka cawangan menerusi program francais.

Sementara itu, Zain Azrai, berkata selepas pelancaran cawangan pertama, pihaknya akan memasuki Singapura Januari tahun depan. “Kami menggunakan pendekatan model bercampur-campur. Bagi negara lain, kami sedang mengenal pasti rakan usaha sama, tetapi di Singapura, kami perlu segera ke sana dan dengan itu kami sendiri akan menguruskannya," katanya sambil menambah pihaknya akan menambah lebih banyak perisa kepada 18 perisa sedia ada bagi memenuhi cita rasa tempatan.

Sementara itu, Jay Kim, berkata walaupun Tutti Fruitti baru dilancarkan tiga tahun lalu, ia mendapat sambutan memberangsangkan membabitkan 67 cawangan, manakala 43 cawangan lagi dijangka beroperasi sebelum akhir tahun ini.

Kumpulan Syarikat Naza juga adalah pemegang lesen bagi rangkaian restoran Bubba Gump Shrimp di negara ini.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers