July 29, 2009

Misi belian antarabangsa jana jualan RM2.8 juta

KUALA LUMPUR 28 Julai – Misi belian antarabangsa (IBM) anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berjaya menjana potensi jualan bernilai RM2.8 juta.
Matrade dalam kenyataannya berkata, IBM yang berlangsung selama tiga hari itu mulai 21 Julai anjuran bersama Kementerian Kesihatan, Lembaga Penggalakkan Pelancongan Malaysia dan Persatuan Hospital-hospital Swasta Malaysia (APHM).

‘‘IBM menarik minat 18 syarikat dari luar negara termasuk Algeria, Bangladesh, China, Mesir, Indonesia, Jepun, Singapura, Thailand dan Amerika Syarikat.

‘‘Sebanyak 58 buah syarikat tempatan berdaftar dengan Matrade bagi mengadakan perjumpaan dan sebanyak 116 perjumpaan diadakan di antara syarikat tempatan dengan pelanggan antarabangsa,’’ katanya.

Menurutnya, produk yang menarik minat peserta meliputi barangan perubatan yang boleh dipakai buang, sarung tangan pembedahan, tuala wanita, lampin pakai buang, beg pembuangan bahan berbahaya, pembedahan ortopedik dan pergigian.

‘‘Terdapat usahasama yang berjaya berlangsung dikenalpasti iaitu di antara sebuah klinik anti penuaan tempatan dengan sebuah poliklinik di Vietnam,’’ katanya.

Tambahnya, sebahagian pelanggan yang berminat dengan produk berasaskan perubatan dan pembeli luar negara yang terdiri daripada fasilitator pelancongan perubatan berpeluang melawat dan melihat sendiri hospital di Malaysia.

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers