PERUSAHAAN Otomobil Nasional Kedua Sdn Bhd (Perodua) dijangka mampu merampas kembali kedudukan sebagai pendahulu jualan kenderaan negara ini dalam beberapa bulan akan datang dengan pelancaran model kenderaan pelbagai guna (MPV) keluarannya akhir tahun ini.
Presiden dan Ketua Eksekutif UMW Holdings Bhd, Datuk Abdul Halim Harun, berkata keyakinan itu disandarkan kepada kekuatan Perodua dalam segmen pasaran kenderaan kompak dan mutu kenderaan keluarannya.
“Perodua akan memperkenalkan model MPV. Berdasarkan kepada mutu kenderaan keluarannya, kami yakin ia akan mendapat sambutan menggalakkan, justeru membolehkan Perodua meraih kembali kedudukannya,” katanya pada sidang taklimat pelaburan anjuran Midf Amanah Investment Bank Bhd di Kuala Lumpur, semalam.
UMW adalah pemegang saham terbesar Perodua dengan pegangan ekuiti sebanyak 38 peratus. Pada Jun lalu, Proton Holding Bhd mengukuhkan kembali kedudukannya dalam pasaran kenderaan penumpang tempatan apabila muncul jenama kereta paling laris bulan lalu dibantu model MPV Exora.
Pada bulan itu, Proton menjual 14,056 unit dengan menguasai 34.2 peratus pasaran, mengatasi Perodua yang menjual 13,246 unit.
Namun, bagi tempoh enam bulan sehingga Jun lalu, Perodua masih mendahului pasaran
kenderaan tempatan dengan menjual 77,045 unit untuk menguasai 33.8 peratus pasaran. Abdul Halim berkata, sektor automotif ketika ini adalah amat mencabar dengan pelbagai syarikat memperkenalkan model baru masing-masing untuk meningkat jualan.
Beliau berkata, jika sesebuah syarikat kenderaan itu memperkenalkan model baru, maka jualannya untuk beberapa bulan pertama akan meningkat, sebelum kembali stabil atau menurun. “Jumlah jualan selepas beberapa bulan sesuatu model baru itu diperkenalkan bergantung kepada penerimaan pengguna dan kualiti kenderaan itu.
“Perodua memang terkenal dalam segmen kenderaan kompak. Saya yakin model keluarannya akan mendapat sambutan,” tambahnya. Mengenai cadangan menyenaraikan UMW Oil & Gas Bhd, Abdul Halim berkata, kumpulan itu menyemak semula cadangan penyenaraian anak syarikat minyak dan gas itu.
Semakan semula itu, katanya, akan mengambil kira kemasukan 30 anak syarikat dan syarikat bersekutu di bawah UMW Oil & Gas berbanding 14 sebelum ini. “Dengan lebih banyak syarikat, kami berharap ia akan mewujudkan lebih banyak nilai.
Kami tidak mahu terburu-buru menyenaraikan UMW Oil & Gas dan akan berbuat demikian apabila pasaran saham meningkat semula,” katanya Abdul Halim berkata, segmen minyak dan gas kumpulan itu kini dijangka terus berkembang dan menjadi antara penyumbang terbesar pendapatan kepada kumpulan dalam tempoh lima tahun akan datang, selain automotif.
July 30, 2009
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com