July 20, 2009

‘Kami bukan ancaman’

PELABUHAN KLANG 19 Julai – Industri gas petroleum cecair (LPG) di negara ini boleh berkembang jika kerajaan memberi layanan yang lebih adil terhadap pembekal-pembekal bebas yang kecil operasinya untuk bersaing di atas padang yang sama seperti pembekal besar lain.

Industri LPG tempatan kini dikuasai oleh Petronas, Shell dan Exxon Mobil sebanyak 78 peratus manakala 22 peratus dikuasai oleh Summit Petroleum Sdn. Bhd., anak syarikat KUB dan BHP Sdn. Bhd., anak syarikat Bousted LTAT.

Namun bagi pembekal kecil yang tidak memiliki kemudahan dan prasarana seperti syarikat gergasi lain, struktur subsidi dan harga jika kekal sebagaimana sekarang akan ‘membunuh’ mereka.

Dan, ini merupakan dilema kepada Summit Petroleum dan BHP kerana sebagai pembekal bebas kecil (independent bottler), mereka mengimport LPG pada kos yang tinggi tetapi menerima subsidi yang sama berbanding pemain utama lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Summit Petroleum, Wan Mohd. Nor Wan Ahmad berkata, industri runcit LPG bagi pembekal kecil dilihat semakin tertekan dan boleh menyebabkan mereka gulung tikar kerana pasaran tempatan dilihat berat sebelah kepada syarikat-syarikat yang besar.

Alasannya ialah kerajaan mengenakan kadar subsidi yang sama kepada semua termasuk pembekal kecil sedangkan mereka terpaksa membayar harga tinggi untuk mengimport LPG.
“Pasaran menjadi berat sebelah kepada pembekal kecil berbanding pembekal besar yang juga syarikat minyak utama kerana mereka memindahkan harga kepada anak syarikat sendiri tanpa mengenakan sebarang harga per tan metrik, selain itu kos logistik juga tidak dikenakan kerana LPG diisi di dalam kawasan penapisan itu sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini
baru-baru ini.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers