July 30, 2009

AirAsia X perluas khidmat ke utara Afrika, Eropah

SYARIKAT penerbangan tambang murah jarak jauh, AirAsia X akan melancarkan pangkalan di Asia Barat yang membolehkannya mengembangkan rangkaian perkhidmatan ke utara Afrika dan Eropah.

Ketua Eksekutifnya, Azran Osman-Rani, berkata lokasi sudah dipilih di negara Arab tetapi hanya diumumkan beberapa minggu lagi. “Ia membuka pasaran baru. Jika pesawat hanya berpangkalan di Kuala Lumpur, ia membataskan rangkaian perkhidmatan kami hanya dalam lingkungan lapan jam penerbangan.

“Ramai peserta industri penerbangan yang menganggapnya tidak munasabah kerana model penerbangan tambang murah tradisional hanya melakukan penerbangan dari satu tempat ke satu tempat untuk menjadikannya mudah,” katanya di Kuala Lumpur, semalam.

Azran berkata, di sebalik adanya kos tambahan, AirAsia X tidak perlu mewujudkan infrastruktur baru tetapi menyewa perkhidmatan sedia ada untuk kargo, katering dan penyelenggaraan.

Pada peringkat awal, syarikat itu akan mengendalikan penerbangan dari Kuala Lumpur ke pangkalan di Asia Barat itu sebelum meluaskannya dengan menggunakan pangkalan berkenaan untuk ke destinasi seperti Maghribi, Turki, Sepanyol atau Republik Czech tahun depan.

Azran berkata, rancangan berkenaan juga dicetuskan potensi masalah untuk menempatkan pesawat baru syarikat apabila siap terminal penerbangan tambang murah baru. “Ia melegakan tekanan daripada menempatkan semua pesawat kami di Kuala Lumpur, terutama ketika lapangan terbang baru itu belum siap dan kami tidak mempunyai ruang letak pesawat mencukupi,” katanya.

Buat masa ini, AirAsia X terbang ke tujuh destinasi dengan dua lagi laluan dirancang sebelum akhir tahun ini. Ia mengendalikan lima pesawat iaitu kombinasi Airbus A330 dan A340 dengan tiga lagi pesawat bersaiz sederhana A330 akan dihantar tahun ini, tiga pada 2010 dan enam pada 2011.

Awal minggu ini, Azran berkata, AirAsia X tidak mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk memulakan penerbangan ke Sydney dan Seoul disebabkan pertindihan dengan syarikat sekutunya, AirAsia. Bagaimanapun, beliau berkata, AirAsia X akan menambah kekerapan penerbangannya ke Gold Coast di Australia, Hanzhou di China dan ibu kota Taiwan, Taipei. - AFP

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers