December 31, 2008

Tinjauan Pasaran: Harga saham ditutup teguh-31 Disember, 2008

Kegiatan kemas kini portfolio bantu kekal sentimen positif di pasaran HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup lebih teguh semalam berikutan minat berterusan, manakala kegiatan mengemas kini portfolio membantu mengekalkan sentimen positif.

Kenaikan kukuh di kaunter berkaitan indeks melonjakkan pengukur pasaran, Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) ke paras 1.6 peratus lebih tinggi. Pada penutup, KLCI naik 14.28 mata kepada 881.63 selepas mencecah tahap terendah dalam dagangan semalam pada 868.64. Ia dibuka 1.35 mata lebih tinggi pada 868.70 pagi semalam.

Indeks Kewangan mengukuh 118.87 mata kepada 6,875.69, Indeks Perladangan meningkat 63.40 mata kepada 4,142.69 dan Indeks Perusahaan menambah 37.24 mata kepada 2,070.61. FBMEmas naik 84.46 mata kepada 5,750.80 dan FBM30 melonjak 100.76 mata kepada 5,678.24. Sementara itu, FBMMesdaq jatuh 118.70 mata kepada 3,312.00 dan FBM2BRD susut 18.66 mata kepada 3,974.20.

Saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 270 berbanding 211, manakala 123 kaunter tidak berubah, 571 tidak diniagakan dan 49 yang lain digantung urus niaga. Keseluruhannya, sentimen lebih teguh berikutan berita yang mengatakan kerajaan sedang meneliti cadangan membeli baja secara pukal dan menjualnya kepada penanam getah dan kelapa sawit pada harga lebih rendah, manakala Syarikat Perumahan Negara Bhd akan membelanjakan RM700 juta menjelang bulan depan untuk membina rumah bagi memacu kegiatan ekonomi. Saham

berkaitan perladangan adalah antara yang menikmati kenaikan besar manakala kegiatan mengambil untung kelihatan di kaunter berharga lebih murah dan bagi saham berharga kurang daripada RM1. Sejumlah 261.443 juta saham bernilai RM402.135 juta diurus niaga semalam berbanding 181.090 juta saham bernilai RM156.350 juta Jumaat lalu. Pasaran ditutup kelmarin sempena sambutan Awal Muharram.

Antara saham cergas, Green Packet turun tujuh sen kepada RM1.10, Gula Perak susut setengah sen kepada empat sen, IOI Corporation naik lapan sen kepada RM3.58, Resorts-CI menokok setengah sen kepada 8.5 sen dan WCT jatuh enam sen kepada RM1.55.

Pendorong kenaikan indeks utama, Sime Darby meningkat 10 sen kepada RM5.20, Maybank mengukuh 15 sen kepada RM5.30, MISC Bhd melonjak 20 sen to RM8.65 dan Public Bank menambah lima sen kepada RM8.75. Tenaga Nasional, yang berura-ura membeli 40 peratus kepentingan dalam Kapar Energy Ventures Sdn Bhd daripada Malakoff Bhd, ditutup 25 lebih tinggi pada RM6.30. Jumlah dagangan di Papan Utama susut kepada 206.814 juta saham bernilai RM389.388 juta berbanding 129.827 juta saham bernilai RM146.230 juta Jumaat lalu.

Di Papan Kedua jumlah dagangan bertambah kepada 24.217 juta saham bernilai RM7.549 juta berbanding 18.364 juta saham bernilai RM6.46 juta sebelumnya. Pasaran Mesdaq menyaksikan lonjakan jumlah dagangan kepada 14.824 juta saham bernilai RM3.729 juta daripada 6.748 juta saham bernilai RM2.773 juta.

Waran mengecil jumlahnya kepada 14.920 juta saham bernilai RM1.322 juta daripada 25.972 juta saham bernilai RM853,217. Sektor barangan pengguna menguasai 4.842 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 35.996 juta, pembinaan 20.493 juta, perdagangan/perkhidmatan 74.534 juta, teknologi 7.770 juta, prasarana 8.685 juta, kewangan 14.888 juta, hotel 6.438 juta, harta 18.969 juta, perladangan 13.287 juta, perlombongan 7,600, REIT 903,500 dan dana tertutup 2,100. – Bernama

December 30, 2008

Business
"Not The Time To Panic But Time For Wise
Investments In Bursa"


KUALA LUMPUR, Oct 15 (Bernama)
The current sluggish momentum in
the local bourse is not because of any fundamental weakness but more
due to jittery investors sentiments, said CIMB-Principal Asset
Management Bhds chief investment officer, Raymond Tang.

The local market has already factored in the impact of the financial
meltdown in the United States and Europe, he said, adding that it is also
adjusting and taking into account the recession that is expected to take
place in the United States.

"I think our market is less volatile, (but whether) it has bottomed, I think
it is still too early to say (no one knows) how much further the engine
(financial market in the West) has been damaged," he said during a
briefing on how to invest in a difficult market.

At 4pm the Kuala Lumpur Composite Index shed 18.89 points to 947.17.
CIMB-Principal year-end target for the Index is 1,000 points.
Hence, it is not the time to "panic" but the time to make wise investment
decisions as it has been proven that when the market goes down it will
rebound and there will be gains to be made.

Tang said even during the massive downturn, the local bourse did not
take a nosedive like the other regional markets.

"Malaysia's market fell far less then the neighbouring countries. If you see
in the last two weeks, the local bourse fell between six and seven per cent
versus the neighbouring countries, which fell 20-30 per cent. But, of
course when the markets rally, we go up less."

For Malaysia, it is more of a "pot hole" and not a "bump."
"Hold on for a while because the whole market is in chaos. So, explore
the situation and be less panicky. Those with a clearer mind will profit
compared with those who panic," he said.

Investors should also focus on a 3-5 years time horizon, said CIMBPrincipals
chief executive, Datuk Noripah Kamso.

It is just time to slowdown a bit, take a look around and when things are
fine, move ahead, Tang said, adding that even CIMB-Principal has
deferred plans to launch about two funds, of which one is a real estate
fund.

"The funds were planned for last year, we deferred it for six months, then
another six months as there is no point selling funds at the current
market situation," he said.

On the other hand, Noripah said CIMB-Principal has reached out to the
investing public via its new Flagship Fund initiative to enable the investing
public to invest defensively during the current market volatility. The
flagship fund consist of eight core funds with consistent long-term risk
adjusted returns. She said the funds are widely diversified across different
sectors and assets.
Rancang dana persaraan sebelum berumur 30 tahun
(Dipetik drpd. rencana Utusan Malaysia)

JIKA anda berusia kurang daripada 30, besar kemungkinan anda belum memikirkan tentang persaraan anda. Dan tiada sebab untuk anda merancang sejauh itu?

Persaraan adalah sesuatu yang sangat jauh ke hadapan dan apabila masa itu tiba, anda menyangka anda sudah meraih sejuta ringgit dan hidup dalam kegembiraan? Salah.
Realitinya sangat berbeza seperti berikut:

1. Walaupun persaraan seperti dilihat masih jauh lagi, sebenarnya tidak.

2. Sejuta ringgit memang jumlah wang yang besar, tetapi hanya segelintir daripada kita akan memiliki simpanan sebanyak itu.

3. Selepas bersara, kebanyakan kita akan hidup selama 20 hingga 25 tahun lagi tanpa sebarang pendapatan.

4. Inflasi akan menghakis kuasa membeli simpanan anda.

5. Secara purata, seorang yang bekerja dan mempunyai simpanan persaraan sebanyak RM100,000, akan membelanjakan duit tersebut dalam tempoh 10 tahun saja.
Panik? Jangan. Mengambil berat? Ya.

Rakyat Malaysia harus memikirkan dengan serius tentang simpanan bagi persaraan masing-masing dan mengambil langkah proaktif untuk membuat perancangan mengenainya termasuk mereka berusia kurang daripada 30 tahun atau baru memulakan kerjaya.

Ketika ini, sebahagian besar pekerja sektor swasta di Malaysia bergantung sepenuhnya kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk persaraan mereka. KWSP adalah skim tabungan yang mewajibkan ahli menyimpan sekurang-kurangnya 11% daripada pendapatan bulanan mereka dan 12% daripada majikan mereka. Ini bermakna 23% daripada pendapatan seseorang disimpan setiap bulan dalam akaun KWSP masing-masing. Kadar caruman 23% ini hanya kadar yang diwajibkan. Ahli dan majikan atau kedua-duanya boleh menyimpan melebihi kadar tersebut.

Berdasarkan rekod KWSP, purata simpanan seorang ahli KWSP adalah RM100,000 apabila mencapai usia 54 iaitu setahun sebelum bersara. Bagaimanapun, sebahagian besar pesara didapati menghabiskan keseluruhan wang itu dalam tempoh kurang daripada 10 tahun.
Purata jangkaan hayat rakyat Malaysia pada umur 55 tahun ialah : 83 tahun untuk wanita dan 78.6 tahun untuk lelaki.

Bayangkan jika seseorang itu bersara pada umur 55 tahun dan menghabiskan simpanan KWSP dalam tempoh 10 tahun. Bagaimana mereka membiayai kehidupan selama 13 hingga 18 tahun lagi?

Selain daripada jumlah simpanan yang ada ketika bersara, faktor-faktor berikut juga perlu diambil kira:

1. Inflasi dan peningkatan kos sara hidup

Jika anda seorang kanak-kanak pada 70-an dan 80-an, anda mungkin pernah mendengar ibu bapa anda mengatakan, “Bila saya mendapat gaji pertama, saya berikan semuanya kepada emak, dan emak berikan saya RM50 untuk dibelanjakan.”

Bagus sekali. Daripada muda lagi telah mula menabung tetapi persekitaran sekarang adalah berbeza. Cara hidup dan keperluannya telah berubah. Dalam lain perkataan, golongan muda hari ini perlu mengeluarkan banyak wang untuk kehidupan harian berbanding ibu bapa mereka.

2. Perubahan norma sosial

Walaupun era memberikan seluruh gaji kepada emak anda mungkin sudah berlalu, pekerja muda hari ini masih memberikan sejumlah kecil gaji mereka kepada ibu bapa mereka sebagai penghargaan.

Bagaimanapun, aliran ini akan berubah bagi generasi akan datang. Hari ini, lebih ramai orang berkahwin dan mempunyai anak pada usia yang lebih tua, sekali gus menyebabkan mereka mempunyai anak kecil untuk dibiayai termasuk bagi perbelanjaan pendidikan anak- anak walaupun mereka sudah mencecah usia persaraan.

3. Kos dan keperluan perubatan

Semakin kita tua, semakin kita memerlukan rawatan perubatan. Kos perubatan pula semakin meningkat dengan mendadak. Kita akan menghadapi kesulitan kewangan untuk membiayai rawatan perubatan terutama golongan yang tidak mempunyai insurans perubatan.

Jika semua faktor ini diambil kira, kemungkinan besar simpanan KWSP kebanyakan ahli tidak mencukupi untuk memenuhi semua keperluan persaraan mereka. Jalan penyelesaiannya ialah berusaha meningkatkan simpanan untuk persaraan mengikut kemampuan masing-masing.
Tetapi bagaimana?

Menabung! Menabung! Menabung! Sebenarnya tiada jalan mudah. Menabung sebahagian pendapatan bulanan anda dengan tujuan persaraan dan tidak membelanjakan simpanan tersebut sebelum anda bersara membolehkan anda memiliki simpanan dalam jumlah yang lebih besar untuk persaraan.

Disiplin diri sangat penting. Anda harus menetapkan sasaran simpanan setiap bulan. Bandingkan pendapatan bulanan dengan perbelanjaan perlu seperti hutang rumah dan kereta, insurans, makanan, pengangkutan dan lain- lain.

Kemudian tentukan jumlah yang akan disimpan setiap bulan. Pastikan anda berdisiplin dalam soal simpanan ini. Apabila anda mendapat gaji, keluarkan jumlah yang ditetapkan dan masukkan ke dalam akaun simpanan itu.

Katakan anda tinggal dengan ibu bapa anda dan mempunyai pendapatan bersih kira-kira RM2,500 sebulan. Anda perlu membayar ansuran pinjaman kereta, bayaran skim insurans, membayar bil telefon mudah alih, memberikan sejumlah kecil kepada ibu bapa anda setiap bulan, selain membantu membayar dua atau tiga bil di rumah. Anda mungkin boleh membuat perkiraan seperti ini:

Baki gaji anda pada setiap akhir bulan adalah RM570. Daripada berbelanja wang berkenaan secara tidak berfaedah, mengapa tidak anda menyimpan sebanyak RM200 atau lebih untuk masa depan anda?

Jika anda mempertimbangkan untuk menyimpan RM200 sebulan bagi keseluruhan tempoh kerjaya anda, katakanlah selama 30 tahun, jumlah keseluruhan simpanan anda ialah RM72,000. Jika dicampur faedah ke atas simpanan tersebut, jumlah ini dengan mudah akan berganda kepada RM144,000 apabila anda bersara. Dicampur dengan simpanan KWSP sebanyak RM100,000, anda akan bersara dengan lebih selesa.

Anda juga tidak harus lupa bahawa wang yang disimpan akan bertambah dan apabila ia bertambah, anda perlu bijak untuk menabung dan di mana ia harus dilaburkan.

Mempelbagaikan saluran simpanan memerlukan anda membuat keputusan yang bijak. Bertanya dan belajar mengenai manfaat menyimpan wang dalam simpanan tetap dalam institusi kewangan terkemuka atau melabur dalam saham amanah.

Anda juga boleh membeli insurans yang memberikan perlindungan sepanjang hayat, kemalangan, perubatan, endowmen, dan juga pendidikan untuk anak-anak. Jika anda memiliki insurans tersebut, anda tidak perlu mengeluarkan simpanan KWSP bagi membiayai kos perubatan yang tidak dijangka atau membayar yuran pendidikan tinggi anak-anak di kemudian hari.

Ini akan memastikan simpanan KWSP untuk persaraan adalah lebih besar nilainya.
Hartanah juga satu bentuk pelaburan yang baik dan harus dipertimbangkan selepas seseorang mempunyai simpanan yang mencukupi.

Walaupun KWSP membenarkan ahli mengeluarkan simpanan daripada Akaun II untuk membeli rumah, adalah lebih bijak wang simpanan KWSP anda tidak dikeluarkan jika anda mampu mendapatkan pembiayaan perumahan daripada bank.

Persaraan dan perancangan kewangan memerlukan banyak pertimbangan, perancangan dan disiplin. Menabung ketika memulakan kerjaya pada usia muda akan memudahkan dan mengurang beban pada kemudian hari.

Walaupun menabung wang bukan sesuatu yang mudah terutama dengan pelbagai tarikan daripada pasaran pengguna, ia adalah kaedah yang membolehkan anda bersara dengan lebih selesa. Kepada mereka yang berhadapan dengan masalah untuk menabung, terdapat satu lagi pilihan akhir yang mudah bagi memastikan anda mempunyai simpanan yang mencukupi apabila bersara iaitu bersaralah pada usia 75 tahun!

December 27, 2008

Labur Sekarang - Saranan TPM Ambil Kesempatan Semasa Ekonomi Posotif

PUTRAJAYA 26 Mac – Pelabur kecil disaran mengambil kesempatan daripada keadaan ekonomi yang baik sekarang untuk melabur dalam unit-unit amanah, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut beliau, unit amanah merupakan pelaburan berisiko minimum dan mampu memberi tambahan pulangan dalam keadaan ekonomi yang berkembang dengan terlaksananya Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

‘‘Dengan prospek ekonomi yang positif, jadi pada masa ini amat baik bagi kita melabur dalam unit amanah.

‘‘Saya tidak kata main saham di pasaran, ini adalah keputusan individu tetapi kalau kita pemain kecil adalah lebih baik kita melabur dalam amanah saham,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Pertandingan Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Bhd. (PNB) 2007 di sini hari ini.

Hadir sama ialah Pengerusi PNB, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan Presiden serta Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

Menurut Najib, kedudukan ekonomi negara adalah stabil dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi tahun ini dijangka terus kukuh pada tahap enam peratus manakala kadar inflasi akan dibendung pada tahap lebih rendah tahun ini.

‘‘Semua ini jelas menunjukkan keadaan yang mantap dan keyakinan yang tinggi terhadap ekonomi negara.

‘‘Kesempatan sebegini patutlah direbut oleh pelabur untuk mengatur perancangan kewangan yang sebaik-baiknya supaya tidak ketinggalan dalam merebut pulangan pelaburan yang dijangka menjadi lebih bermakna dalam keadaan ekonomi seperti sekarang,” kata beliau.

Dalam pada itu, Najib berkata, PNB berjaya meraih keyakinan yang tinggi di kalangan pelabur dan ia terbukti apabila jumlah pemegang akaun yang mencecah 8.5 juta dengan jumlah unit dalam pengurusan sebanyak 64 bilion unit.

Ini bermakna, kata beliau, lebih dari satu pertiga rakyat negara ini telah menjadi pelanggan saham PNB.

‘‘Tidak dinafikan ia adalah satu pencapaian yang kita boleh banggakan, namun hakikatnya PNB boleh dan mesti lakukan sesuatu yang lebih baik supaya nilai pegangannya dalam pasaran unit amanah terus dipertingkatkan,” katanya.

Beliau menjelaskan, perkara tersebut menjadi satu cabaran bagi PNB kerana berdasarkan Laporan Suruhanjaya Sekuriti 2006 menyebut bahawa unit amanah merupakan segmen yang paling pantas berkembang dalam pasaran modal negara.

Bagi tahun lalu, kata Najib, jumlah unit amanah yang diluluskan bertambah sebanyak 22.4 peratus dengan nilai aset bersih meningkat kepada RM121.8 bilion iaitu 23.6 peratus.
Namun, katanya, ia hanya merupakan 14.4 peratus daripada nilai pasaran modal di Bursa Malaysia.

‘‘Jadi saya percaya terdapat banyak peluang bagi PNB untuk mengembangkan lagi produknya di samping terus aktif dalam usaha pendidikan seumpama ini sekali gus menyediakan kesinambungan masyarakat yang celik pelaburan,” katanya.

Ditanya mengenai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Machap, Melaka, Najib berkata, cadangan calon berkenaan akan dibawa oleh Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting.

‘‘Dia akan bincang dan akan bawa nama (calon), saya ingat tidak lama lagi kerana 3 April sudah hari penamaan calon,” katanya.
Unit amanah sumbang 70 peratus

INDUSTRI unit amanah domestik adalah yang terbesar di Asia Tenggara dengan menyumbang lebih 70 peratus kepada industri pengurusan pelaburan negara.

Industri ini terus berkembang sepanjang tempoh enam bulan pertama 2008 berikutan pelancaran dana baru yang membawa peningkatan bilangan unit dalam edaran. Penambahan 35 dana baru menjadikan 530 dana diwujudkan pada akhir Jun 2008.

Pelabur melihat unit amanah sebagai instrumen pelaburan berdaya maju seperti yang digambarkan pertumbuhan bilangan akaun dan unit dalam edaran sebanyak 14.4 peratus dan 10.7 peratus.

Segmen unit amanah Islam terus cergas dengan pelancaran lapan dana baru menjadikan keseluruhan 136 dana manakala nilai aset bersih (NAV) meningkat 6.6 peratus kepada RM18 bilion pada akhir Jun 2008.

Bagaimanapun, NAV keseluruhan industri unit amanah menurun 5.6 peratus kepada RM159 bilion, mewakili 17.7 peratus daripada nilai permodalan pasaran Bursa Malaysia pada akhir Jun 2008, sejajar dengan penyusutan Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI).

Pengurus dana unit amanah terus mempelbagaikan portfolio pelaburan dalam pasaran asing berikutan langkah liberalisasi paras ambang pelaburan luar negara yang dinaikkan secara berperingkat kepada 50 peratus daripada NAV dana pemastautin mulai April 2007.

Enam bulan pertama 2008 menyaksikan 27 unit dana amanah baru dilancar bagi pelaburan pasaran asing manakala pada akhir Jun 2008, 11 dana melabur RM401 juta dalam aset asing, menjadikan 160 dana melabur RM13.3 bilion dalam pasaran asing.

Dana Manah Hartanah (REIT) dan Dana Dagangan Bursa (ETF) pula secara beransur mula mencapai momentum pertumbuhan walaupun jumlah REIT, termasuk dua REIT Islam yang disenarai di Bursa Malaysia kekal pada 13, saiz aset meningkat kepada RM7.7 bilion berbanding RM7 bilion pada 2007.

Suruhanjaya Sekuriti (SC) meluluskan REIT swasta pertama pada Februari 2008 manakala ETF Islam pertama di Asia disenarai di Bursa Malaysia Januari lalu, menambah jumlah ETF kepada tiga dalam tempoh enam bulan pertama 2008.

Nilai permodalan pasaran ETF pada akhir Jun 2008 meningkat kepada RM1.2 bilion berbanding RM531.8 juta akhir tahun lalu. Industri REIT dijangka berkembang lagi berikutan pengumuman langkah terkini Ogos lalu bagi mempertingkatkan daya tarikan Bursa Malaysia sebagai destinasi penyenaraian REIT selain menggalakkan industri REIT yang cergas dan berdaya saing.

Langkah ini termasuk meningkatkan pegangan ekuiti asing dalam REIT kepada 70 peratus daripada 49 peratus, kelonggaran kepada pengurus REIT menguruskan portfolio mereka dan membenarkan pengurus REIT menerbitkan unit sehingga 20 peratus daripada saiz dana tanpa mendapatkan mandat pemegang unit.
Kewangan Islam alternatif berdaya maju kepada kewangan konvensional - Raja Nazrin
17/11/2008 6:00pm

KUALA LUMPUR 17 Nov. — Krisis kewangan semasa menyediakan peluang untuk kewangan Islam menawarkan akternatif berdaya maju kepada kewangan konvensional dengan menawarkan para pelabur dengan kelas aset lain dan pasaran yang lebih stabil, titah Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah.

Baginda bertitah banyak yang diperkatakan sejak kebelakangan ini mengenai kewujudan order ekonomi antarabangsa yang berdaya maju.

“Beberapa pemimpin dunia menggesa supaya dilaksanakan Bretton Woods II (pengurusan kewangan yang diperkenalkan selepas Perang Dunia II). Wujud konsesus yang semakin meningkat bahawa kapatilisme yang tidak dikawal atur yang telah menjurus kita menghadapi krisis ini memerlukan penyusunan semula bagi menyediakan pemulihan dan kestabilan terhadap sistem kewangan.

“Kekuatan kewangan Islam berasal daripada perinsip syariah, yang juga merupakan prinsip perniagaan yang kukuh.

“Sistem syariah memerlukan transaksi kewangan yang disertai aktiviti pendasar yang peroduktif yang sekali gus menyediakan hubungan rapat antara kewangan dan aliran produktif,” titah baginda semasa melancarkan “Buku Panduan Pasaran Sukuk Malaysia — Panduan Anda Kepada Pasaran Modal Islam Malaysia,” di sini hari ini.

Raja Nazrin bertitah prinsip-prinsip syariah mencegah aktiviti levaraj dan spekualtif kewangan yang berlebihan yang sekaligus melindungi pihak-pihak yang terlibat daripada terlalu terdedah kepada risiko.

“Adalah baik untuk membuat spekulasi mengenai ke tahap mana krisis kewangan boleh dihindarkan, atau sekurang-kurangnya impaknya dapat dikurangkan, andai prinsip-prinsip kewangan Islam diamalkan secara meluas,” katanya.

Baginda bertitah kini sudah wujud kesedaran dan minat yang lebih mendalam di kalangan komuniti kewangan dunia terhadap merit kewangan Islam.

Raja Nazirn bertitah permintaan terhadap produk kewangan Islam dalam pasaran global juga semakin meningkat, melebihi bekalannya.

Raja Nazrin berkata sejak kebelakangan ini, “kami menyaksikan peluasan pesat industri perkhidmatan kewangan Islam.” “Hari ini, kewangan Islam merupakan komponen yang semakin diterima dalam sistem kewangan global.

“Pembabitan terus Malaysia dalam pembangunan kewangan Islam telah mengubah landskap kewangan secara signifikan di peringkat tempatan dan antarabangsa, menjadikan Malaysia sebagai pemimpin dalam perlumbaan antarabangsa menjadi pusat kewangan Islam,” katanya.

Beliau berkata semangat bertenaga serta dinamisme sistem kewangan Islam Malaysia hari ini dicerminkan menerusi inovasi produk berterusan, kepelbagaian institusi kewangan Islam, kawal aturan komprehensif dan infrastruktur perundangan, selain kesediaan bakat dan kepakaran kewangan Islam.

Raja Nazrin bertitah pasaran modal Islam di Malaysia hari ini menawarkan rangka produk borongan dan runcit yang luas seperti saham yang mematuhi prinsip-prinsip syariah, dana unit amanah Islam, dana dagangan pasaran Islam, pelaburan amanah hartanah yang mematuhi prinsip syariah, produk berstruktur dan derivatif.

“Produk-produk kewangan bertaraf dunia ini tersedia dalam mata wang ringgit dan bukan ringgit,” katanya.

Mengenai sukuk, beliau berkata Malaysia tidak sahaja mencipta produk industri yang “pertama”, malah berjaya membangunkan pasaran yang kukuh dan mudah tunai yang banyak.
“Kita boleh berbangga kerana mempunyai pasaran sukuk terbesar dan paling inovatif di dunia.

“Pada akhir 2007, jumlah sukuk dari Malaysia berjumlah RM213 bilion (AS$62 bilion), menyumbang 68.9 peratus daripada keseluruhan sukuk global” katanya.

Pada tahun yang sama, Raja Nazrin bertitah sukuk terbesar dunia, berjumlah RM15 bilion (AS$5 bilion) dikumpul dalam pasaran sukuk Malaysia.

“Berikutan liberalisasi peraturan pentadbiran tukaran asing, beberapa bank pembangunan luar, agensi kuasi asing dan perbadanan multinasional sudah menyertai perbadanan-perbadan tempatan dalam meneroka pasaran sukuk tempatan untuk mendapatkan dana,” katanya.

Baginda bertitah pertumbuhan pesat pasaran sukuk sungguh menyakinkan.
“Sebagai perintis, Malaysia telah menetapkan standard dan menawarkan kepimpinan menerusi teladan bagi banyak perkara,” titah baginda.

Raja Nazrin bertitah buku panduan oleh RAM Ratings itu berperanan sebagai panduan kepada institusi dan profesional, terutama komuniti antarabangsa yang berminat untuk mengambil peluang sepenuhnya terhadap pasaran modal Malaysia kerana mewujudkan dan melaksanakan transaksi dalam sukuk.

December 26, 2008

SAHAM AMANAH SEBAGAI PERANCANGAN KEWANGAN

Wang merupakan satu instrumen yang sangat penting di dalam kehidupan kita sehari-hari. Ramai orang bekerja untuk mendapatkan wang tetapi tidak ramai yang menjadikan wang bekerja untuk mereka. Untuk itu, ramai yang bertanyakan soalan berikut:-

· Adakah saya mempunyai wang yang cukup?

· Bagaimana cara untuk mendapatkan lebih wang?

Namun, soalan yang patut kita tanya kepada diri sendiri adalah :-

· Adakah simpanan saya mencukupi?

· Adakah saya berbelanja berlebihan?

· Bagaimana saya boleh melangsaikan hutang saya?

· Bagaimana saya hendak memperolehi wang yang mencukupi bagi membiayai kehendak saya?

Perancangan kewangan boleh membantu kita untuk menjawab soalan-soalan di atas. Perancangan kewangan merupakan satu pendekatan sistematik dalam menggunakan sumber dan penggunaan wang individu atau keluarga. Untuk merangka saru perancangan kewangan yang menyeluruh, anda seharusnya melihat kepada empat (4) aspek ini :-

· Apa yang telah anda capai – dari segi kewangan dan tanggungan, anda seharusnya menganalisa kedudukan kewangan yang dicapai dan tanggungan yang anda hadapi.

· Kedudukan anda sekarang – membuat analisa kedudukan kewangan dari segi aset dan hutang.

· Apa yang hendak anda capai – menentukan objektif perancangan kewangan anda.

· Bagaimana hendak mencapainya – menentukan cara-cara merancang kewangan yang boleh membantu mencapai objektif perancangan kewangan anda.

Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi dalam topik perancangan kewangan ini, kita seharusnya memahami tentang aliran wang bagi individu atau keluarga. Terdapat dua (2) aliran wang masuk utama bagi individu atau keluarga iaitu:-

· Pendapatan biasa – sebagai contoh, gaji atau pendapatan dari perniagaan yang diterima setiap bulan. Secara amnya, kebanyakan individu dan kelaurga di negara ini menerima pendapatan tetap setiap bulan.

· Pendapatan dari simpanan atau pelaburan – sebagai contoh, dividen yang diterima dari pelaburan saham amanah, faedah dari simpanan tetap atau lain-lain pendapatan hasil dari simpanan atau pelaburan.

Dari segi aliran wang keluar, terdapat tiga (3) perkara utama iaitu:-

· Perbelanjaan - setiap individu atau keluarga pasti mempunyai perbelanjaan seperti sewa rumah, makanan dan minuman, pengangkutan, pakaian, hiburan dan sebagainya. Sesetengah perbelanjaan adalah tetap setiap bulan manakala sesetengah perbelanjaan bergantung kepada cara hidup dan kehendak individu atau keluarga tersebut.

· Pinjaman - lazimnya, bagi individu yang baru memasuki alam pekerjaan atau keluarga berpendapatan sederhana, mereka terpaksa meminjam untuk memiliki aset bagi kemudahan mereka. Sebagai contoh, kebanyakan individu di Malaysia terpaksa meminjam untuk membeli kereta atau rumah kerana mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli aset tersebut secara tunai walaupun kereta dan rumah merupakan kehendak asas yang diperlukan. Pinjaman tersebut memerlukan bayaran tetap setiap bulan dan menjadi aliran wang keluar utama.

· Simpanan atau pelaburan – sekiranya individu atau keluarga mempunyai lebihan pendapatan setelah menolakkan kesemua perbelanjaan dan pinjaman seperti di atas, mereka seharusnya menyimpan atau melaburkan wang lebihan tersebut. Ianya lebih baik dari menyimpannya di bawah tilam kerana wang yang disimpan di bawah tilam tidak akan memberi pendapatan kepadanya. Sedangkan wang yang dibuat simpanan akan memberikan pendapatan dan wang yang dilaburkan pula mungkin akan memberikan keuntungan yang lebih baik.

Seperti yang diterangkan di atas, anda sebenarnya mempunyai pilihan di atas apa yang hendak anda buat dengan lebihan pendapatan anda setelah menolakkan kesemua perbelanjaan dan pinjaman. Anda seharusnya menyimpannya di institusi kewangan atau melaburkannya. Sekiranya anda berhasrat untuk menyimpan di institusi kewangan, anda mempunyai pilihan untuk menyimpan di bank dengan membuka akaun simpanan atau akaun semasa. Namun, akaun simpanan dan akaun semasa memberi pulangan yang sangat rendah. Selain dari simpanan di bank, caruman di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan simpanan di Lembaga Tabung Haji atau koperasi juga boleh dikategorikan sebagai simpanan dalam konteks ini.

Manakala itu, pelaburan pula dibuat di instrumen pelaburan yang mampu memberikan pulangan yang lebih baik dari simpanan. Namun, seperti lumrah pelaburan, lebih tinggi pulangan lebih tinggilah risikonya. Untuk ini, pelaburan di simpanan tetap memberikan pulangan yang rendah tetapi pada risiko yang juga rendah. Selain dari simpanan tetap, pelaburan juga boleh dibuat di saham amanah, saham di bursa saham, hartanah dan sebagainya.

Pelaburan yang baik sekurang-kurangnya hendaklah boleh memberikan pulangan yang mengatasi kadar inflasi kerana kuasa beli wang sebenarnya menguncup apabila kadar inflasi meningkat. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai RM100 sekarang yang tidak dilaburkan untuk menerima apap-apa pulangan, ianya akan tetap bernilai RM100 di tahun hadapan. Namun sekiranya kadar inflasi meningkat sebanyak 4.0% dalam tempoh tersebut, kuasa beli RM100 tersebut telah menguncup. Ini adalah kerana, sekiraya barangan yang berharga RM100 sekarang akan berharga RM104 di tahun hadapan kesan dari inflasi. Oleh itu, walaupun wang anda masih bernilai RM100 di tahun hadapan, ianya tidak mampu membeli barangan tersebut yang telah meningkat ke harga RM104. Untuk menjadikan wang RM100 anda bernilai RM104, wang tersebut perlu dilaburkan ke dalam instrumen pelaburan yang memberikan pulangan 4.0% setahun. Pada tahap ini, pelaburan anda baru mencapai tahap menyamai kadar inflasi dan dalam erti kata sebenar, belum meberi pulangan yang mengatasi inflasi. Untuk mendapatkan pulangan yang mengatasi inflasi, anda perlu melabur di dalam instrumen pelaburan yang mampu memberikan pulangan lebih dari 4.0% setahun.

Sebelum anda merancang kewangan, ada beberapa faktor yang mesti diambil kira iaitu:-

· Perbezaan kehendak – setiap individu mahupun keluarga mempunyai kehendak yang berbeza. Oleh itu, semestinya perancangan kewangan untuk seseorang individu atau keluarga juga unik dan berbeza di antara satu dengan yang lain. Ada individu yang merancang kewangannya untuk persiapan sebelum mendirikan rumahtangga manakala ada individu ynag lebih mementingkan kepada pembelian kereta dari mendirikan rumahtangga. Dari pandangan keluarga pula, ada keluarga yang merancang kewangan untuk persiapan bagi kos pembelajaran anak-anak manakala ada pula keluarga yang merancang kewangan mereka untuk persiapan semasa persaraan.

· Perubahan kehendak – kehendak seseorang juga berubah mengikut umur dan kedudukan. Seseorang yang belum berkahwin mempunyai objektif perancangan kewangan untuk persediaan belanja perkahwinan atau membeli kenderaan tetapi seseorang yang baru berkahwin mungkin mempunyai objektif perancangan kewangan untuk membeli rumah atau mengerjakan haji. Dari segi kedudukan pula, seseorang yang berpendapatan sederhana mungkin mempunyai objektif perancangan kewangan untuk membeli sebuah rumah teres manakala seseorang yang berpendapatan tinggi pula mahukan sebuah rumah banglo di kawasan mewah.

· Kehendak mestilah realistik – anda seharusnya mempunyai objektif perancangan kewangan yang realistik berbanding dengan kedudukan kewangan anda. Sebagai contoh, sekiranya anda mempunyai pendapatan keluarga dalam lingkungan RM5,000 sebulan, anda seharusnya melabur atau menyimpan sejumlah di antara RM500 hingga RM1,000 sebulan (di antara 10% hingga 20% dari pendapatan bulanan). Anda hendaklah realistik tentang jumlah pendapatan bulanan yang boleh diketepikan untuk simpanan atau pelaburan dan tidak menetapkan jumlah yang terlalu tinggi untuk dicapai.

Had-Had & Batasan Pelaburan Dana Unit Amanah

Kita telah memahami tentang harga-harga saham amanah yang disiarkan di akhbar-akhbar serta cara-cara mengira pulangan dari pelaburan di dalam dana saham amanah. Disini akan menerangkan tentang pelaburan yang dibuat oleh dana saham amanah bagi memberi pemahaman yang lebih baik kepada pelabur tentang had dan batasan pelaburan sesebuah dana saham amanah.

Secara amnya, jenis pelaburan yang dibenarkan bagi dana saham amanah boleh dibahagikan kepada tujuh (7) bahagian seperti berikut:-

1. Sekuriti

Pelaburan yang dibuat oleh dana adalah bergantung kepada jenis dana tersebut. Namun, secara amnya kesemua dana saham amanah mestilah melabur di dalam sekuriti yang bersesuaian dengan objektif sesuatu dana itu. Sebagai contoh, Dana Pasaran Wang melabur di dalam instrumen pasaran wang manakala Dana Bon pula melabur di dalam bon. Selain dari kedua-dua jenis dana ini, dana saham amanah yang lain melabur sebahagian besar asetnya di dalam saham dan sekuriti yang tersenarai di Bursa Saham Kuala Lumpur. Selain dari itu, sekuriti yang dilaburkan mestilah mempunyai harga tersedia (tersiarharga) atau nilai serta didagangkan di pasaran yang dibenarkan.

2. Sekuriti Asing

Selain dari sekuriti di dalam negara, dana saham amanah juga boleh melabur di dalam sekuriti asing di pasaran luar negara asalkan ianya bersesuaian dengan objektif dana tersebut. Namun begitu, pelaburan sebegini mestilah mendapat kelulusan dari Bank Negara Malaysia dan lain-lain pihak yang berkuasa terlebih dahulu. Untuk tujuan ini, hanya saham, debentur, bon dan waran yang didagangkan di pasaran luar negara sahaja dibenarkan manakala pelaburan di dalam niagaan hadapan luar negara adalah tidak dibenarkan.

3. Sekuriti Tidak Tersiarharga

Dana saham amanah juga boleh melabur di dalam sekuriti tidak tersiarharga yang ditawarkan terus kepada dana saham amanah tersebut oleh penerbit Malaysia. Sekuriti tidak tersiarharga di sini bermaksud sekuriti atau saham syarikat yang belum disenaraikan di bursa saham yang dibenarkan di Malaysia tetapi telah mendapat kelulusan untuk disenaraikan. Namun begitu, nilai pelaburan di dalam sekuriti tidak tersiarharga tidak boleh melebihi 10% dari Nilai Aset Bersih (NAB) dana saham amanah tersebut.

4. Skim Pelaburan Kolektif

Dana saham amanah dibenarkan untuk melabur di dalam unit atau saham dalam skim pelaburan secara kolektif asalkan ianya konsisten dan relevan dengan objektif pelaburan dana. Namun begitu, seperti pelaburan di dalam sekuriti tidak tersiarharga, nilai pelaburan di dalam skim pelaburan kolektif tidak boleh melebihi 10% dari Nilai Aset Bersih (NAB) dana saham amanah tersebut.

5. Niagaan Hadapan

Dana saham amanah juga boleh melabur di dalam niagaan hadapan di pasaran hadapan yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan di bawah Akta Industri Niagaan Hadapan 1993. Pelaburan di dalam niagaan hadapan hanya boleh dibuat untuk tujuan lindung nilai sahaja. Namun begitu, bagi dana saham amanah yang mahu melabur di dalam niagaan hadapan, syarikat pengurusan dan pengurus pelaburan mestilah mendapat lesen niagaan hadapan di bawah Akta Industri Niagaan Hadapan 1993 terlebih dahulu.

6. Pinjaman Sekuriti

Dana saham amanah dibenarkan untuk memberi pinjaman sekuriti dengan syarat ia mematuhi Garispanduan untuk Pinjaman dan Memberi Pinjam Sekuriti.

7. Aset Cair

Dana saham amanah juga boleh memegang aset cair sebagai pelaburan. Aset cair di sini bermaksud tunai, simpanan dengan institusi kewangan berlesen dan/atau institusi berlesen lain yang diluluskan dan dibenarkan menerima simpanan. Aset cair juga bermaksud sebarang instrumen lain yang boleh ditukarkan kepada wang tunai dalam masa tujuh (7) hari sepertimana yang diluluskan oleh Pemegang Amanah. Tahap kecairan aset yang dipegang oleh sesebuah dana saham amanah itu ditentukan oleh syarikat pengurusan dengan persetujuan Pemegang Amanah.

PENGIRAAN PULANGAN DARI PELABURAN DI DALAM DANA SAHAM AMANAH

Pelabur yang melabur di dalam dana saham amanah boleh mengira kadar pulangan di atas pelaburan mereka pada bila-bila masa sahaja dan mereka tidak perlu benar-benar menjual balik atau menebus pelaburan mereka untuk mengira kadar pulangan tersebut. Ini adalah kerana secara asasnya, Harga Belian pada sesuatu hari sentiasa boleh dianggap sebagai harga di mana pelabur menjual balik semua pelaburan mereka walaupun pada hakikat sebenarnya mereka belum berbuat demikian. Ini membolehkan pelabur membuat andaian, "Sekiranya saya menjual balik semua pelaburan saya di dalam dana ini hari ini, saya akan mendapat pulangan sekian banyak dari pelaburan saya".

Bagi tujuan pengiraan pulangan, beberapa faktor perlu diambil-kira. Untuk itu, kita melihatnya menerusi dua (2) situasi seperti di bawah:-

Situasi 1 - Tiada pengisytiharan dividen di sepanjang tempoh pelaburan

Untuk situasi ini, cara pengiraan pulangan adalah mudah. Contohnya:-

Encik Ahmad melabur RM10,000 di dalam Dana ABC pada 01 Mac 2000 dan pada ketika beliau melabur, Harga Jualan Dana ABC ialah RM1.00. Oleh itu, Encik Ahmad telah mendapat 10,000 unit Dana ABC (RM10,000 pelaburan asal dibahagikan dengan RM1.00 Harga Jualan).

Pada 01 September 2000, Harga Belian Dana ABC ialah RM1.10 dan Harga Jualan pula ialah RM1.15. Oleh itu, pada 01 September 2000, sekiranya Encik Ahmad menjual balik kesemua pelaburannya, beliau akan mendapat RM11,000 (10,000 unit yang dimilikinya didarabkan dengan RM1.10 Harga Belian). Pulangan beliau pula ialah RM1,000 (RM11,000 dari jualan balik ditolak dengan RM10,000 pelaburan asal). Kadar pulangan pelaburan Encik Ahmad di dalam Dana ABC ialah 10% (RM1,000 pulangan dibahagikan dengan RM10,000 pelaburan asal). Namun begitu, kadar pulangan ini adalah untuk tempoh enam (6) bulan dari 01 Mac 2000 hingga 01 September 2000. Kadar pulangan tahunan bagi pelaburan Encik Ahmad ialah 5% (10% kadar pulangan selama enam (6) bulan didarabkan dengan 6 / 12 bulan).

Situasi 2 - Terdapat pengisytiharan dividen di sepanjang tempoh pelaburan

Apabila terdapat pengisytiharan dividen di sepanjang tempoh pelaburan, maka pelarasan perlu dibuat untuk mengira pulangan. Dengan menggunakan contoh di Situasi 1, andaikan bahawa Dana ABC mengisytiharkan dividen bersih sebanyak 10% seunit pada 15 Ogos 2000 manakala harga-harga adalah sama seperti contoh di atas. Dengan pengisytiharan dividen tersebut, Encik Ahmad akan mendapat dividen berjumlah RM1,000 dari pelaburannya (10,000 unit yang dimiliki didarabkan dengan 10%).

Sekiranya Encik Ahmad menjual balik kesemua pelaburannya seperti contoh di Situasi 1, beliau seharusnya mengambil-kira dividen yang telah diisytiharkan untuk mengira pulangan beliau. Oleh itu, pulangan beliau ialah RM2,000 (RM1,000 pulangan dari jualan balik dicampurkan dengan RM1,000 pulangan dari dividen). Kadar pulangannya pula akan berubah menjadi 20% (RM2,000 jumlah pulangan dibahagikan dengan RM10,000 pelaburan asal) manakala kadar pulangan tahunan pula menjadi 10% (20% kadar pulangan selama enam bulan didarabkan dengan 6 / 12 bulan).

Dari contoh di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa jumlah pulangan dan kadar pulangan yang akan diterima oleh pelabur bergantung besar kepada Harga Jualan ketika unit dibeli dan Harga Belian ketika jualan balik dibuat. Contoh di atas menunjukkan pulangan yang akan diterima oleh pelabur di mana harga-harga unit dana saham amanah meningkat dalam tempoh pelaburan. Namun begitu, sekiranya harga-harga dana saham amanah tersebut menurun dalam tempoh pelaburan, pelabur boleh mengalami kerugian dari pelaburan mereka.

PENERANGAN HARGA-HARGA DANA SAHAM AMANAH

Terdapat tiga (3) jenis harga bagi setiap dana saham amanah yang kesemuanya disiarkan di akhbar-akhbar terkemuka. Harga-harga tersebut adalah:-

Nilai Aset Bersih (NAB) Seunit – ianya dikira berdasarkan nilai keseluruhan aset bersih dana tersebut yang dibahagikan dengan keseluruhan unit dalam pusingan dana tersebut pada sesuatu tarikh selepas mengambil kira semua perbelanjaan yang dibenarkan. NAB Seunit adalah harga atau nilai sebenar yang menunjukkan prestasi sesebuah dana amanah saham dan ianya berubah mengikut kedudukan pelaburan yang dibuat oleh dana tersebut. Ianya berubah pada setiap hari urusniaga di Bursa Saham Kuala Lumpur.

Harga Belian (tebusan) – ianya merupakan harga seunit dana yang dibeli balik oleh syarikat pengurus apabila pelabur menjual balik unit yang telah dibeli. Harga ini ditentukan dengan mengambil NAB Seunit dan ditolak caj belian (sekiranya ada). Pelabur boleh membandingkan caj belian yang dikenakan oleh syarikat pengurusan amanah saham dengan melihat perbezaan di antara NAB Seunit dan Harga Belian sesebuah dana. Bagi syarikat pengurusan yang mengenakan caj belian, Harga Belian akan lebih rendah dari NAB Seunit. Namun begitu, kebanyakan syarikat pengurusan amanah saham di Malaysia tidak mengenakan apa-apa caj belian, oleh itu, NAB Seunit dan Harga Belian sentiasa sama. Ini termasuklah ASM Investment Services Berhad.

Harga Jualan - ianya merupakan harga seunit dana yang ditawarkan oleh syarikat pengurusan atau yang dibeli oleh pelabur. Harga ini ditentukan dengan mengambil NAB Seunit dan ditambahkan caj jualan yang tidak melebihi suatu kadar yang ditetapkan oleh syarikat pengurusan amanah saham dan dizahirkan terlebih dahulu di dalam prospektus. Dengan adanya caj jualan ini, Harga Jualan akan sentiasa lebih tinggi dari NAB Seunit. Kadar caj jualan yang dikenakan oleh syarikat pengurusan berbeza bahkan caj jualan di antara sesebuah dana juga berbeza. Pelabur boleh membandingkan caj jualan yang dikenakan dengan melihat perbezaan di antara Harga Jualan dan NAB Seunit.

Apabila sesebuah dana saham amanah mengisytiharkan dividen dan/atau pecahan unit kepada pemegang-pemegang unitnya, satu tanda khas akan diletakkan di sebelah Harga Jualan dana tersebut bagi memaklumkan perihal tersebut kepada umum. Ini adalah penting kerana harga-harga sesebuah dana saham amanah akan diselaraskan kepada dividen dan/atau pecahan unit dan ini akan menyebabkan terdapat perubahan harga yang mungkin agak ketara dari harga pada hari sebelum pengisytiharan dividen dan/atau pecahan unit tersebut.

Sekiranya dana tersebut mengisytiharkan dividen, tanda ‘xd’ akan diletakkan di sebelah Harga Jualan dana tersebut manakala bagi pecahan unit pula, tanda ‘xbi’ akan diletakkan. Lazimnya, tanda-tanda tersebut akan disiarkan selama seminggu bermula dari hari tarikh pengisytiharan dividen dan/atau pecahan unit. Dengan adanya tanda-tanda ini, pelabur akan memahami bahawa perubahan ketara harga-harga dana tersebut adalah berikutan dari dividen dan/atau pecahan unit yang baru diisytiharkan.

JENIS-JENIS DANA SAHAM AMANAH DI MALAYSIA

Seiring dengan perkembangan inovasi di dalam produk kewangan yang diterajui oleh kepesatan teknologi maklumat dan kepelbagaian pelaburan, jenis dana saham amanah di Malaysia juga telah turut dipelbagaikan berbanding dengan dekad 70-an dan 80-an. Pelabur di Malaysia kini mempunyai pilihan untuk memilih jenis dana saham amanah yang bersesuaian dengan objektif pelaburan mereka.

Disini akan menerangkan tentang jenis-jenis dana saham amanah di Malaysia. Bagi memudahkan pelabur membuat rujukan, penerangan berdasarkan kepada jenis dana saham amanah seperti yang diklasifikasikan oleh ‘Lipper Asia Limited’ (Lipper), sebuah syarikat penyelidikan berkecuali mempunyai kepakaran khusus dalam membuat analisa industri pelaburan dana antarabangsa. Syarikat ini bekerjasama dengan Persekutuan Pengurus-Pengurus Unit Amanah Malaysia (FMUTM) untuk mengumpulkan maklumat menyeluruh tentang dana-dana di Malaysia.

Mengikut Lipper, dana saham amanah di Malaysia boleh dibahagikan kepada 10 jenis seperti berikut:-

1. Dana Syariah

Dana Syariah menghadkan pelaburan dana di dalam saham dan instrumen pelaburan yang halal serta berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Bagi memastikan pelaburan dana tidak melanggar prinsip Islam, setiap Dana Syariah di Malaysia dimestikan untuk mempunyai Panel Penasihat Syariah yang terdiri dari sekurang-kurangnya tiga (3) individu yang mempunyai pengetahuan, kepakaran dan pengalaman terutamanya di dalam bidang ‘fiqh muamallah’. Panel Penasihat Syariah ini bertanggungjawab memastikan bahawa pelaburan dana sentiasa halal. Antaranya ialah memastikan bahawa pelaburan dana tidak dibuat di dalam sekuriti syarikat yang mempunyai operasi berteraskan riba (faedah), perjudian, mengeluarkan dan menjual barangan haram serta mempunyai operasi yang melibatkan kegiatan yang mempunyai unsur ‘gharar’ (ketidakpastian) seperti perniagaan insurans konvensional. Kini terdapat 12 Dana Syariah di Malaysia.

2. Dana Pengembangan dan Pendapatan

Terdapat paling banyak dana saham amanah dikategorikan sebagai Dana Pengembangan dan Pendapatan (36 dana sehingga kini). Dana jenis ini melaburkan sebahagian besar modalnya di dalam sekuriti di pasaran saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) manakala sebahagian lagi dilaburkan di dalam instrumen pasaran wang tempatan. Dana jenis ini paling digemari oleh orang ramai kerana pelabur boleh menikmati pulangan dari pelaburan mereka menerusi dua (2) cara iaitu pengembangan modal (hasil dari kenaikan harga unit) dan/atau dividen (jika ada). Prestasi dana ini bergantung sebahagian besar kepada prestasi BSKL kerana kebanyakan pelaburan dibuat ke atas saham-saham di BSKL.

3. Dana Pengembangan

Dana jenis ini juga agak popular di kalangan syarikat pengurusan amanah saham dan pelabur. Terdapat 16 Dana Pengembangan di Malaysia kini. Dari segi pelaburan dana, ianya serupa dengan Dana Pengembangan dan Pendapatan. Perbezaannya hanyalah dari segi pulangan di mana Dana Pengembangan lebih mengutamakan pengembangan modal dari pembayaran dividen. Pelabur yang melabur di dalam dana ini boleh mengharapkan pulangan yang lebih menarik dari segi pengembangan modal terutama apabila pasaran saham meningkat tetapi pulangan dari dividen adalah lebih terhad.

4. Dana Pasaran Wang

Dana jenis ini menghadkan pelaburannya di dalam instrumen pasaran wang yang dibenarkan sahaja dan tidak membuat pelaburan di dalam sekuriti/ekuiti di bursa saham seperti kebanyakan dana saham amanah yang lain. Dana jenis ini mempunyai risiko paling rendah jika dibandingkan dengan dana saham amanah lain yang membuat pelaburan di pasaran saham. Namun begitu, pulangan dari dana jenis ini juga adalah rendah kerana lazimnya pelaburan di dalam instrumen pasaran wang memberikan pulangan yang lebih rendah jika dibandingkan dengan pelaburan di bursa saham. Dana jenis ini kurang popular dan hanya terdapat dua (2) Dana Pasaran Wang sahaja di Malaysia.

5. Dana Seimbang

Dana saham amanah jenis ini adalah gandingan di antara Dana Pengembangan dan Pendapatan dengan Dana Pasaran Wang. Ia secara amnya melabur sebahagian daripada modal di pasaran saham manakala sebahagian lagi dilaburkan di dalam instrumen pasaran wang. Di antara kelebihan Dana Seimbang ialah ianya berupaya memberi pulangan yang lebih tinggi daripada Dana Pasaran Wang manakala risikonya pula adalah lebih rendah dari Dana Pengembangan dan Pendapatan. Pemegang unit dana jenis ini boleh mengharapkan pulangan yang terletak di antara pulangan instrumen pasaran wang dan pulangan di bursa saham. Terdapat lima (5) Dana Seimbang dalam industri saham amanah di Malaysia.

6. Dana Pendapatan Seimbang

Dana jenis ini adalah hampir serupa dengan Dana Seimbang dari segi pelaburan yang dibuat. Apa yang membezakannya ialah hampir keseluruhan pendapatan yang diperolehi oleh dana jenis ini dalam sesuatu tahun kewangan akan dibayar kepada pemegang unit dalam bentuk dividen. Oleh itu, secara amnya dana jenis ini memberikan pulangan pengembangan modal yang lebih rendah tetapi pulangan dari dividen mungkin lebih menarik jika dibandingkan dengan Dana Seimbang. Di Malaysia kini terdapat enam (6) Dana Pendapatan Seimbang yang ditawarkan kepada para pelabur.

7. Dana Bon

Dana Bon pula menghadkan pelaburannya di dalam bon dan Sekuriti Hutang Persendirian (Private Debt Securities) atau lain-lain produk kewangan yang menyerupai bon dan tidak membuat pelaburan di dalam sekuriti/ekuiti di bursa saham seperti kebanyakan dana saham amanah yang lain. Dari segi profil risiko dan pulangan pula, ianya mirip kepada Dana Pasaran Wang di mana risiko dan pulangannya lebih rendah dari dana saham amanah yang melabur di bursa saham. Terdapat enam (6) Dana Bon di Malaysia kini.

8. Dana Indeks Ekuiti

Dana jenis ini juga dikenali sebagai dana pasif di mana portfolio dana dirangka supaya prestasi dana tersebut seiring dan mencerminkan prestasi sesuatu indeks di BSKL. Sebagai contoh, terdapat beberapa dana saham amanah yang objektifnya adalah untuk mengikut prestasi Indeks Komposit BSKL. Dana jenis ini akan membuat pelaburan di beberapa saham (kaunter) yang terdapat di dalam sesuatu indeks. Terdapat lima (5) dana jenis ini yang ditawarkan oleh syarikat pengurusan amanah saham kini.

9. Dana Syarikat Kecil Berkembang

Dana jenis ini akan mendefinasikan dan mengambil-kira saiz syarikat di mana modal dana tersebut boleh dilaburkan. Sebagai contohnya, terdapat dana yang menghadkan pelaburan di dalam sekuriti syarikat yang mempunyai Permodalan Pasaran (Market Capitalization) tidak lebih dari RM750 juta. Dana jenis ini lazimnya berisiko lebih tinggi jika dibandingkan dengan dana saham amanah yang lain kerana dana ini melabur di dalam sekuriti/ekuiti syarikat kecil yang sedang berkembang dan selalunya belum begitu stabil jika dibandingkan dengan syarikat besar. Terdapat enam (6) dana jenis ini di Malaysia kini.

10. Dana Negeri

Dana Negeri adalah dana saham amanah yang diuruskan oleh institusi yang dimiliki oleh kerajaan negeri. Sesetengah dana mengenakan syarat ke atas pelabur yang layak melabur di dalam dana tersebut. Sebagai contohnya, terdapat Dana Negeri yang menghadkan hanya pelabur bertaraf Bumiputera sahaja yang layak melabur. Terdapat tujuh (7) dana negeri di Malaysia kini di mana lima (5) darinya adalah Dana Ekuiti Konvensional dan dua (2) darinya adalah Dana Ekuiti Syariah.

Pada minggu hadapan, kita akan membincangkan bagaimanakah caranya untuk memilih jenis dana saham amanah yang sesuai untuk beberapa golongan pelabur selaras dengan objektif pelaburan mereka.

Rahsia Bulan Kelahiran....Untuk Muasabah Diri Sebelum Melangkah Ke Tahun 1430Hijrah

(BERDASARKAN KAJIAN 25 TAHUN DATO FADZILLAH KAMSAH)

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius
suka mendidik dan dididik
sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka
mengkritik
rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan
suka smart, kemas dan teratur
bersifat sensitif , berfikiran mendalam
pandai mengambil hati org lain
pendiam kecuali telah dirangsang
agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi
mudah mendisiplinkan diri sendiri
badannya sihat tetapi mudah diserang selsema
bersikap romantik tetapi tidak pandai
mempamirkannya
cukup sayang pd kanak-kanak
suka duduk rumah
setia pada segala-galanya
perlu belajar kemahiran sosial
cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak
sukakan benda yang reality dan abstrak
inteligent, bijak dan genius
berpesonality yg mudah berubah
mudah menawan org lain
agak pendiam.
Pemalu dan rendah diri
jujur dan setia pd segalanya
keras hati untuk mencapai matlamat
tidak suka dikongkong
mudah memberontak apabila dikongkong
suka kegiatan yg lasak
emosinya mudah terluka dan sgt sensitif
mudah mempamirkan marahnya
tidak suka benda yg remeh-temeh
suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
sangat berani dan suka memberontak
bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan dan
ada harapan utk merealisasikan impiannya
pemerhatian yg tajam
suka hiburan dan sukan
suka benda yg bersifat seni
sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada
luaran
berkecenderungan pd benda yg tahyul
amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan
mudah didampingi
sgt pemalu dan pemendam rasa
sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan
mudah simpati
sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam
persekitaran
suka pada kedamaian
sgt peka kepada orang lain
sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org
lain
tidak cepat marah dan sangat amanah
tahu balas budi dan tahu kenang budi
pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam
kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal
suka berangan-angan
suka melancong
sgt manja dan suka diberi yg sangat
tinggi
kelam kabut dalam memilih pasangan
suka dgn hiasan rumahtangga
punya bakat seni dalam bidang muzik
kecenderungan kepada benda yang istimewa dan
baik
jgn terlalu moody.

APRIL
sgt aktif dan dinamik
cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat
menyesal
sgt menarik dan pandai manjakan diri
punya daya mental yg sangat kuat
suka diberi
sgt diplomatik (pandai memujuk )
pandai berkawan dan pandai menyelesaikan masalah
org
sgt berani dan tiada perasaan takut
suka adventure, pengasih, penyayang, sopan
santun dan pemurah
emosi cepat terusik
try control the emotion
kecenderungan bersifat dendam
agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
kuat daya ingatan
gerak hati yg sangat kuat
pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan
org lain
berpenyakit disekitar kepala dan dada
sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
keras hati & degil
kuat semangat & bermotivasi tinggi
pemikiran yg tajam
mudah marah apabila tidak dikawal
pandai menarik hati org lain & menarik
perasaan yg amat mendalam
cantik dr segi mental & fizikal
tidak perlu dimotivasikan
tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh
org lain
mudah dipujuk
bersikap sistematik (otak kiri)
suka berangan
kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di
hati org lain tanpa diberitahu
bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit
daya khayalan yg tinggi
permikiran yg tajam
pandai berdebat
fizikal yg baik
kelemahan sistem pernafasan
suka sastera,seni & muzik serta melancong
tidak berapa suka duduk dirumah
tidak boleh duduk diam
tidak punya ramai anak
rajin dan bersemangat tinggi
agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan
mudah ditawan krn sikap baik
berperangai yg lemah lembut
mudah berubah sikap,perangai, idea, mood
idea yg terlalu banyak dikepala
bersikap sensitif
otaknya aktif (sentiasa berfikir)
sukar melakukan sesuatu dgn segera
bersikap suka menangguh-nangguh
bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik
cepat marah &cepat sejuk
suka bercakap & berdebat
suka buat lawak & bergurau
otaknya cerdas berangan-angan
mudah berkawan & pandai berkawan
orangnya sangat tertib
pandai mempamerkan sikap
mudah kecil hati
mudah kena selsema
suka berkemas
cepat rasa bosan
sikap terlalu memilih & cerewet
kurang mempamerkan perasaan
lambat nak sembuh apabila terluka hati
suka kepada barang yang berjenama
mudah menjadi eksekutif
kedegilan yg tidak terkawal
bersikap 'sesiapa yg memuji saya adalah musuh
saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan'

JULAI
Sangat seronok didampingi
Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya
lelaki
Agak pendiam kecuali diransang
Ada harga dan maruah diri
Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah
apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus
Sangat menjaga hati orang lain
Sangat peramah
Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya
Berjiwa sentimental
jarang berdendam
mudah memaafkan tapi sukar melupakan
tidak suka benda remeh-temeh
membimbing cara fizikal dan mental
sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang
layanan yg serupa dgn semua orang
tinggi daya simpati
pemerhatian yg tajam
suka menilai org lain dgn pemerhatian
mudah dan rajin belajar
suka muhasabah diri
suka megenangkan peristiwa atau kawam lama
suka mendiamkan diri
suka duduk dirumah
suka tunggu kawan tapi tak cari kawan
tak agresif kecuali terpaksa
lemah dari segi kesihatan perut
mudah gemuk kalau tak kawal diet
minta disayangi
mudah terluka hati tapi lambat pulih
terlalu mengambil berat
rajin dalam membuat kerja

OGOS
suka melawak
mudah tertawan kepadanya
sopan santun dan caring terhadap org lain
berani dan tidak tahu takut
orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan
pandai pujuk org lain
terlalu pemurah & bersikap ego
nilai harga diri yg sangat tinggi
dahagakan pujian
semangat juang yg luar biasa
cepat marah & mudah mengamuk
mudah marah apabila cakapnya dilawan
sangat cemburu
daya pemerhatian yg tajam & teliti
cepat berfikir
fikiran yg berdikari
suka memimpin & dipimpin
sifat suka berangan
berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat
sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk
cepat apabila ditimpa penyakit
belajar utk relax
sikap kelam kabut
romantik ,pengasih,penyayang
suka mencari kawan

SEPTEMBER
sangat bersopan santun & bertolak ansur
sangat cermat,teliti & teratur
suka menegur kesilapan org lain & mengkritik
pendiam tapi pandai bercakap
sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati
sangat prihatin & terperinci,amanah, setia &
jujur
kerja yg dilakukan sangat sempurna
sangat sensitif yg tidak diketahui
org yg banyak berfikir
daya pentaakulan yg baik
otak bijak & mudah belajar
suka mencari maklumat
kawal diri dari terlalu mengkritik
pandai mendorong diri sendiri
mudah memahami org lain (daya firasat yg tinggi)
krn banyak simpan rahsia
suka sukan,hiburan & melancong
kurang menunjukan perasaannya
terluka hatinya sangat lama disimpan
terlalu memilih pasangan
sukakan benda yg luas
bersistematik

OKTOBER
suka sembang
suka org yg sayang padanya
suka ambil jln tengah
sangat menawan & sopan santun
kecantikan luar & dalam
tidak pandai berbohong & berpura-pura
mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan
sentiasa berkawan
hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama
cepat marah
macam pentingkan diri sendiri
tidak menolong org kecuali diminta
suka melihat dari perspektifnya sendiri
tidak suka terima pandangan orglain
emosi yg mudah terusik
suka berangan & pandai bercakap
emosi yg kelam kabut
daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan)
suka melancong,bidang sastera & seni
pengasih ,penyayang & lemah lembut
romantik dlm percintaan
mudah terusik hati & cemburu
ambil berat tentang org lain
suka kegiatan luar
org yg adil
boros & mudah dipengaruhi oleh persekitaran
mudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara
sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya
berfikiran kehadapan
berfikiran unik dan bijak
penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa
pemikiran yg tajam
daya firasat yg sgt halus dan tinggi
bagus utk jadi doktor
cermat dan teliti
personality dinamik
sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari
rahsia
banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra
berani, pemurah setia dan byk kesabaran
terlalu degil dan keras hati apabila hendak,
akan diusahakan sehingga berjaya
tak suka marah kecuali digugat
mudah ambil berat terhadap orang lain
pandai muhasabah diri
cara berfikir lain dari org lain
otak yg sangat tajam
pandai mendorong diri sendiri
tidak hargai pujian
kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya
badan yg tough
kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam
romantik
tidak pasti dgn hun kasih sayang
suka duduk dirumah
sangat rajin dan berkemampuan tinggi
amanah, jujur setia dan pandai berahsia
tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi
bercita-cita tinggi
perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah
Bersifat patriotik
Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan
Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa
Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi
Seronok didampingi
Suka bercampur dgn org
Suka dipuji, diberi dan suka dibelai
Sangat jujur amanah dan bertolak ansur
Tidak pandai berpura-pura
Cepat marah
Perangai yg berubah-ubah
Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi
Benci pada kongkongan
Suka berlawak
Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

December 25, 2008

Tahap Kesedaran Penduduk Malaysia Terhadap Unit Amanah Masih Rendah

Tahukah anda, hanya 14% daripada penduduk Malaysia yang mempunyai UNIT AMANAH (TRUST FUND)? Walaupun UNIT AMANAH telah lama beroperasi di Malaysia, namun tahap kesedaran masyarakat dan penduduk2 di Malaysia untuk menyimpan sambil melabur masih lagi di tahap yang paling bawah di antara negara2 lain di dunia seperti US, JEPUN, INDIA dan lain-lain lagi..

Kelebihan UNIT AMANAH:

1. Boleh dikembangkan atau dibiakkan

2. Untuk mengatasi kadar inflasi

3. Mengikut strategi 'buy low sell high', 'switching' & 'DCA'

4. Mengikut kehendak syariah (Islamic Fund)

5. Boleh dizakatkan dan diwariskan

Mengapa anda patut memilih UNIT AMANAH (TRUST FUND)?

1. Akaun Simpanan,Simpanan Tetap, Tabung Haji dam KWSP memberikan pulangan yang rendah pada anda?

VS.

2. UNIT AMANAH pula mempunyai pulangan yang diuruskan..

PERBEZAAN PULANGAN SIMPANAN PELABURAN
YANG TERDAPAT DI MALAYSIA..

AKAUN SIMPANAN = 1% - 2%

SIMPANAN TETAP = 3% - 4%

TABUNG HAJI = 4% - 5%

KWSP = 5% - 6%

ASB/ASN = 7% - 8%

UNIT AMANAH = 10% - 15%
Nabi Muhammad (saw) sebagai usahawan muda beriman

Pasti anda tahu bahawa Rasulullah saw adalah seorang usahawan. Tahukah anda baginda sudah bermula sejak berumur 12 tahun?

Di bawah jagaan Abu Talib as, Rasulullah saw telah mula mengikut Abdul Talib as berniaga sehingga ke Syria. Abdul Talib adalah mentor perniagaan kepada Rasulullah ketika muda. Ketika itu baginda dikenali sebagai “Al Ameen”, seorang yang jujur, boleh diharap dan dipercayai.

Oleh kerana kehebatan Rasulullah saw dalam perniagaan, baginda berjumpa dengan isterinya, Siti Khadijah (yang juga seorang usahawan unggul!) ketika berumur 25 tahun.

Apa yang diniagakan oleh baginda? Ianya termasuk, herba, kain, wangian, kismis, kurma, dan juga barangan mewah untuk dijual kepada mereka yang berada. Ada satu ketika, di waktu berniaga, Rasulullah telah memperolehi keuntungan lebih dari usahawan-usahawan lain dalam rombongan yang sama- ini menunjukkan kehebatan baginda dalam berniaga!

Beberapa hari lagi tahun baru iaitu 1 Muharram 1430H akan menjelang tiba bersamaan 29 Disember, 2008. Banyak perkara sepanjang tahun 2008 yang perlu dimuasabah untuk lebih berjaya pada tahun 1430H.

Semoga boleh menjadi inspirasi kepada kita semua dalam memulakan perniagaan dan menjalankan perniagaan dengan sempurna. Jadilah seorang usahawan Al-Ameen!

December 24, 2008

"Melabur Apabila Orang Lain Berasa Takut"

Pelabur terkenal Warren Buffet, dalam artikelnya baru - baru ini yang bertajuk "Buy America, I Am" yang diterbitkan pada 16 Oktober 2008 dalam New York Time, mengatakan yang berikut ketika menerangkan mengapa beliau mula melabur dengan banyak dalam saham ketika pasaran merosot baru-baru ini:

Saya membeli saham mengikut satu peraturan mudah: Rasa takut apabila orang lain bersikap tamak , bersikap tamak apabila orang lain berasa takut.

"Saya tidak dapat meramalkan pergerakan pasaran saham dalam jangka pendek. Saya tidak tahu sama ada harga-harga saham akan naik atau turun dalam masa satu bulan atau satu tahun. Walau bagaimanapun, pasaran mungkin akan naik, barangkali dengan banyaknya, sebelum sentimen atau ekonomi bertambah baik. Jika anda menunggu burung robin untuk menandakan kedatangan musim bunga, ia akan berlalu begitu sahaja.

"Kini mereka yang memegang wang tunai atau barangan bernilai setara tunai akan merasa senang hati. Mereka tidak sepatutnya berfikiran begitu. Mereka telah memilih satu aset jangka panjang yang teruk, yang tidak membawa apa-apa pulangan. Malah ia pasti akan susut nilai. Sememangnya, polisi-polisi kerajaan untuk mengurangkan krisis sekarang mungkin akan membawa inflasi dan mempercepatkan penyusutan nilai sebenar akaun-akaun tunai".
"Ketahui Rahsia Mengaut Keuntungan Berpuluh-Puluh Ringgit Malah Beratus-Ratus Ringgit sehari Dengan Pasaran Saham"


Kepada Bakal Pelabur,


Sama ada anda sedar ataupun tidak, ramai yang masih tercari-cari bagaimana cara atau kaedah bagi menambah sumber kewangan yang tidak mencukupi. Sebenarnya, ada terlalu banyak cara untuk membuat duit samada menjual produk secara langsung atau secara online. Ada sesetengah orang jual barang fizikal di website eBay, lelong dan sebagainya. Ada sesetengah orang buat website sendiri untuk jual barang. Dan ada yang buat duit dengan Forex secara online. Itu mungkin anda sudah biasa terdengar atau terbaca.


TETAPI TAHUKAH ANDA BAGAIMANA MENGAUT
KEUNTUNGAN DARI PASARAN SAHAM?

Mengapa melabur dalam pasaran saham? Jawapan mudah ialah untuk memperoleh lebih banyak wang, iaitu untuk menjadikan wang simpanan mereka bertambah nilai. Jadi, pelabur iaitu anda mesti memahami dengan jelas mengenai proses pelaburan, asas dalam membuat keputusan pelaburan dan juga teknik asas dalam menganalisis pelaburan.

Proses membuat keputusan pelaburan termasuklah mengambil kira ciri asas dalam keputusan pelaburan. Bagaimana pelabur memutuskan sama ada hendak melabur atau tidak dalam sesuatu saham tertentu? Secara purata, saham menghasilkan pulangan lebih tinggi berbanding simpanan tetap atau bon. Tetapi, adakah pelabur perlu melaburkan semua wang mereka dalam saham untuk mendapatkan pulangan yang tinggi?

Jawapannya terletak pada hakikat bahawa, untuk mendapat pulangan tinggi, pelabur mesti menanggung tahap risiko yang tinggi. Oleh itu, asas bagi semua keputusan pelaburan ialah pengimbangan antara risiko dan pulangan – lebih tinggi risiko, lebih tinggi pulangan.

ADA YANG BERANGGAPAN BAHAWA PELABURAN
SAHAM HANYA UNTUK ORANG KAYA !!


Tanggapan ini tidak tepat kerana sesiapa sahaja yang mempunyai pengetahuan pelaburan yang baik dan sedikit wang simpanan boleh melabur dalam pasaran saham. Pelabur berjaya bukan mereka yang semestinya kaya tetapi mereka yang menggunakan maklumat dengan berkesan untuk membuat keputusan berdasarkan fakta. Anda jangan terkejut, pembantu rendah di tempat saya kerja pun pandai main saham. Tetapi bos saya sendiri tak pandai nak main saham.

Ada juga rakan saya yang sering bertanya kepada saya: "Mengapa perlu saya belajar cara untuk melabur dalam saham sedangkan saya tidak cukup duit bagi membeli sebarang saham ketika ini?" Jawapan saya kepada mereka amat mudah, iaitu: "Anda mungkin tidak mempunyai duit yang cukup pada masa ini tetapi pada masa akan datang, anda boleh mengumpulkan wang yang secukupnya dalam tabungan atau simpanan untuk pelaburan tersebut.

Sebenarnya dengan nilai RM 200 pun sudah cukup untuk anda melabur dalam saham tetapi Bukankah lebih baik anda bersedia dahulu secara mental sebelum bersedia secara kewangan.
Warren Buffett, Pelabur Terkaya Didunia pernah berkata “Anda Perlu Belajar Untuk Menjadi Seorang Pelabur Jika Anda Ingin Menjadi Seorang Kaya’.

MUSTAHIL MELABUR KALAU TIADA“MAKLUMAT PANAS”

Walaupun tanpa “maklumat panas” pelabur masih boleh membuat keputusan pelaburan yang baik jika mereka melakukan penyelidikan sendiri. Pelabur mesti memahami dengan jelas mengenai pelaburan mereka dan tidak bergantung hanya kepada maklumat panas.

Sekiranya pelabur tidak mempunyai pengetahuan atau mempunyai hanya sedikit pengetahuan mengenai pelaburan, lebih baik jika mendapatkan khidmat nasihat penasihat pelabur.

