BURSA Malaysia Bhd mencatat keuntungan bersih RM35 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun lalu, melonjak 22 peratus berbanding RM28.6 juta tempoh sama tahun sebelumnya. Peningkatan itu didorong pertambahan pendapatan pengendali tunggal pasaran saham tempatan itu yang meningkat 12 peratus kepada RM86.8 juta dalam tempoh kajian berbanding RM77.5 juta pada suku sama 2008.
Ketua Eksekutifnya, Datuk Yusli Mohamed Yusoff, berkata keputusan itu diraih susulan peningkatan keyakinan pelabur dan aktiviti urus niaga lebih tinggi.
Katanya, langkah memanfaatkan kos dan pengurusan kewangan yang berhemah membantu menyumbang kepada prestasi kewangan yang baik pada suku kedua. “Pemulihan minat pasaran pada suku kedua 2009 menyaksikan purata dagangan harian meningkat kepada 1.68 bilion saham bernilai RM1.56 bilion berbanding 570 juta saham, bernilai RM1.32 bilion pada suku sama 2008,” katanya pada taklimat media mengenai prestasi kewangan suku kedua kumpulan itu di Kuala Lumpur, semalam.
Bagaimanapun, bagi tempoh setengah tahun berakhir berakhir 30 Jun lalu, Bursa Malaysia mencatat keuntungan bersih RM50.5 juta, susut 29 peratus daripada RM70.7 juta yang dicatat pada tempoh sama 2008.
Dalam tempoh sama, ia merekodkan pendapatan RM158.7 juta, susut 16 peratus berbanding RM186.9 juta sebelumnya. Yusli berkata, penurunan itu disebabkan prestasi kurang memberangsangkan dagangan pada suku pertama tahun ini susulan ketidaktentuan ekonomi global, sebelum ia meningkat kembali pada suku kedua.
Mengenai prospek perniagaan, Yusli berkata, pihaknya yakin pasaran ekuiti menunjukkan prestasi lebih baik pada separuh kedua tahun ini susulan kesan pelaksanaan dua pakej rangsangan RM67 bilion, beberapa siri liberalisasi yang dilaksanakan kerajaan serta inisiatif diperkenalkannya untuk meningkatkan kecairan.
Bagaimanapun, katanya, situasi dijangka kekal mencabar dan pasaran tempatan akan dipengaruhi pergerakan pasaran antarabangsa.
“Jika tiada berita buruk khususnya berhubung angka ekonomi, saya jangka pasaran terus mempamerkan prestasi baik. Secara umum, ada kecairan tinggi pada peringkat global,” katanya. Pada separuh pertama tahun ini, penanda aras utama pasaran, Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 23 peratus kepada 1,075.24 mata pada 30 Jun 2009 berbanding 876.75 mata pada 31 Disember 2008.
Peningkatan itu berikutan pengumuman keputusan kewangan di luar jangkaan di peringkat tempatan dan antarabangsa; keyakinan pelabur mengenai pemulihan ekonomi global dan kemasukan semula dana pelaburan yang sebelum ini berada di luar pasaran.
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com