ASTRO All Asia Networks plc (Astro) menimbang pelbagai cadangan untuk menyusun semula struktur operasi dan kewangannya bagi memacu pertumbuhan lebih baik pada masa depan. Ketua Eksekutif Astro, Ralph Marshall, berkata lembaga pengarah syarikat sedang meneliti cadangan berkenaan yang dijangka mengambil sedikit masa sebelum membuat keputusan terbaik untuk kepentingan syarikat.
“Cadangan penyusunan semula syarikat adalah proses biasa dan dilakukan dari semasa ke semasa. Kami kini meneroka pelbagai pilihan untuk menyelaras struktur operasi dan modal syarikat.
“Kami menerima pelbagai cadangan daripada institusi perbankan dan penasihat pelaburan. Cadangan itu mungkin atau tidak merangkumi pelupusan aset, tetapi setakat ini kami belum tahu lagi.
“Ia sedang dinilai oleh lembaga pengarah dan belum ada sebarang keputusan dibuat mengenainya,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan (AGM) Astro, di Kuala Lumpur, semalam.
Turut hadir, Pengerusi Astro, Datuk Badri Masri; Ketua Eksekutif Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd (Astro TV), Rohana Rozhan dan Ketua Pegawai Kewangan Astro, Grant Ferguson.
Marshall ditanya pemberita mengenai pelbagai laporan media yang mengatakan Astro akan melaksanakan penstrukturan korporat termasuk penstrukturan bernilai RM9 bilion yang bakal menjadi langkah korporat terbesar di Asia, tahun ini.
Laporan itu menyebut, dua pemegang utama Astro, Usaha Tegas Sdn Bhd, syarikat yang dikuasai Tan Sri Ananda Krishnan, dan Khazanah Nasional Bhd akan mengambil alih kepentingan operasi syarikat di India dan Indonesia yang masih belum mencatat untung, menerusi perbelanjaan berkenaan.
Astro dikatakan akan membayar dividen RM1 sesaham yang akan turut menyaksikan Khazanah menerima kira-kira RM340 juta daripada bayaran berkenaan. Khazanah akan mengekalkan pegangannya sebanyak 22 peratus dalam syarikat itu dan akan menguasai kira-kira 33 peratus daripada entiti persendirian yang akan dijadikan syarikat tujuan khusus untuk menempatkan perniagaan antarabangsa Astro.
Usaha Tegas dan syarikat sekutunya pula dikatakan akan menguasai baki syarikat tujuan khas berkenaan menerusi cadangan yang dikatakan dikemukakan oleh CIMB Investment. Ditanya sama ada penstrukturan itu akan membabitkan sejumlah pelaburan yang besar, Marshall menjelaskan, menerusi sebarang penstrukturan baru, sudah pasti Astro menetapkan sasaran yang mahu dicapainya dan beliau yakin pihak lembaga pengarah arif mengenai sebarang keputusan yang akan dibuat kelak.
Mengenai sama ada cadangan penstrukturan modal perlu dibuat kerana Astro berdepan masalah kewangan, beliau menolak andaian itu, sambil menjelaskan syarikat menjana perniagaan yang kukuh setakat ini. “Keputusan menyusun semula operasi dan modal bagi memastikan keuntungan lebih baik pada masa depan,” katanya.
July 21, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com