KUALA LUMPUR 16 Julai - Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (FMM) telah menggesa kerajaan agar menyemak kembali cadangan perubahan terhadap dasar levi untuk para pekerja asing.
FMM turut meminta kerajaan menangguhkan pelaksanaan menggandakan levi pekerja asing sehinggalah keadaan ekonomi kembali pulih.
FMM dalam memorandum kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) hari ini, berkata, pihaknya menyokong perlunya mengurangkan pergantungan kepada pekerja asing dan bergerak ke arah automasi dan modenisasi, perniagaan perlu diberikan cukup masa untuk menyesuaikan dengan keperluan tenaga kerja.
FMM mengemukakan memorandum semasa sesi dialog tahunan MITI dengan persatuan perdagangan kebangsaan.
"Pelaksanaan perubahan levi ketika keadaan ekonomi sedia sukar dan tanpa memberikan industri masa yang cukup untuk sebarang pelarasan dan penyesuaian, akan menjejaskan perniagaan dan meningkatkan pengangguran dan bukannya memastikan pekerjaan yang cukup untuk warga tempatan," kata FMM.
FMM berkata, cadangan levi baru-baru ini ialah menggandakannya untuk semua sektor kecuali pembinaan, perladangan dan pembantu rumah domestik.
"Setiap perniagaan berhadapan dengan kesukaran kewangan. Mewujudkan kadar levi yang berbeza untuk sektor yang berlainan boleh dieksploitasikan," kata FMM.
FMM turut meminta lebih banyak pengurangan dalam kos elektrik.
Menurut FMM, pengurangan yang tinggi dalam tarif elektrik akan memberikan kesan ketara dalam memastikan kos tenaga Malaysia berdaya saing di rantau ini.
FMM turut mencadangkan diskaun tarif "bukan waktu puncak" sehingga 40 peratus bagi menggalakkan pengeluaran semasa tempoh "bukan waktu puncak".
Dalam usaha meningkatkan pasaran dan potensi perdagangan serta menggalakkan pengeluar mengeksport secara kos, insurans dan fret (CIF), FMM mencadangkan pengurangan cukai berganda terhadap kadar bayaran fret diberikan kepada semua pengeluar yang menghantar keluar produk mereka dari pelabuhan Malaysia ke pasaran antarabangsa.
FMM memaklum pada masa ini, pengurangan cukai berganda ke atas kadar bayaran fret diberikan kepada semua pengeluar yang menghantar keluar produk mereka dari Sabah dan Sarawak ke Semenanjung Malaysia, melainkan jika mereka menggunakan pelabuhan di Semenanjung Malaysia. - Bernama
Fund Price
About Me
- Nuang
- Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;
music
Create a playlist at MixPod.com