July 31, 2009

Minat belian kaunter murah

HARGA saham di Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur semalam apabila pelabur mengalih minat mereka daripada saham mewah kepada saham jajaran rendah. Saham mewah lemah berikutan pengambilan untung susulan daripada semalam manakala kaunter berharga rendah menyaksikan beberapa minat belian.

“Saya rasa Indeks Komposit Kuala Lumpur (KLCI) FTSE Bursa Malaysia sekarang berada di bawah pembetulan teknikal dan boleh mencecah paras terendah pada 1,134 sebelum kita melihat pantulan semula,” kata penganalisis teknikal SJ Securities, Phua Kwee Hock.

Beliau berkata, pelabur juga melihat kepada data ekonomi Amerika Syarikat (AS) iaitu data pengangguran dan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku kedua yang dijangka dikeluarkan lewat semalam.

“Keseluruhannya, pasaran menjangka data AS neutral tetapi kita tidak pasti,” katanya sambil menambah pasaran menjangkakan penguncupan dalam KDNK AS tetapi tidak lebih daripada 1.5 peratus.

KLCI FTSE Bursa Malaysia turun 3.82 mata untuk ditutup kepada 1,160.66, selepas dibuka rendah sebanyak 0.73 mata kepada 1,163.75.

Indeks Kewangan meningkat 1.899 mata kepada 9,477.6, Indeks Perladangan susut 24.85 mata kepada 5,598.83 manakala Indeks Perusahaan turun 25.03 mata kepada 2,537.0. Indeks FBMEmas berkurangan 7.71 mata kepada 7,836.66, FBM Top 100 jatuh 14.08 mata kepada 7,621.58, Indeks FBMMesdaq meningkat 34.71 mata kepada 4,144.87 dan Indeks FBM2BRD naik 63.33 mata kepada 5,234.29.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 353 berbanding 240 manakala 254 kaunter tidak berubah, 385 tidak diniagakan dan 32 yang lain digantung. Menerajui kaunter cergas, KNM Group naik satu sen kepada 87.5 sen manakala SAAG Consolidated dan Tebrau Teguh menokok setengah sen setiap satu masing-masing kepada 28.5 sen dan 83.0 sen.

Pengeluar dan penyedia perkhidmatan kren minyak dan gas yang baru disenaraikan, Handal Resources naik 44 sen kepada RM1.16 pada sesi penutup selepas mencatatkan dagangan sulung di Papan Kedua dengan premium 18-sen pada 90 sen semalam.

Di kalangan saham wajaran tinggi, Sime Darby turun 10 sen kepada RM8.00, Maybank susut lima sen kepada RM6.50, Bumiputra-Commerce naik 10 sen kepada RM10.30 manakala Tenaga meningkat lima sen kepada RM8.15.

Jumlah dagangan Papan Utama susut kepada 615.100 juta saham bernilai RM1.396 bilion berbanding 1.131 bilion saham bernilai RM1.913 bilion sebelumnya. Jumlah dagangan di Papan Kedua meningkat kepada 84.188 juta saham bernilai RM62.509 juta berbanding 79.820 juta saham bernilai RM30.525 juta sebelumnya.

Bagaimanapun jumlah dagangan Mesdaq naik kepada 53.314 juta saham bernilai RM9.964 juta daripada 38.150 juta saham bernilai RM5.899 juta. Waran jatuh kepada 30.089 juta unit bernilai RM4.659 juta daripada 47.188 juta unit bernilai RM9.545 juta sebelumnya.

Mengikut sektor, barangan pengguna menyumbang 27.581 juta saham yang diniagakan di Papan Utama, barangan perusahaan 127.243 juta, pembinaan 47.422 juta, perdagangan/perkhidmatan 203.009 juta, teknologi 14.418 juta, prasarana 22.561 juta, kewangan 57.353 juta, hotel 1.026 juta, harta 81.365 juta, perladangan 28.658 juta, perlombongan 406,000, REITs 4.002 juta dan dana tertutup 52,100. - Bernama

Fund Price

About Me

My photo
Ibrahim bin Ramli@Nuang started his career with CIMB Wealth Advisors Berhad as Agency Manager in April, 2008.Previously he was an Internal Auditors and Accounts Executive with Perodua Sales Sdn Bhd since 17 August, 1994. His background:- 1.Certified of Achievement for Master Sales Leadership from Dr Lawrence Walter Ng of President of The Art Of Learning and International Of Learning Without Learning 2.Certified for eXtra Ordinary Performance of Lawrence Walter Award Certificate for One Million Ringgit Club 2007 3. Certified Life & General insurances 4. Conferred with Diploma in Business Studiess & Bachelor of Business Admin(Hons)Finance from UiTM, Terengganu Branch & Shah Alam respectively;

music


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com

Followers