Pasaran Saham adalah tempat merbahaya untuk melaburkan wang anda atau ianya adalah mustahil untuk mendapat keuntungan di dalam pasaran saham !!

Sebenarnya, jika anda anggap pasaran saham ini bahaya sudah tentu tidak ada kedengaran berita-berita mengenai saham terpampang di televisyen dan ruangan akhbar. Turun naik pasaran saham memang sudah lumrah.

Sebenarnya ramai yang buat duit apabila harga saham sedang menurun disebabkan sesuatu krisis berlaku. Kalau anda ingin tahu, ramai yang di luar sana sedang menunggu harga saham jatuh kerana mereka dapat membeli saham dengan harga yang rendah dan menjualnya kembali apabila harga tinggi.

Rahsia untuk membuat keuntungan seperti ini bermula dengan membentuk satu asas kukuh mengenai berjenis-jenis strategi untuk pelaburan di pasaran saham yang sesuai dengan Profil Pelaburan anda. Sesekali apabila peluang muncul untuk melakukan pelaburan yang "pasti menang", anda mesti berani dan bersedia untuk keluar daripada zon selesa anda dan belajar berani mengambil risiko.

Seperti anda membantu kenderaan di jalanraya. Anda sendiri tahu risiko kemalangan akan berlaku bil- bila masa sahaja sekiranya tidak mematuhi undang- undang jalanraya. Begitulah juga dalam pelaburan saham, sekiranya anda tahu cara dan kaedah mengurang risiko, anda sudah tentu mendapat keuntungan yang diharapkan.
Kelembaban Ekonomi bukan Kegawatan Ekonomi, Peluang Terbaik Anda. Mengapa ?

1) Harga saham rendah. Kalau dulu 0.25 sen seunit, sekarang kurang mungkin 0.17 sen seunit sahaja.

2) Percayalah selepas ini ekonomi akan bertambah baik. Sudah tentu harga saham yang anda beli juga akan meningkat.

3) Unit Trust merupakan pakej pelaburan Jangka Sederhana dan Jangka Panjang iaitu 3-5 tahun. Tak timbul soal kelembaban ekonomi kerana ia hanya berlaku sementara iaitu hanya 1-2 tahun. Bahkan pelaburan Unit Trust tiada masa maksimum. Bergantung kepada tujuan pelabur sama ada untuk Pencen (Retirement planning) atau Pendidikan Anak (Education Planning)

4) Syarikat unit amanah kami telah lebih 18 tahun di Malaysia. Sudah beberapa kali melalui pelbagai kemelut kewangan, tetapi masih mampu menangani isu seumpama itu dan memberikan pulangan baik kepada pelabur antaranya pada tahun 1987 dan 1997. Bahkan mereka yang melabur pada tahun tersebut mendapat keuntungan yang lumayan.

5) Dana yang dilaburkan di dalam syarikat ini diuruskan oleh Pengurus dana ” Fund Manager” yang profesional. Mereka tahu di mana tempat yang paling sesuai untuk dilaburkan.

6) Kepada mereka yang telah melabur, jangan panik. Labur ikut kaedah ” Dollar Cost Averaging” ( Pemurataan Kos Dolar ). Pelaburan anda ini bukanlah pelaburan secara langsung Di Bursa Saham.

7) Apapun sebelum melabur, pastikan anda mendapat nasihat dari Perunding Unit Trust yang profesional dan bertanggungjawab.

Sila hubungi saya untuk keterangan lanjut ditalian 012-6120874
Kerjaya sebagai perunding Unit Amanah

UNIT AMANAH SEBAGAI SUATU KERJAYA YANG HALAL DI SISI AGAMA DAN UNDANG-UNDANG

Anda akan dilatih untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dengan latihan yang sistematik dan mudah.

Peluang kerjaya sebagai Perunding Unit Amanah sangat menarik dan kompetitif serta mampu memberikan peluang pendapatan berterusan yang sangat mengalakkan di samping kebebasan masa.

Sebagai Perunding Unit Amanah anda mempunyai pasaran yang sangat luas di mana wang simpanan EPF berjumlah RM200 bilion boleh dilaburkan di dalam skim ini. Umat Islam juga masih baru dalam industri ini. Pasaran di kalangan orang melayu sendiri sangat luas dan masih belum diterokai sepenuhnya.

Anda adalah layak menjadi Perunding Unit Amanah dengan hanya perlu memiliki sijil SPM dan menduduki peperiksaan (CUTE) yang mudah sahaja.

=== Adakah ini sebahagian impian anda ? ====

1) Ingin mendapat pendapatan yang TIADA LIMIT

2) Ingin bekerja bebas (Independent), tiada boss. ANDA ADALAH BOSS DIRIANDA SENDIRI.

3) Ingin bekerja mengikut MASA ANDA SENDIRI

4) Ingin bekerja secara FULL TIME atau PART TIME. Pilih sendiri

5) Ingin berniaga sendiri tetapi TIADA MODAL.

6) Ingin tinggal di kampung sendiri tidak mahu berpindah

PALING PENTING IANYA BERLANDASKAN SYARIAH DAN TERTAKLUK DI BAWAH AKTA SURUHANJAYA SEKURITI SEKSYEN 18 UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Langkah-langkah menjadi agent unit trust ialah :

1. Isi borang yang akan diberikan oleh saya kepada anda

2. Sediakan dokumen yang berikut:
a) 2 salinan IC;
b) 1 salinan sijil minimum SPM;
c) 1 salinan buku akaun CIMB@Konventional Account (muka kedua tercatat nama dan nombor akaun);
d) 4 keping gambar berukuran paspot; dan
e) Yuran RM288.

3. Kembalikan borang yang telah dilengkapkan kepada kami;

4.Bersedia dan ambil peperiksaan CUTE;

5. Jika LULUS anda akan diberikan Agent code oleh FMUTM; dan andasudah layak menjadi Perunding Unit Trust.

Oleh yang demikian, jika anda tercari-cari peluang untuk menjadi usahawan Unit Trust hantar maklumat diri anda ke:-

email : ibrahim.elitegroup@gmail.com call/sms: 012-6120874/03-60572385

Certificate of Achievement

Lawrence Walter Award For eXtraOrdinary Performance by
Dr. Lawrence Walter Ng



Certificate of Achievement for Master Sales Leadership by
Dr. Lawrence Walter Ng


Penstrukturan semula pelaburan ahli (EPF)

Merujuk kepada KWSP, bermula pada Februari 2008 , new regulation dan calculation akan dilakukan pada akaun 1 pencarum bagi memberi peluang pencarum membuat pelaburan di usia muda dan sekaligus dapat menambah jumlah tabungan akaun 1 masing masing selepas persaraan nanti seperti berikut.

25-29 tahun ; simpanan asas rm9,000
30-34 tahun ; simpanan asas rm18,0000
35-39 tahun ; simpanan asas rm29,000
40-44 tahun ; simpanan asas rm44,000
45-49 tahun ; simpanan asas rm64,000
50-54 tahun ; simpanan asas rm90,000
55 tahun ; simpanan asas rm120,000

CARA PENGIRAAN:

Katakan anda berumur 27 tahun…maka simpanan asas akaun 1 anda mestilah rm9,000. Selepas merujuk kepada penyata KWSP baki akaun 1 adalah rm17,000.

=>Jumlah yang anda layak melabur adalah:

rm17,000 - rm9,000 = rm8,000. Jadi ambil 20% daripada rm8,000 ialah rm1,600. Jadi untuk pelaburan pertama, anda layak melabur sebanyak rm1,600.

* Skim EPF, anda boleh membuat pelaburan setiap 3 bulan sekali.
Jadilah pelabur yg bijak.

Pelaburan UNIT AMANAH (Unit Trust) adalah suatu pengalaman yang menarik. Walau bagaimana pun, sebagai seorang pelabur kita hendaklah menjadi seorang pelabur yang bijak.

Sila pastikan kita membaca PROSPECTUS sebelum membuat sebarang keputusan untuk melabur dimana-mana platform sekalipun.

######PELABUR BIJAK,MANAFAATNYA BANYAK######

Cara untuk melabur didalam Unit Amanah.

Terdapat dua kaedah untuk anda memulakan pelaburan/perancangan kewangan anda melalui Unit Amanah

i. Melalui Kaedah tunai.

Jumlah minima yang diperlukan untuk membuka akaun adalah RM500. Jumlah pelaburan adalah tidak terhad.- Setelah mempunyai akaun, anda boleh meneruskannya dengan membuatsimpanan bulanan (min ialah RM200)

ii. Melalui pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP

Pengeluaran ini membenarkan ahli KWSP yang mempunyai simpanan melebihiRM5,000 dari jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1 melaburkan sebahagiandaripada jumlah simpanan tersebut melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang diluluskan oleh Kementerian Kewangan.

Jumlah simpanan yang boleh dilaburkan mestilah tidak kurang daripada RM1,000.00 dan tidak melebihi 20 % dari jumlah simpanan yang melebihi jumlah Simpanan Asas di dalam Akaun 1.
Pelaburan boleh dibuat setiap 3 bulan sekali.Umur pelabur mestilah kurang dari 55 tahun.

Syarat-syarat am prosedur di bawah Pengeluaran Pelaburan Ahli yang lain masih kekal dan tidak berubah.

Unit Amanah: Apa Pilihan Anda?

UNIT AMANAH: Apa Pilihan Anda?

Pelaburan didalam Unit Amanah (Unit Trust) adalah suatu bentuk pelaburan jangkamasa sederhana/panjang yang berstruktur.Ianya tidak akan terlepas dari risiko semasa bagi setiap jenis pelaburan, risiko turun naiknya harga semasa pasaran.

Tindakan yang kita lakukan iuntuk mengimbangi risiko semasa mungkin akan memberikan kesan terhadap keuntungan dan kerugian semasa melabur di dalam Unit Amanah.

Terdapat 3 kategori pelabur tersebut ialah :-

1. Pelabur kurang bijak : Biasanya pelabur ini akan panik melihat kejatuhan harga unit yang berlarutan selama beberapa hari. Malah, mereka akan bertambah risau dan takut mengalami kerugian yang besar apabila harga unit tersebut melepasi harga sewaktu mereka mula-mula membeli Unit Amanah tersebut.

Tindakan yang akan mereka lakukan ialah dengan menjual semua unit tersebut kerana menganggap Unit Amanah itu tidak menguntungkan dan pasaran yang tidak stabil. Oleh kerana mereka menjual semua unit tersebut, sudah tentu mereka mengalami kerugian.

Contohnya :-
Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2327. Jumlah unit 40,000 unit.
Kos : RM0.2500 x 40,000 = RM10,000Jual : RM0.2327 x 40,000 = RM9,308Rugi : RM10,000 - RM9,308 = (RM692)


2. Pelabur bijak : Biasanya pelabur ini akan membiarkan pelaburan mereka dengan mengharapkan harga unit akan naik semula. Ini kerana pelaburan mereka adalah berjangka panjang (lebih dari 3 tahun).

Apabila harga naik semula pada aras yang lebih tinggi, mereka menjual semula unit tersebut untuk mendapatkan keuntungan walaupun ianya sedikit.

Contohnya :-
Harga semasa beli RM0.2500 dan jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit,
Kos : RM0.2500 x 40,000 unit = RM10,000Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220Untung kasar : RM11,220 - RM10,000 = RM1,220 (12.2%)


3. Pelabur paling bijak : Pelabur ini biasanya akan mengambil kesempatan atas kejatuhan harga unit untuk menambah jumlah unit yang sedia ada. Ini bertujuan untuk merendahkan nilai kos seunit pada harga asal seterusnya memaksimumkan keuntungan di penghujung pelaburan.

Ini adalah konsep asas yang diamalkan oleh pelabur paling bijak iaitu “beli semasa harga rendah dan jual pada harga tinggi”.

Contohnya :-
Harga semasa beli RM0.2500 sebanyak 20,000 unit dan beli lagi pada harga RM0.2200 sebanyak 20,000 unit. Jual pada harga RM0.2805. Jumlah unit 40,000 unit.
Kos (1) : RM0.2500 X 20,000 unit = RM5,000Kos (2) : RM0.2200 x 20,000 unit = RM4,400Jumlah kos : RM9,400, harga purata seunit = RM0.2350Jual : RM0.2805 x 40,000 unit = RM11,220Untung : RM11,200 - RM9,400 = RM1,820 (18.2%)

Pilihan adalah ditangan ANDA !!!!!

Nota: Untuk memudahkan penjelasan, sila hubungi saya untuk keterangan lanjut....

Pelaburan Ahli KWSP & Tip Untuk Tingkatkan Pulangan Pelaburan

Pengeluaran Pelaburan Ahli KWSP Catat Peningkatan Ketara

‘Bukan Hanya Simpanan’ Bolehkan Lebih Ramai Ahli Buat Pengeluaran
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan peningkatan ketara dalam bilangan Pengeluaran Pelaburan Ahli pada suku tahun ketiga 2008 (S3 2008) berikutan bertambahnya bilangan ahli yang layak di bawah pengeluaran ini.

Pada S3 2008, sebanyak 107,564 (S2 2008: 122,887) permohonan telah diluluskan untuk pengeluaran ini, meningkat 42.9 peratus berbanding 75,239 permohonan pada tempoh yang sama tahun lepas (S3 2007).

“Menerusi pelaksanaan Simpanan Asas di bawah inisiatif strategik ‘Bukan Hanya Simpanan’, kini lebih ramai ahli terutamanya yang masih muda layak memohon Pengeluaran Pelaburan Ahli,” kata Datuk Azlan Zainol, Ketua Pegawai Eksekutif KWSP ketika mengulas prestasi S3 2008 yang belum diaudit.

Tips untuk tingkatkan potensi pulangan pelaburan.

Potensi pulangan pelaburan kita dapat ditingkatkan dengan mempraktikkan strategi pemurataan Nilai Kos Ringgit (Dollar cost Averaging). Kaedah ini (DCA) dapat menyelesaikan masalah dalam menentukan masa yang tepat untuk membuat pelaburan dengan mengambil kira risiko keadaan semasa pasaran.

Kita boleh membuat pelaburan dalam jumlah yang tetap setiap bulan atau melabur secara berkala dan berterusan. Dalam tempoh jangkamasa panjang,kita berpotensi mendapat manafaat daripada pengurangan kos belian keseluruhan pelaburan serta berpeluang meningkatkan potensi pulangan pelaburan. Ingat bahawa tujuan pelaburan didalam unit amanah adalah untuk jangkamasa sederhana/Panjang.

Amalan ini (DCA) digunapakai oleh kebanyakkan pemegang unit amanah dalam meminimakan risiko berkaitan pelabuan yang besar pada sesuatu masa.

December 23, 2008

Senarai Perunding Unit Amanah di Elite Group Consultant, Batang Kali Branch

Salam,
Kepada pembaca budiman, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan perlaburan unit amanah,insuran, wasiat & kad kredit, tuan/puan boleh menghubungi perunding-perunding di Elite Group Consultant, Batang Kali Branch seperti dibawah:

(1) En. Ashri-0193401556-Senior Consultant;

(2) En. Wan Bazlan Farid-0123158167-Consultant;

(3) Pn. Nor Azlin-0193372607-Consultant;

(4) Cik. Faza Sha-0193982285-Senior Consultant;

(5) Pn. Farawahidah-0136610322-Consultant;

(6) Pn. zarina-0193372641-Consultant;

(7) En. Arzman Shah-0133302597-Senior Consultant;

(8) Pn. Azura-0126829342-Consultant;

(9) Pn. Zurina-0126671024-Consultant;

(10) En. Mohd Nizam-0123158123-Consultant;

(11) En. Ahmad Nasir-019386427-Consultant;

(12) Khairudin-0162684549-Consultant.

Moto Tahun 2009:-


"Breaking Records:

Lawatan Ke China & Bukit Tinggi, Indonesia

Bergambar di Pusat Dokumentasi Dan Informasi Kebudayaan Minangkabau


Bergambar di Taman Marga Satwa Budaya Kinantan
Bergambar di Rumah Adat Baanjuang

Gambar diatas ini pula dirakam ketika kami membuat lawatan di Bukit Tinggi, Indonesia. Saya dan isteri sedang memakai pakaian pengantin masyarakat di Bukit Tinggi, Indonesia. Seronoknya dapat bercuti bersama isteri...percuma pulak tu.....tuan/puan pun boleh jika menyertai syarikat unit amanah yang saya sertai...matlamat tahun 2008 nak pergi Greece, Athen...Bestnya!!!

GAMBAR-GAMBAR LAWATAN KE BEIJING, CHINA

Bergambar di Tembok Besar China











Gambar diatas ini pula dirakamkan ketika saya berada di Tembok Besar China. Lawatan ini juga ditaja oleh syarikat unit amanah yang saya sertai...Bestnya dapat pergi trip percuma...anda pun boleh juga...cepat-cepat sertai kami untuk trip ke Hongkong, Macau & Hokkaido untuk Tahun 2009...Jangan tunggu lagi, hubungi kami..


































































































“Ingin Memaksimumkan Wang Simpanan Anda Dengan Pengawasan Serta Usaha Yang Cukup Minimum-Mendapat Pulangan Yang Lebih Lumayan Berbanding Simpanan Tetap,
ASB, KWSP dan Tabung Haji?”

Dalam masa kurang 5 minit, saya akan menunjukkan dengan jelas tanpa berselindung mengenai bagaimana unit trust mampu memaksimakan keuntungan anda!

Hari: Isnin
Masa: 8.30pm-10.30pm
Tempat:Elite Group Consultant, Batang Kali Branc, No 73A, Jalan Meranti 3

Salam Sejahtera Sahabat Sekalian,

“Apakah Itu Unit Trust?”

Unit Trust atau dalam bahasa Melayunya ialah Unit Amanah, merupakan skim pelaburan kolektif yang diuruskan secara profesional, yang mengumpulkan wang pemegang unit dan melaburkannya untuk mencapai matlamat tertentu sebagaimana diisytiharkan oleh objektif pelaburan sesuatu skim.

Skim seperti ini biasanya bertujuan memberikan pulangan melebihi purata dalam bentuk pengagihan pendapatan dan pertumbuhan modal dengan risiko yang munasabah kepada para pelabur dalam jangka sederhana hingga panjang melalui pelaburan didalam portfolio pelbagai saham dan bon atau instrumen lain yang khusus.

Di Malaysia, masih ramai yang tidak tahu kewujudan Unit Trust selain daripada ASB, ASN dan sewaktu dengannya, malahan ada juga yang tidak tahu apakah bendanya Unit Trust ini walaupun berita mengenainya tergambar jelas di akhbar.

Malahan jumlah mereka yang melabur di dalam Unit Trust juga tidak ramai kerana mereka masih lagi tidak tahu mengenai kepentingan Unit Trust. Ini menunjukkan bahawa tahap pengetahuan kita tentang kepentingan pelaburan lumayan ini sangat rendah.

Yang agak membimbangkan rakyat Malaysia ini lebih gemar melaburkan wang mereka terhadap Skim-Skim Pelaburan Cepat Kaya yang merugikan daripada melabur di Unit Trust yang lebih menguntungkan. Yang peliknya, walaupun mereka rugi beribu-ribu dan berpuluh-puluh ribu pun mereka tetap masih mahu melabur di Skim Cepat Kaya lagi.

Ini bermakna rakyat Malaysia ini masih mempunyai keinginan yang tinggi untuk melabur tetapi dalam masa yang sama masih tidak mengetahui tempat yang betul untuk membuat pelaburan yang menguntungkan seperti di Unit Trust..

"Jadi, Adakah Pelaburan Di Unit Trust Ini Benar-Benar
Menguntungkan Anda?"

Hakikat yang sebenarnya ialah pelaburan di Unit Trust amat menguntungkan daripada pelaburan-pelaburan anda ditempat lain. Bahkan pelaburan di Unit Trust ini juga adalah sejuta kali lebih menguntungkan daripada anda melabur di skim-skim cepat kaya yang sentiasa merugikan anda. Jurulatih Jutawan, Azizi Ali juga ada menyarankan kepada pembacanya untuk melabur di Unit Trust melalui bukunya yang bertajuk “Jutawan Dari Planet Jupiter!” Ini kerana melabur di Unit Trust ini mempunyai kelebihan berbanding saham individu.

Antara kelebihannya ialah wang yang dilaburkan itu akan diuruskan dengan lebih profesional dan mengikut kemampuan. Unit Trust juga mempunyai beberapa jenis pilihan dana termasuklah dana syariah, non syariah, bond, money market, equity, pasaran tempatan dan global.

Malahan pulangannya juga boleh dikira lumayan berbanding yang lain. Bukankah Unit Trust merupakan suatu pelaburan menguntungkan untuk anda dengan pulangan yang lebih lumayan dalam jangka panjang ?

“Tapi Masalahnya….”

Walaupun anda telah mengetahui bahawa pelaburan di Unit Trust amat menguntungkan anda, semestinya anda juga ingin tahu mengenai maklumat-maklumat lain berkenaan dengan Unit Trust ini. Semestinya anda akan mula mendapati bahawa agak susah untuk mendapatkan maklumat mengenainya.

Lebih teruk lagi, di kawasan kediaman anda dan di tempat kerja anda tidak ada satu pejabat Unit Trust pun untuk anda rujuk. Malahan, anda juga tidak kenal sesiapa yang menjadi Unit Trust Consultant di tempat anda. Jadi, pada siapa anda ingin bertanya mengenai Unit Trust ini dan pada siapa pula anda ingin melabur?

Jadi, bagaimanakah anda ingin melabur di unit trust yang dikatakan menguntungkan anda ini, sedangkan anda tidak tahu hujung pangkal mengenai pelaburan ini?
Usah Bimbang lagi, kini semuanya ditangan anda!

Saya bersedia membantu anda memberikan maklumat-maklumat berkenaan dengan unit amanah ini langkah demi langkah dari awal sehinggalah bagaimana anda melabur secara PERCUMA eksklusif untuk anda.

Pendek kata, segala keraguan anda mengenai Unit Trust ini akan menjadi semakin jelas! Tidak perlu lagi anda bersusah payah tercari-cari maklumat mengenai Unit Trust ini, cara melabur dan sebagainya. Kini semua maklumat di depan mata anda.

Antara yang bakal anda pelajari secara eksklusif ini ialah:

-Yuran,Caj dan Belanja
-Prestasi Dana
-Risiko
-Bagaimana Membeli, Menjual, Menukar Unit Dana
-Maklumat Berkaitan Dengan Urusniaga
-Maklumat dan Profil Tentang Dana-Dana
-Perbezaan Dana Syariah dengan Dana Non-Syariah
-Cara-cara Melabur Dengan Betul
-Hak Pemegang Unit
-Dan Banyak Lagi!

Jika anda masih curiga dengan Unit Trust ini dan anda tidak mahu menyertai kami, Tidak mengapa. Andai kata satu hari nanti jiran-jiran anda atau sahabat-sahabat anda menayangkan kereta baru dan rumah baru mereka hasil daripada pelaburan di Unit Trust, jangan menyesal kerana anda telah lambat bertindak!.

Passion is more important than brains & talent oleh Irfan Khairi

Ada istilah ni yang berbunya:

"Passion is more important than brains & talent"

Maksudnya, passion (keghairahan/minat) adalah lagi penting daripada kebijaksanaan & bakat. Sememangnya saya setuju oleh kerana terdapat 2 jenis orang yang saya sering jumpa:

Jenis pertama, adalah mereka ada banyak idea. Idea pun hebat-hebat belaka, takde yang tak hebat Tetapi, sekadar idea sahaja dan tersimpan dalam kepala. Mungkin “idea perniagaan” atau apa sahaja, tetapi, hanya sekadar tersimpan dalam fikiran dan tidak melakukan apa pun untuk mereliasasikan apa di kepala.

Jenis kedua pula, mempunyai banyak idea. Idea pun tak kurangnya hebat. tetapi, mereka mempunyai passion/keghairahan/minat dalam diri sendiri untuk melihat idea tersebut terhasil. Dengan passion, sesuatu idea itu akan menghasil. Tetapi, tanpa passion, itulah dianya… tersimpan dalam kepala sahaja.

Alhamdulillah, saya fikir diri saya adalah yang ke-dua. Saya memang banyak idea… dan saya terus implementasikannya kerana mempunyai passion/keghairahan atas segala idea.
Nasihat saya, sekiranya anda tergolong dalam golongan yang pertama tu, sekiranya anda mempunyai idea- katalah your next big idea, apa kata anda terus kan sahaja implementasikannya. Dengan terus memulakan sesuatu idea, ia kaan memberi momentum dan passion kepada anda.

Jangan hanya simpan di kepala sahaja kerana, diberi beberapa hari… beberapa minggu, beberapa bulan… hilanglah segala idea dan passion keatas idea tersebut!

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers